Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

Articles by "Tazkirah"
40 Hadis Akhir Zaman Abdul Rahman Chao Abu Bakar As-Siddiq r.a Ahmad Deedat Akhbar Akhir Zaman Akidah Ahli As-Sunnah Wal-Jamaah Mengikut Manhaj Salaf As-Soleh Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Al Malhamah Al Kubra Al-Faedah Al-Farabi Al-Khazini Al-Qassam Al-Quran Alam Barzakh Alkitab Amalan Terbalik Apa Itu Iman Arnold Fandor Asmaa’ullaahul Husnaa Audio Babi Bacaan Al-Quran bangsa Rum Biarawati Bible Bid'ah Bidadari Bolasepak Bujang Cara Hidup Islam Carissa D. Lamkahouan Chika Nakamura Dajjal Laknatullah Dakwah Dakwah Maya Dalil-Dalil Tentang Tauhid Damaskus Dato Syeikh Muhammad Fuad Al Maliki Daulah Islam Doa Download Dr. Ibrahim bin Muhammad Al-Buraikan Dukun Dunia Islam Dunia Oh Dunia Eric Gabriel Mason Facebook Note Fakta Ilmiah False Flag Fathul Bari Featured Felix Y. Siauw Felixia Yeap Filem 2012 Freemason Global Warming Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid Hablum Minallah Hadis Hadis Akhir Zaman Hadis Qudsi Hafiz Hajar Aswad Haji Haram Hidayah Hijab Hudud Hukum & Fatwa Ibn Qayyim Ibn Tufail Ibnu Hajar Al-Asqalani Ibu Bapa Illuminati Imam Al-Bukhari Imam Al-Ghazali Imam Bukhari Imam Habib Abdullah Haddad Imam Mahdi Imam Muslim Imam Nawawi Iman Bertambah Dan Berkurang Infaq Injil IS ISIS Islam Islam di Malaysia Islam Itu Indah Isra' Mikraj Istilah Dalam Islam Jabhatul Islamiyyah JAKIM Jana Petersen Jihad Jimak Jom Hafal Jurusalem Kaabah Kafir Kebenaran Islam Kebesaran Allah Keindahan Islam Kesempurnaan Iman Adalah Kesempurnaan Agama Keutamaan Kasih Sayang Khilafah Kiamat Kisah & Teladan Kisah Cinta Kisah Mualaf Kisah Para Nabi Kisah Para Sahabat Kiswah Kitab Allah Kitab Hadis Kitab Jual Beli Kitab Pemerintahan Korea Kristian Kuasa Allah Kubur Lelaki Live HD Loo Jo Yee Luqman Al-Hakim Madinah Maksud Ilah Dalam Al-Quran Mantan Pendeta Masjid Jamek Umawi Masjid Sana'a Masjidil Aqsa Mazdakisme Mekah Mentalqin Maut (Orang Nazak) Meteor MLM Motivasi Movie Muhammad Nashiruddin Al-Albani Mujahid Mujahidin Mukasyafatul Qulub Mukjizat Mukmin Sejati Munakahat Musa Caplan Muslimah Nabi Isa AS Nabi Muhammad SAW Nabi Saleh AS Nasihat Natasha Farani Neraka Niqab Nuzul al-Quran Onani Panduan Panduan Mengenal Kalimah Tauhid Panji Hitam Paulus Pemerintah Pemimpin Pendakwah Sabah Pendidikan Pengetahuan Penghinaan Kepada Islam Penyembuhan Islam Perancangan Jahat Yahudi Perang Armageddon Peribadi Rasulullah SAW Perkahwinan Perniagaan Pondok Sungai Durian Pope Projek Menghafal 10 Ayat Awal Surah Al-Kahfi Puasa Pulau Pinang Purdah Ramadhan Rasulullah SAW Renungan Riba Rukun Iman Rukun Islam Ruqyah Saddam Hussein Sahabat Nabi Sahabat Yamima Saham Akhirat Sahih Sahih Bukhari Sakit Perut Salaf Salaf As-Soleh Sejarah Hidup Nabi Muhammad SAW Sejarah Imam Sejarah Islam Selawat Selebriti Semasa Serban Sheikh Imran Hosein Soal Jawab Agama Solat Suami Suara Mualaf Subahanallah Sufi Sultan Perak Sungai Furat Sunnah Rasulullah Surah Al-Khafi Surah Palsu Surat Al-Kahf Suriah Syaitan Syam Syarah Hadis Syarat Kedua: YAKIN Syarat Keempat: IKHLAS Syarat Keenam: BERSERAH Syarat Kelima: MENERIMA Syarat Ketiga: PERCAYA Syarat Ketujuh: CINTA Syarat Pertama: ILMU Syarat-Syarat Kalimah Laa Ilaaha Illallah Syiah Syria Tahlil dan Doa Selamat Tanya Jawab Tarawih Taubat Tauhid Tazkirah Teknologi Tentera Amerika Terjemahan Hadits Shahih Muslim Terrorist The Cave Tilawah Al-Quran Tokek Tokoh Islam Tuan Guru Haji Musa Tujuan Para Nabi Dan Para Rasul Diutus Tutorial Ulama Umum Unta Update Terkini Gaza Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman Ustaz Abdul Halim Abas Ustaz Azhar Idrus Valentine’s Day Video Wahabi Wali Allah Wanita Waraqah bintu Naufal Windows 8 Yahudi Yakjuj dan Makjuj Yesus Zikir Zulkifli M Ali

Islam adalah agama Allah yang telah diturunkan dari langit kepada sekalian nabi-nabi dan para rasulNya. 

Islam adalah agama tauhid yang mewajibkan setiap penganutnya menyembah dan beribadah hanya kepada Allah.  

Semua agama selain Islam adalah agama yang bid'ah dan syirik.  

Tidak akan diterima oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala apapun agama dan pengibadatan sejak dahulu, sekarang dan sehinggalah ke Hari Kiamat kecuali pengibadatan mereka yang beragama Islam sebagaimana firman Allah:

اِنَّ الدِّيْنَ عِنْدَ اللهِ اْلاِسْلاَمُ.

"Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam". Ali Imran,  3:19.

Oleh kerana semua agama selain Islam tidak diterima, maka dengan demikian, semua penganut agama selain agama Islam akan merugi di akhirat kelak kerana mereka akan ditempatkan di dalam neraka.  

Allah berfirman:
   
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ اْلاِسْلاَمِ دِيْنًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ.

"Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi". Ali Imran, 3:85.

Begitu juga, terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith sahih yang telah memerintahkan kepada sekalian manusia agar menjadi orang yang beragama Islam yang tunduk dan patuh kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala.  Antara ayat tersebut ialah firman Allah:

وَاُمِرْتُ اَنْ اَسْلَمَ لِرَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
"Dan Aku diperintahkan supaya (menjadi seorang Islam) tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam".
Al-Mukmin, 40:66.

Sebenarnya hanya Islam dan iman sahaja nikmat yang paling besar yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambaNya jika mereka mengetahui dan percaya.  FirmanNya:

بَلِ اللهُ يَمُنُّ عَلَيْكُمْ اَنْ هَدَاكُمْ لِلاِيْمَانِ اِنْ كُنْتُمْ صَدِقِيْنَ.

"Sebenarnya Allah Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar". Al-Hujurat, 49:17.

Kertas kerja ini pernah dikulliahkan dibeberapa buah masjid di Negeri Perlis, di Persatuan al-Islah Perlis dan di Singapura.

Mudah-mudahan kertas kerja ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca serta para pencinta ilmu agama dan kebenaran.  

Doa dari penulis, semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah Subhanahu wa-Ta’ala serta dipelihara ketaatan dan keimanan kita dengan taufik dan hidayahNya.  Amin!

بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ ، والصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الاَنْبِيَاءِ وَالْمُرِسَلِيْنَ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ .

HABLUM MINALLAH

Allah Subhanahu wa-Ta’ala melalui firmanNya dan melalui RasulNya Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam berulang kali meyeru kepada setiap orang yang beriman agar tidak bercerai-berai (tidak berpecah-belah), kerana diwajibkan kepada mereka agar berpegang teguh kepada agamaNya atau kepada kitabNya (yang menyeru kepada perpaduan - pent.),[1] kerana bersatu padu merupakan perjanjian (perintahnya)Nya di dalam al-Quran.  

Sekalian mereka yang beragama Islam diseru agar sentiasa bersatu atau berjamaah.  Diharamkan dari berpecah-belah kerana perpecahan adalah kehancuran dan berjamaah adalah kejayaan.[2]  

Jelasnya al-Quran mewjibkan orang-orang beriman agar sentiasa berjamaah di atas kalimah i'tisam (اعتصام) 

"Al-Quran" yang hak dan berserah diri kepada Allah.[3]  Al-Quran dengan jelas mengharamkan perpecahan sebagaimana berpecahnya golongan Ahli al-Kitab serta orang-orang jahiliyah.  

Allah menyeru agar setiap mukmin sentaisa bersatu sebagaimana firmanNya:

وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوْا

"Dan berpegng teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai".    Ali Imran, 3:103.

Tajuk yang diberikan kepada saya untuk dibincangkan dalam kulliah ini ialah tentang hablullah (حبل الله) yang antara maksud dan ertinya: "Tali Allah/Perjanjian Allah" sebagaimana yang terdapat di dalam ayat selanjutnya:

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ اَيْنَ مَا ثُقِفُوْا اِلاَّ بِحِبْلٍ مِّنَ اللهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ

"Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia". Ali Imran, 3:112.

Hablullah (حبل الله) di dalam ayat ini dan di ayat sebelumnya selain bermakna perjanjian ia dimaksudkan juga sebagai "Al-Quran".  

Ia memberi maksud bahawa kekuatan berjamaah tercipta setelah kembali kepada al-Quran, kerana al-Quran memandu ke jalan yang lurus sebagaimana terdapat dalilnya dari hadis Nabi Muhammad sallallahu 'alihi wa-sallam:

هُوَ حَبْلُ اللهِ الْمَتِيْنُ وَصِرَاطُهُ الْمُسْتَقِيْمُ

"Ia (al-Quran) ialah tali Allah yang kuat dan jalanNya yang lurus".

اِنَّ هَذَا اَلْقُرْآنَ حَبْلُ اللهِ الْمَتِيْنُ ، مَنْ قَالَ بِهِ صَدَق وَعَمَلَ بِهِ رَشَد ، وَمَنِ اعْتَصَمَ بِهِ هدى اِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ.

"Al-Quran adalah tali Allah yang kukuh, sesiapa yang berkata dengannya benar, beramal dengannya mengikut petunjuk dan sesiapa berpegang kepadanya mendapat hidayah ke jalan yang lurus".

عَنْ اَبِيْ سَعِيْدٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كِتَبُ اللهِ هُوَ حَبْلُ اللهِ الْمَمْدُوْدُ مِنَ السِّمَآءِ اِلَى اْلاَرْضِ

"Dari Abi Sa'ied berkata:  Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Kitab Allah (al-Quran) ia adalah tali Allah yang mengikat (menghubung) dari langit ke bumi".

اِنَّ هَذَا الْقُرْآنُ هُوَ حَبْلُ اللهِ الْمَتِيْنُ ، وَهُوَ النُّوْرُ الْمُبِيْنُ ، وَهُوَ الشِّفَاءُ النَّافِعُ ، عِصْمَةٌ لِمَنْ تَمَسَّكَ بِهِ ، وَنَجَاةٌ لِمَنِ اتَّبَعَهُ.

"Sesungguhnya al-Quran ini adalah tali Allah yang kukuh, ia cahaya Allah yang menyinar, ia pengubat yang mujarab, selamat sesiapa yang berpegang dengannya dan berjaya sesiapa yang mengikutinya (berittiba' dengannya)".

اِنَّ هّذَا الصِّرَاطَ مُحْتَضِرٌ يَحْضُرُهُ الشَّيَاطِيْنُ . يَا عَبْدَ اللهِ هَذَا الطَّرِيْقُ ، هَلُّمَ اِلَى الطَّرِيْقِ فَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ فَاِنَّ حَبْلِ اللهِ الْقُرْآنُ.

"Sesungguhnya jalan itu adalah tempat lalu lalang, syaitan-syaitan selalu datang kepadanya.  Wahai Abdullah! 

Ambillah jalan ini, kemarilah, tempuhlah jalan ini.  Maka mereka berpegang kepada tali Allah kerana sesunguhnya tali Allah itu adalah al-Quran".


Dalam ayat yang mulia ini, dengan jelas Allah Subhanahu wa-Ta’ala menyeru agar para hambanya yang beriman sentiasa bersatu dengan berpegang teguh kepada tali Allah ( حبل الله ).  

Maka tali Allah yang dimaksudkan antaranya ialah:

Hablullah:   Bermaksud:  “al-Jamaah” sebagaimana dapat difahami dari penafsirannya oleh Abdullah bin Masoud bahawa beliau berkata:  "Hablullah ialah al-Jamaah"[4].  

Maka dengan penafsiran ini menunjukkan bahawa berjamaah itu wajib dan berpecah-belah adalah haram dan berdosa besar.

Hablullah:   Bermaksud:  “Islam”[5] sebagai agama Allah yang mana manusia dipersaudarakan oleh Allah dengan agama yang mulia ini.

Hablullah:  Dari Ibn Abbas beliau berkata:  "Hablullah ialah al-Quran".[6]  Dimaksudkan al-Quran[7] kerana ia dapat merawat penyakit hati (penyakit rohani).  

Diseru agar berpegang kepada al-Quran kerana ia menjadi penunjuk jalan yang lurus, cahaya yang terang, penyelamat di dunia-akhirat dan dijamin mendapat kejayaan bagi sesiapa yang mengikutinya.


Hablullah:   Bermaksud”  “Sirat al-Mustaqim” (صراط المستقيم) "Petunjuk atau jalan yang lurus". Yang mana manusia akan bersatu jika mengikut satu jalan yang lurus ini sahaja.

Hablullah:   Bermakksud” “Ikhlas”, sebagaimana yang dijelaskan oleh Abul 'Aliyah rahimahullah  ( بالاخلاص لله وحده ) "Dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah Yang Esa".

Hablullah:   Bermaksud: “Perjanjian dan perintah Allah”, sebagaimana dari Qatadah: "Dengan perjanjian dan suruhanNya (perintahNya)".

Terdapat di dalam ayat-ayat yang mulia di atas ini, seruan Allah Subhanahu wa-Ta’ala kepada setiap hambanya yang beriman agar bersatu melalui al-Quran dengan penuh keikhlasn, mengikut jalan yang satu iaitu jalan yang lurus, beristiqamah dalam berjamaah dan menjauhi setiap perkara atau unsur-unsur yang boleh menyebabkan berlakunya cerai-berai (perpecahan).

Setelah al-Quran terdapat banyak hadis-hadis sahih yang mengharamkan orang-orang yang beriman dari berpecah-belah.  

Tafsiran ayat di atas ini juga terdapat di dalam kitab Sahih Muslim melalui hadis Suhail bin Abu Soleh, dari ayahnya, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda:

اِنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِنَّ اللهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلاَثًا وَيَسْخَطُ لَكُمْ ثَلاَثًا ، يَرْضَى لَكُمْ اَنْ تَعْبُدُوْهُ وَلاَ تَشْرِكُوْا بِهِ شَيْئًا ، وَاَنْ تَعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَتَتَفَرَّقُوْا وَاَنْ تُنَاصِحُوْا مَنْ وَلاَّهُ اللهُ اَمْرَكُمْ وَيَسْخَطُ ثَلاَثًا : قِيْلَ وَقَالَ ، وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ ، وَاِضَعَةَ الْمَالِ.

"Dari Abi Hurairah radiallahu 'anhu berkata:  Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Sesungguhnya Allah meredhai tiga perkara dan memarahi (murka) tiga perkara:  Allah redha kepada kamu apabila kamu mengibadahiNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu, berpegang teguh kepada tali Allah dan tidak bercerai-berai, dan kamu sentiasa menasihati pemimpin yang diangkat Allah menguruskan urusanmu.  Dan Allah marah (murka) kepada kamu tiga perkara: Memperkatakan itu dan ini (banyak berdebat), banyak bertanya dan boros (menyia-nyiakan) harta".

Jika umat Islam hidup bersatu atau berjamaah, Allah Subhanahu wa-Ta’ala menjamin mereka dari kekeliruan sebagaimana yang warid dari hadis-hadis sahih.  

Namun perpecahan akan berlaku juga sebagaimana kenyataan yang berlaku ke atas ummah Islam sekarang ini, ia telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam dalam hadis iftiraq (hadis perpecahan) bahawa umat Islam akan berpecah kepada 73 golongan, hanya satu berjaya ke syurga dan selamat dari api neraka, iaitu mereka (yang mengikut jejak berjamaah) yang menyerupai jamaah Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam dan jamaah para sahabat baginda.[8]

Imam Syaukani pula menafsirkan yang dinukil dari Abu al-'Aliyah:

عَنْ اَبِى الْعَالِيَة قَالَ : وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ الله : بِالاِخْلاَصِ للهِ وَحْدَهُ

"Dari Abi al-'Aliyah berkata:  Berpeganglah kamu kepada tali Allah (bersatu) dengan keikhlasan semata-mata kerana mengEsakanNya".[9]

Dikeluarkan dari Ibn Abi Hatim dari al-Hasan berkata:

"(Berpegang kepada tali Allah) ialah dengan mentaatiNya".

Dan dari Qatadah pula berkata:

"Dengan perjanjian dan suruhanNya (perintahNya)".[10]

Ayat di atas ditafsirkan oleh Ibn Jarir at-Tabari: 

"Berpeganglah kamu sekalian kepada agama Allah sebagaimana yang telah diperintahkan, dan perjanjianNya yang Ia telah janjikan kepadamu di dalam kitabNya agar bersatu atas kalimah yang hak dan menerimanya kerana perintah Allah"[11]

Dengan penjelasan di atas, dapat difahami bahawa antara tanda-tanda bid'ah ialah berpecah, (bercerai-berai), keluar dari jamaah dan dan tidak memperdulikan seruan Allah Subhanahu wa-Tal’ala  agar sentiasa bersatu malah melakukan yang sebaliknya.

Semoga sekalian umat Islam mendengar seruan Allah Subhanahu wa-Ta’ala dan memperteguhkan lagi perpaduan dan kasih sayang antara sesama mereka agar dirahmati dan diberkati oleh Allah Azza wa Jalla.

[1].  Lihat:  تفسير ابى السُّعودjld. 1.  hlm. 66.

[2].  Lihat:  الجامع لاحكام القرآن  Juz. 4. hlm 159.  Al-Qurtubi.

[3].  Lihat:  جامع البيان   Jld. 3. hlm. 42.

[4]. Lihat: جامع البيان Jld 3 hlm 42 Lihat: الجامع لاحكام القرآن Juz 1 hlm 159.

[5].  Lihat: فتح القدير  Jld. 1. hlm. 369.

[6].  Lihat:   الجامع لاحكام القرآنJuz. 4. hlm.159.  al-Qurtubi.

[7].  Lihat:   فتح القدير Jld. 1. hlm. 368.

[8].  Teks ini dinukil dari tafsir Ibn Kathir jld 1 hlm 516-517.

[9].    Lihat:  فتح القديرJld 1 hlm 369  Asy-Syaukaniy.  Lihat: جامع البيان  At-Tabary.  Jld. 3.  hlm. 44.

[10].    Ibid.  Hlm. 369.

[11].   Lihat:  جامع البيان Jld. 3 hlm. 42.  Ibn Jarir at-Tabary.

Ramai orang memahami bahawa di antara maksud menggunakan pendekatan hikmah dan nasihat yang baik itu adalah menepuk-nepuk bahu yang melakukan kesalahan-kesalahan dan penyelewengan-penyelewengan dan tidak menghadapi mereka dengan cara tegas kerana bimbang mereka kan laru dari dakwah dan enggan memberi sambutan kepadanya. 

Dari manakan mereka membawa pemahaman ini terhadap maksud arahan Allah SWT yang mulia ini? 

Apakah di sana ada orang yang lebih faham terhadap maksud arahan yang mulia ini dari para rasul yang diahapkan arahan ini kepada mereka? 

Bagaimanakah Rasullullah SAW memahami arahan yang diturunkan kepadanya supaya menyeru manusia ke jalan Allah dengan mengunakan pendekatan hikmat dan pengajaran yang baik? 

Bagaimanakah Musa dan Harun a.s memahami arahan Allah supaya berbicara dengan Firaun dengan kata-kata yang lemah-lembut agar baginda meernima pengajaran atau takut kepada Allah?

Rasullullah SAW telah bertindak menyampaikan dakwah sebagaimana yang diperintahkan Allah kepadanya lalu kaum Quraisy bersungut: Ia telah mecela tuhan-tuhan kami, membodoh-bodohkan minda kami dan mengkafirkan bapa-bapa dan datuk-datuk nenek kami. 

Sedangkan Musa dan Harun a.s telah memulakan dakwah mereka dengan berkata kepada Firaun selamat sejahtera ke atas orang yang mengikut hidayat. 

Mereka tidak kepada Firaun: Selamat sejatera ke atas anda… kerana dalam ungkapan tadi terdapat saranan yang jelas bahawa Firaun tidak mengikut hidayat. 

Kemudian mereka iringi dengan penjelasan:

إِنَّا قَدْ أُوحِيَ إِلَيْنَا أَنَّ الْعَذَابَ عَلَىٰ مَن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ

“Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya”. (Taha, 20: 48)

Dalam kata-kata ini terdapat ancaman yang terus-terang terhadap Firaun dan kaumnya bahawa azab sedang menunggu mereka juka mereka berdusta keduanya dan berpaling dari kebenaran yang dibentangkan keduanya kepada mereka. 

Inilah bentuk “kata-kata yang lemab lembut” yang diperintahkan Allah kepada keduanya supaya ditujukannya kepada Firaun.

Berdakwah dengan lemah-lembut memang wajib, iaitu berlemah-lembut untuk melahirkan kebenaran bukannya berlemah-lembut untuk menyembunyikan kebenaran!  

Perbuatan yang akhir inilah yang diterangkan Allah kepada nabi-Nya.

وَدُّوا لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُونَ

“Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).” (Al-Qalam, 68: 9)

Untuk berdakwah kita tidak boleh mengatakan kepada seseorang: Awak Kafir! 

Malah apa yang boleh dikatakan: Keimanan itu mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang diterangkan di dalam kita Allah dan sunnah Rasul. 

Begitu juga kekufuran mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang diterangkan dalam kitab Allah dan sunnah Rasul. 

Justeru itu sesiapa yang mendapati pada dirinya ciri-ciri keimanan pada dirinya, maka hendaklah dia bersyukur kepada Allah terhadap nikmat yang telah dikurniakan kepadanya. 

Sesiapa yang mendapati pada dirinya ciri-ciri kekufuran, maka hendaklah ia bertaubat kepada Allah dan membersihkan diri dari ciri-ciri yang mengeluarkannya dari keimanan. 

Itulah maksud pendekatan hikmat dan nasihat yang baik untuk menghadapi situasi-situasi manusia yang berada dalam keadaan tersisih yang dihayati Islam pada hari ini. 

Itulah keadaan tersisih yang diisyaratkan Rasullullah SAW dalam sebuah hadith:

“Islam bermula dengan keadaan tersisih dan akan kembali kepada keadaan tersisih sebagaimana mulanya. Justeru itu syurgalah balasannya kepada orang-orang yang tersisih.” (Hadith riwayat Muslim).

Semoga penerangan ringkas ini membantu para pendakwah dalam menyampaikan dakwah Islam secara hikmat dan nasihat yang baik.

Rujukan:

1. Yusoff Zaki Yaacob (penterjemah). Sayyid Quth, Kita Tafsir Fi Zilalil Quran, Jilid 1. Edisi Ke-2.  Malaysia, Pustaka Darul Iman, 2010. m.s. XV-XVI.

Ilustrasi. (inet)
Kadang iri sama Ummi ( ibu ) , setiap hari mengisi pengajian Majlis Taklim di mana - mana tapi masih sempatnya mengais ilmu untuk menambah pengetahuan agamanya kepada para ustad / ustadzah di Selangor dan Kuala Lumpur .

Entah , anaknya ini malah kesusahan untuk mencari guru agama - kehidupan - lagi . 

Sebab merasa ilmu yang di dapat belum cukup - masih kurang - untuk diri sendiri dan untuk yang lain . 

Mungkin , kalau kedudukan sedang berada di Mesir tak akan merasa sukar seperti ini . 

Rasanya penanda aras mencari guru agama terlalu berat - seakan sangat jarang sekali - , seorang guru agama itu harus sesuai antara apa yang diucapkan kepada khalayak ramai dengan perilakunya terhadap diri sendiri dan masyarakat sekitar .

Uniknya , malah sering belajar erti kehidupan yang sebenarnya dari seorang pemungut , pembantu rumah tangga , dan yang lain - kalau dalam istilah kasta mungkin mereka berada paling bawah . 

Tapi bagi saya , mereka adalah orang hebat dan boleh dikatakan berada di kasta paling atas - jika dinilai dari kesederhanaan dalam segala hal . 

Ketegaran mereka sangat hebat . Pelajaran bagi saya , jangan memandang orang lain melalui kulitnya saja .

Bukan bermakna saya memandang orang yang berada dalam kasta menengah ke atas tergolong orang yang tidak baik semua , tidak demikian . 

Lagipula saya tidak suka rasis dan mengkotak - katikkan seperti itu . Bagi saya , taqwa menduduki tempat nombor satu . Tapi jarang ditemui di antara mereka yang benar - benar harus dijadikan panutan . 

Tenang , orang - orang baik dan ikhlas di antara mereka itu tetap ada dalam catatan kehidupan saya . Meski boleh dikira dengan jari tangan .

Kemarin malam , saya bermuhasabah , merenung sejenak sebelum tidur . 

Saya merasa sangat sedih ketika kesulitan mencari tempat halaqah ilmu yang isinya Mu'allim kompeten ( ilmu dan amal ) . 

Saya merasa butuh pengambilan ilmu lagi . 

Ternyata , malam itu juga Allah hadirkan jawaban renungan saya itu melalui mimpi . 

Walau hanya lewat mimpi , rasanya bahagia sekali . Sekurang-kurangnya bersyukur boleh belajar kepada seorang Mu'allim yang kapasiti ilmu dan amalnya luar biasa . 

Bahkan memandang wajah beliau pun mempunyai kesejukan tersendiri . Subhanallah .

Sekarang , perasaan iri itu tertuju kepada Mu'allim saya sewaktu di Kaherah . 

Kecerdasan beliau luar biasa - anugerah seorang Hamalatul Qur'an ( Pemikul al - Qur'an ) . 

Beliau juga baik hati dan suka bersedekah . Meski terkadang saya tahu wang di kantongnya sedang menipis. 

Yang membuat saya iri adalah waktu itu beliau bercerita pernah mimpi bertemu Rasulullah Saw. 

Saya meyakini , mimpi itu benar adanya sebab ada hadis yang mengatakan jika ada seseorang mimpi bertemu Rasulullah Saw . dalam bunga tidurnya , dapat dipastikan itu benar dan bukan karangan dari syaitan .
Saya sedar , kini saya jauh dari persekitaran yang benar - benar mempunyai mulazamah tinggi , komited kuat untuk menjalani segala sunnah Rasul . 

Makanya cukup sukar untuk mimpi bertemu Rasulullah Saw . 

Memang , seharusnya kita yang perlu membuat persekitaran baik itu ke dalam lingkungan kita . 

Bukan ikutserta dalam persekitaran yang tidak baik . 

Makanya , harapan mimpinya pun jadi tergeser sedikit . Ingin mimpi bertemu dengan para ulama . 

Meski keadaan demikian terbilang masih tetap baik kerana ulama adalah pewaris para Nabi . 

Jadi , tetaplah bermimpi dan beramal baik . Jangan bimbang ! Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu . 

Kun Fayakun .

Ilustari dari mediasiber.com
Pengertian Perkahwinan

Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.

Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengansebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya.

Berikut dinyatakan beberapa ayat Al-Quran Al-Karim mengenai perkahwinan dan tujuan-tujuan disyariatkannya

Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya :

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi, jika kamu takut tidak dapatberlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki.Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”

Dari ayat tersebut di atas, dapat diambil penjelasan bahawa seorang lelaki disuruh oleh Allah Taala untuk berkahwin jika berkemampuan, sehingga kepada empat orang isteri dengan cara berlaku adil terhadap mereka sepertimana yang ditentukan oleh syarak.Sebaliknya jika bimbang tidak dapat berlaku adil maka berkahwinlah dengan seorang sahaja.

Allah berfirman, ertinya :

“Wahai manusia ! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu dari satu diri, dan daripadanya dijadikanNya serta dari keduanya Dia memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang kamu telah bertanya tentang namaNya yang peliharalah keluargamu. Sesungguhnya Allah Pengawas atas kamu.”

Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah sebagaimana berikut – ertinya : 

“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa  Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan  supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW.  

Antara faedah yang ketara di sini ialah  seseorang itu dapat  menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya.  

Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat. 

Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumahtangga, keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam dan mengaku dirinya Islam wajib mempelajari hukum-hukum Allah termasuk hukum nikah cerai dan rujuk. 

Perkahwinan hendaklah diasaskan kepada beberapa factor penting untuk menjamin kebahagiaan antaranya ialah : 

Perkahwinan diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah.  Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkahwin itu juga merupakan ibadat dan sunnah.

Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa Al Mawaddah dan Ar Rahman.  Tanpa dua perkara ini perkahwinan akan hancur dan tinggallah cita-cita sahaja.

Sesebuah rumahtangga juga perlu diasaskan kepada dasar hidup bersama secara yang baik dan diredhai Allah SWT.  Maka itulah yang biasa disebut Al Mu’assarah Bi Al Maaruf.

Perkahwinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak nafsu semata-mata.  

Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati. 

Hikmah Perkahwinan

Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai faedah dan hikmahnya yang tersendiri.

Faedah dan hikmah tersebut boleh dilihat dan difikir oleh akal manusia, hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuinya.

Begitulah juga dengan perkahwinan, mempunyai faedah dan seterusnya kepada masyarakat Islam. 

Di antara faedah dan hikmahnya ialah :-
  • Supaya manusia itu hidup berpasangan menjadi suami isteri yang sah bagi mengatur dan membangunkan rumahtangga dengan janji-janji setia (akad nikah) sehidup semati.
  • Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi di sisi Allah dengan ikatan dan pertalian yang kukuh di mana tidak mudah putus atau diputuskan.
  • Membangunkan masyarakat dari asas-asas rumahtangga yang damai dan berdisiplin.
  • Supaya umat manusia berkembang biak bagi meramaikan dan memakmurkan bumi Allah yang luas ini.
  • Supaya dapat melahirkan keturunan bangsa manusia yang diakui sah serta kekal pula dalam masyarakat dan negara.
  • Supaya dapat menumpukan perasaan mahabbah, kasih sayang, tanggungjawab seorang suami kepada isteri, seorang bapa kepada anaknya, seorang datuk kepada cucunya dan seterusnya dari sebuah masyarakat kepada negara.
  • Perkahwinan membuka pintu rezeki serta nikmat hidup.
  • Perkahwinan memelihara agama, kesopanan, kehormatan dan kesihatan.
  • Menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan keinginan syahwat serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat dan kezalinan yang amat dilarang oleh agama.
Pendek kata perkahwinan adalah peraturan dari Allah Taala yang diturunkan untuk kebaikan seluruh masyarakat manusia bagi mencapai kebahagiaan umat dengan baik dan sempurna. 

Jika keadaan rumahtangga itu kucar kacir dan tidak kukuh, maka keadaan umat itu juga turut lemah dan sengsara akhirnya. 

Hukum-Hukum Perkahwinan 

Hukum asal suatu perkahwinan adalah harus sahaja tetapi dalam pada itu berkemungkinan boleh berubah menjadi wajib, sunat, haram dan makruh di mana sesuai dengan keadaan seseorang yang akan menempuh perkahwinan.

Huraiannya adalah seperti berikut :- 

Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina.

Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang.

Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.

Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan.

Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan. 
  • Perkahwinan yang wajib.
  • Perkahwinan yang sunat
  • Perkahwinan yang haram
  • Perkahwinan yang makruh
Demikian huraian hukum-hukum perkahwinan yang boleh dijadikan panduan dan juga pengajaran yang baik kepada sesiapa yang hendak berkahwin.

Rukun Nikah
  1. Calon isteri. (perempuan)
  2. Calon suami. (lelaki)
  3. Wali.
  4. Dua orang saksi.
  5. Akad ijab dan qabul.
Syarat-Syarat Calon Isteri
  1. Bukan mahram dengan bakal suami.
  2. Bakal isteri itu tentu orangnya, tidak sah perkahwinan kalau seorang bapa berkata: “Saya nikahkan awak dengan salah seorang daripada anak-anak perempuan saya”.Pendeknya mestilah ditentukan yang mana satu daripada anak-anaknya itu.
  3. Bukan isteri orang dan bukan pula masih dalam iddah.
  4. Benar-benar yang ia seorang perempuan – bukan khunsa.
  5. Dengan rela hatinya bukan dipaksa-paksa kecuali bakal isteri itu masih gadis maka bapa atau datuk (bapa kepada bapa) boleh memaksanya berkahwin.
Syarat-Syarat Caalon Suami
  1. Bukan mahram dengan bakal isteri.
  2. Dengan pilihan hatinya sendiri, tidak sah berkahwin dengan cara paksa.
  3. Lelaki yang tertentu, tidak sah perkahwinan kalau wali berkata kepada dua  orang lelaki : “Saya nikahkan anak perempuan saya Aminah dengan salah seorang daripada kamu berdua.”
  4. Bakal suami mestilah tahu yang bakal isteri itu sah berkahwin dengannya.
  5. Bakal suami itu bukan sedang dalam ilham.
  6. Bakal suami tidak dalam keadaan beristeri empat.
Syarat-Syarat Wali

Ertinya : 

Wahai orang yang beriman janganlah kamu ambil orang Yahudi dan orang Nasrani untuk menjadi wali. (Surah Al-Maidah : Ayat 51)

Ertinya : 

Tidak harus perempuan mengkahwinkan perempuan dan tidak perempuan mengkahwinkan dirinya sendiri, dan kami berkata: perempuan yang mengkahwinkan dirinya sendiri adalah penzina. (Riwayat Al-Dar Al-Qatni)

Ertinya : Tidak sah perkahwinan itu melainkan dengan wali yang adil.

Ertinya : Orang yang sedang berihram tidak boleh berkahwin dan tidak boleh mengkahwinkan orang lain. (Riwayat Muslim)
  1. Islam, orang yang tidak beragama Islam tidak sah menjadi wali atau saksi.Firman Allah:
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Merdeka
  5. Lelaki, perempuan tidak boleh menjadi wali.Sabda Rasulullah SAW :
  6. Adil – tidak pasiq, sabda Rasulullah SAW :
  7. Tidak dalam ihram, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
  8. Tidak cacat akal atau fikirannya samada kerana terlalu tua atau lainnya.
  9. Tidak dari orang yang ditahan kuasanya dari membelanjakan hartanya kerana bodoh atau terlalu boros.
Syarat - Ijab Dan Qabul 

Syarat-syarat ijab :
  1. Hendaklah dengan perkataan nikah atau tazwij yang terang dan tepat.
  2. Lafaz ijab itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan perkahwinan itu terbatas waktnya.
  3. Dari wali sepertii katanya : “Saya nikahkan awak dengan anak saya Fatimah  dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai / bertangguh”, atau pun dari wakil wali seperti katanya : Saya nikahkan dikau dengan Fatimah binti Yusof yang telah berwakil wali ayahnya kepada saya dengan mas kahwin sebanya lima ratus ringgit tanai / bertangguh”.
  4. Tidak dengan lafaz ta’liq seperti kata wali : “Saya nikahkan dikau dengan anak saya Fatimah sekiranya anak saya itu diceraikan dan selesai iddahnya”. 
Syarat-syarat Qabul :
  1. Tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan-perkataan lain di antara ijab dan qabul. Ertinya di antara ijab dan qabul tidak diselangi oleh sesuatu samada perkataan-perkataan yang lain daripada ijab dan qabul atau diam yang lama, bukan diam untuk bernafas.
  2. Diterima oleh calon suami seperti katanya : “Saya terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut tunai / bertangguh”. Ataupun wakilnya seperti katanya: “Saya terima nikahnya untuk Osman, (kalau calon suami itu bernama Osman) dengan mas kahwin yang tersebut”.
  3. Lafaz qabul itu tidak berta’liq.
  4. Lafaz qabul itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan nikah itu terbatas waktunya.
  5. Hendaklah disebut nama bakal itu atau ganti namanya, seperti kata calon suami : “Saya terimalah nikah Fatimah atau nikahnya”.
  6. Lafaz qabul itu sesuai dengan lafaz ijab.
  7. Hendaklah lafaz qabul itu lafaz yang terang bukan sindiran.
Syarat-Syarat Saksi
  1. Kedua saksi perkahwinan itu mestilah beragama Islam.
  2. Lelaki
  3. Berakal
  4. Baligh
  5. Merdeka
  6. Adil (tidak fasiq).
  7. Melihat, tidak sah menjadi saksi orang yang buta.
  8. Mendengar, tidak sah menjadi saksi orang yang pekak.
  9. Kuat ingatan, maksudnya ingat apa yang didengar dan yang dilihat.
  10. Faham dengan bahasa yang digunakan dalam ijab dan qabul.
  11. Bukan yang tertentu menjadi wali seperti bapa atau saudara lelaki yang tunggal (tidak ada saudara lelaki yang lain), ertinya : tidak sah perkahwinan sekiranya bapa atau saudara yang tunggal itu mewakilkan kepada orang lain untuk mengakadkan perkahwinan itu sedangkan mereka menjadi saksi dalam perkahwinan tersebut.
Susunan Wali

Di dalam susunan wali tersebut, wali yang paling hampir kepada perempuan digelar dengan wali aqrab dan yang terjauh digelar dengan wali ab’adh.

Untuk menjadi wali perkahwinan itu mestilah didahulukan yang lebih aqrab kemudian kalau tidak ada yang lebih aqrab baharulah yang selepas dan begitulah seterusnya.

Wali Hakim 

WALI MUJBIR

Sebelum ini telah dinyatakan susunan wali, di dalam susunan wali tersebut terdapat dua golongan iaitu : 

Ertinya : Janganlah kamu kahwinlah janda sehingga kamu meminta keizinan mereka terlebih dahulu. (Riwayat At-Tarmidzi)

Oleh sebab seorang janda sudah mengetahui maksud atau tujuan perkahwinan sebab itulah tidak boleh dipaksa dengan tidak mendapat keizinan. 
  1. Bapa
  2. Datuk sebelah bapa hingga ke atas
  3. Saudara seibu sebapa
  4. Saudara sebapa
  5. Anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah.
  6. Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah
  7. Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas.
  8. Bapa saudara sebapa hingga ke atas.
  9. Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
  10. Anak bapa saudara sebapa (sepupu) hingga ke bawah.
  11. Kemudian hakim (Sultan) termasuklah orang-orang yang dilantik oleh Sultan seperti Kadhi atau naib Kadhi.
Hakim mempunyai kuasa untuk menjadi wali dalam satu-satu perkahwinan di masa yang tertentu seperti berikut :
  1. Ketika tidak ada wali yang tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Aalihi Wassallam : Ertinya : Sultan menjadi wali bagi mereka yang tidak ada wali.
  2. Wali enggan mengahwinkannya walaupun wali mujbir (bapa atau datuk) sekiranya keengganan itu kurang dari tiga kali, tetapi jika keengganan itu lebih dari tiga kali maka wali yang lebih jauh darinya berhak menjadi wali sebagaimana dalam susunan wali.
  3. Sebagai contoh wali yang enggan menikahkan yaitu : perempuan yang baligh, berakal memohon kepada wali supaya mengahwinkan dengan seorang lelaki yang setaraf dengannya sedangkan wali bapa atau datuk mahukan seorang yang lain yang setaraf juga. 
  4. Bentuk yang demikian tidaklah dianggap wali itu enggan atau ingkar, kerana wali itu lebih matang daripada perempuan itu dari segi perhatian dan pandangan untuk kepentingan atau kebahagiaan perempuan tersebut.
  5. Wali berada di tempat yang jauh sekadar perjalanan yang mengharuskan qasar sembahyang iaitu kira-kira enam puluh batu dan tidak ada pula wali yang sedarjat dengan wali yang jauh itu di tempat perempuan yang akan dikahwinkan itu.
  6. Wali sedang di dalam ihram dan tidak ada wali yang lain yang sedarjat yang tidak di dalam ihram.
  7. Wali itu sendiri berkahwin dengan sempurna itu, seperti anak bapa saudara yang ketika sepatutnya beliau menjadi wali, tetapi oleh kerana beliau inginkan perempuan itu untuk menjadi isterinya dan tidak ada wali yang lain yan sedarjat dengannya maka ketika itu hakimlah yang menjadi wali.
  8. Hakim menjadi wali untuk mengahwinkan perempuan yang sudah baligh tetapi gila, sekiranya perlu dikahwinkan dan tidak ada wali yang mujbar (bapa atau datuk).
  9. Wali di dalam tahanan dan tidak boleh dihubungi sama sekali.
  10. Wali bersembunyi.
  11. Wali ghaib dan tidak diketahui hidup atau mati atau di mana ia tinggal.
Ertinya : Janda lebih berhak ke atas dirinya dan anak dara dikahwinkan dia oleh bapanya.
  1. Wali mujbir : iaitu bapa dan datuk (bapa kepada bapa)sekiranya bapa sudah tidak ada, kedua-dua ini berhak mengkahwinkan perempuan yang masih gadis (anak dara) tanpa meminta keizinan daripada gadis tersebut lbih dahulu dengan syarat-syarat yang akan diterangkan kemudian. Walau bagaimanapun kedua-duanya disunatkan meminta keizinan gadis itu terlebih dahulu, sabda Rasulullah SAW.
  2. Bukan Mujbir iaitu : wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara atau yang berkahwin itu anak dara tetapi bukan wali bapa atau datuk.Dalam keadaan ng begini wali tidak boleh mengkhwinkan tanpa meminta keizinan terlebih dahulu,kerana sabda Rasulullah SAW.
Syarat-Syarat Sah Bapa Atau Datuk Mengkahwinkan Anak Dara Tanpa Keizinannya
  1. Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan walinya.
  2. Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan bakal suami.
  3. Kufu’ atau setaraf di antara bakal suami dengan calon isteri.
  4. Bakal suami sanggup membayar mas kahwin dengan tunai.
Keempat-empat syarat tersebut adalah menjadi syarat bagi sahnya perkahwinan itu.

Selain dari syarat-syarat tersebut di tambah dengan syarat-syarat lain seperti berikut:
  1. Hendaklah mas kahwin yang setanding (mahar misil).
  2. Kahwin itu hendaklah dari wang yang digunakan dalam negeri itu.
  3. Bakal suami itu bukanlah dari orang yang menyusahkan bakal isteri untuk hidup bersamanya seperti orang buta atau terlalu tua.
Sekiranya ketiga-tiga syarat ini tidak diperolehi dan perkahwinan itu dilakukan juga, maka perkahwinan itu sah, tetapi wali adalah berdosa, pendeknya perkahwinan haram dilakukan. 

Perempuan Yang Haram Dikahwini

Perempuan yang haram dikahwini terbahagi kepada dua bahagian :
  1. Haram buat selama-lamanya.
  2. Haram buat sementara waktu.
Sebab-Sebab Haram Dikahwini
  1. Haram dengan sebab keturunan
  2. Haram dengan sebab susuan
  3. Haram dengan sebab persemendaan (musoharah).
Haram Dengan Sebab Keturunan
  1. Ibu dan ibu kepada ibu (nenek) hinggalah ke atas.
  2. Anak, cucu dan seterusnya ke bawah.
  3. Saudara perempuan seibu atau sebapa atau seibu sahaja.
  4. Saudara perempuan bagi bapa (emak saudara) hingga ke atas.
  5. Saudara perempuan ibu (emak saudara) hingga ke atas.
  6. Anak saudara dari saudara lelaki hingga ke bawah.
  7. Anak saudara dari saudara perempuan hingga ke bawah.
Sebagai dalil bagi pengharaman tersebut ialah firman Allah :

Ertinya : Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara dari saudara lelaki, dan anak saudara dari saudara perempuan kamu. (Surah An-Nisa : ayat 23)

Perhatian :

Anak perempuan yang lahir hasil dari perzinaan, tidak haram dengan bapa zinanya kerana anak perempuan yang lahir dari zina dianggap orang asing (ajanabiah) baginya, ini ialah kerana mani zina itu tidak dihormati, walau bagaimanapun makruh bagi bapa zina mengahwini anak zinanya, berdasarkan perselisihan pendapat di antara utalam Abu Hanifah (mazhab Hanafi) yang berpendapat :

Tidak halal bagi bapa zina mengahwini anak perempuan yang hasil dari zinanya dan anak zinanya itu dianggap sebagai muhrimnya, iaitu sama seperti anak biasa.

Walaupun tidak halal dikahwini tetapi tidak berhak mendapat pusaka dari bapa zinanya itu.

Bagi ibu yang berzina dan semua muhrimnya adalah haram mengahwini anak zinanya, begitu juga anak zina itu berhak mendapat pusaka dari ibunya.

Haram Dengan Sebab Penyusuan

Firman Allah :

Ertinya : Dan diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara-saudara kamu sepersusuan. 

Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-orang yang haram dengan sebab keturunan, sebagaimana sabda Nabi SAW :

Ertinya : Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
  • Ibu yang menyusukan.
  • Saudara perempuan yang sepersusuan.
Syarat-Syarat Haram Dengan Sebab Susuan

Ertinya : Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun. (Riwayat Al-Dar Qatni)

Ertinya : Adalah pada ayat yang diturunkan dari Quran ialah sepuluh kali susu yang maklum lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja. (al-Hadith)
  • Ibu yang menyusukan itu telah baligh.
Anak yang disusukan itu berusia dua tahun, sebagaimana sabda Rasulullah SAW : Bilangan menyusunya sampai lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu mesti sampai kenyang, sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Aishah : Susu yang diberi kepada anak-anak itu mestilah ditelan dan sampai ke perut kanak-kanak itu pada kelima-lima kalinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Tidak diharamkan kahwin dari susuan itu melainkan susuan yang sampai kepada perut kanak-kanak itu dan penyusuan itu pula mesti budak yang menyusu itu belum berumur dua tahun. (Riwayat : At-Tarmidzi)

Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang tersebut maka tidaklah haram berkahwin di antara ibu yang menyusukan dengan anak yang disusukan dan seterusnya. 

Haram Dengan Sebab Persemendaan (Berambil-Ambilan)

Ertinya : Dan diharamkan ibu isteri kamu, dan anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu jika ibunya telah kamu setubuhi, maka jika ibunya itu belum kamu setubuhi maka bolehlah kamu mengkahwini anak tiri itu dengan begitu juga haram mengkahwini isteri anak kamu yang sejati. (Surah An-Nisa:ayat 23

Dan firman Allah :

Ertinya: Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan yang telah dikahwini oleh bapa kamu (ibu tiri). (Surah An-Nisa : ayat 22)
  • Ibu mertua samada dari keturunan atau penyusuan.
  • Ibu tiri, datuk tiri hingga ke atas.
  • Menantu perempuan (isteri anak), isteri cucu hingga ke bawah.
  • Anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya, jika belum disetubuhi kemudian diceraikan, maka tidaklah haram mengkahwinkan anak tiri itu samada anak tiri itu dari keturunan atau penyusuan.
Pengharaman keempat-empat orang ini berdasarkan firman Allah :

Perempuan-Perempuan Yang Haram Dikahwini Buat Sementara Waktu Dengan Sebab Menghimpunkannya

Sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Tidak boleh dikahwini seorang perempuan yang dihimpunkan dengan emak saudara sebelah bapa dan tidak boleh antara emak saudara sebelah bapa dengan anak perempuan saudara lelakinya dan tidak boleh dikahwini seorang perempuan dihimpun dengan emak saudaranya sebelah ibu begitu juga di antara emak saudara sebelah ibu dengan anak perempuan dari saudara perempuan, tidak yang besar dengan yang kecil dan tidak yang kecil dengan yang besar. (Riwayat At-Tarmidzi)
  • Saudara-saudara perempuan bagi isteri. 
Sebagaimana firman Allah :

Ertinya : Dan haram kamu menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara kecuali apa yang telah lalu.
  • Anak saudara isteri sebelah bapa.
  • Anak saudara isteri sebelah ibu.
  • Anak saudara isteri dari saudara lelaki.
  • Anak saudara isteri dari saudara perempuan.
Maskawin

Pengertian Maskawin (Al-Mahar)

Maskahwin ialah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. 

Sebagaimana firman Allah:

Ertinya : Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka.

Sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi. (Riwayat Al-Bukhari Muslim)

Dari hadith tersebut nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja, asalkan sesuatu yang berguna dan berfaedah, samada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat.

Rasulullah pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tidak ada memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan maskahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu

"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran," lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat, kemudian Rasulullah pun mengkahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surat yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.

Maskahwin ini tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit.

Jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya maskahwin ini terpulanglah kepada persetujuan kedua belah pihak pengantin dan biasanya mengikuti taraf atau darjat pengantin tersebut, walau bagaimanapun pihak syarak tidak mengalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sabda Rasulullah S.A.W.: Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah.

Hadis tersebut menunjukkan bahawa disunatkan maskahwin itu rendah nilainya, supaya tidak menjadi keberatan kepada lelaki untuk mencarinya, walaupun begitu, bukanlah bermaksud rendah sehingga sampai menjatuhkan taraf wanita.

Bahagian Mahar

Ialah mahar yang dinilai mengikut maskahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah dinilai sama dengan maskahwin keluarga yang paling dekat sekali, seperti kakak, emak saudara dan seterusnya di samping menilai keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

Ialah maskahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan itu.

Mahar Misil

Mahar Musamma

HUKUM MENYEBUT MASKAHWIN DI WAKTU AKAD

Sunat

Sunat, kerana Rasulullah sendiri tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya di masa akad bila menikahkan orang lain.  

Dengan menyebutnya di masa akad, dapat mengelakkan dari berlaku perselisihan berhubung dengannya, juga dapat membezakan di antara perkahwinan biasa dengan perkahwinan  seorang perempuan yang menghebahkan dirinya kepada Rasulullah tanpa mahar.

Sekiranya mahar tersebut tidak dinyatakan di masa akad bukanlah bererti akad perkahwinan itu tidak sah tetapi makruh jika tidak disebut.

Wajib

Wajib disebut mahar di waktu akad dalam keadaan yang berikut :
  • Jika bakal isteri itu seorang yang masih budak kecil, gila, atau bodoh, sedangkan bakal suami ingin membayar mahar yang lebih tinggi dari mahar yang sepatutnya (mahar misil).
  • Jika bakal isteri yang sudah baligh, bijak dan boleh menguruskan diri sendiri dan telah membenarkan wali untuk mengkahwinkannya, tetapi ia tidak menyerahkan kepada  walinya untuk menetapkan maskahwinnya.
  • Jika bakal suami itu seorang yang tidak boleh menguruskan hal dirinya sendiri, seperti ia masih budak, gila atau bodoh dan sebelum akad telah mendapat persetujuan dari bakal isteri tersebut tentang bayaran maskahwin kurang dari mahar yang sepatutnya, oleh yang demikian maskahwin wajib dinyatakan sebagaimana yang dipersetujui.
Maksud wajib di sini bukanlah bererti perkahwinan itu tidak sah, tetapi perbuatan itu dianggap  berdosa dan maskahwin dibayar mengikut kadar yang sepatunya (mahar Misil). 

WAJIB MASKAHWIN

Maskahwin wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut di dalam akad,  Jika dinyatakan di masa akad, maskahwin wajib juga dibayar dengan keadaan yang berikut :

Bila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum dukhul (setubuh) dan dipersetujui oleh pihak isteri.

Oleh yang demikian, isteri berhak menghalang suami dari mensetubuhinya sehingga suami tersebut menentukan kadar  maskahwin yang akan diberinya, samada dengan secara tunai atau berhutang.

Jika dijanjikan tunai maka pihak isteri berhak menghalang suami tersebut dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwin itu.

Bila penetapan maskahwin itu dibuat oleh qadhi dengan sebab keingkaran pihak suami dari membuat ketetapan atau dengan senan perbalahan atau perselisihan kedua belah pihak tentang kadar maskahwin tersebut dan bila qadhi menentukannya maskahwin tersebut hendaklah dibayar tunai (tidak boleh berhutang).

Bila suami menyetubuhi isterinya wajib dibayar maskahwin menurut kadar yang seimbang dengan taraf  isteri tersebut.

GUGUR SEPARUH MASKAHWIN

Apabila  berlaku talak sebelum persetubuhan maka gugurlah separuh maskahwin, firman Allah :

Ertinya : Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum mensetubuhinya, sedangkan kamu telah menentukan maskahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu.

Hal  ini berlaku sekiranya perceraian itu berpunca dari pihak suami seperti suami menjadi murtad, atau suami menganut Islam sedangkan isterinya  tidak dan sebagainya, tetapi jika penceraian itu berpunca dari pihak isteri, seperti suami menfasakhkan perkahwinan tersebut dengan sebab kecacatan yang ada pada isteri, maka maskahwin itu akan gugur semuanya.

MATI SUAMI ATAU ISTERI SEBELUM PERSETUBUHAN

Jika  seorang suami meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak warithnya wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada janda  tersebut dan jika maskahwin itu belum ditentukan kadarnya, maka wajib dibayar dengan nilai mahar misil.

Sebaliknya pula  jika seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak suami wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada wraith jandanya itu, jika maskahwin belum  dijelaskan lagi sebelum, sabda Rasulullah S.A.W. : 

Ertinya : Dari Al-Qamah katanya : Seorang perempuan telah berkahwin dengan seorang lelaki kemudian lelaki itu mati sebelum sampai mensetubuhi isterinya itu dan maskahwinnya pun belum ditentukan kadarnya, kata Al-Qamah: mereka mengadukan hal tersebut kepada Abdullah maka Abdullah berpendapat, perempuan itu berhak  mendapat pusaka dan wajib pula ia beriddah, maka ketika ini Ma’kil bin Sanan Al-Shakbi menjelaskan bahawa sesungguhnya nabi S.A.W.  telah memutuskan terhadap Buruq bte Wasiq seperti yang dibuat oleh Abdullah tadi. (Riwayat Al-Kamsah dan Sahih At-Tirmidzi)

AL-MUT’AAH

Ertinya: Satu pemberian dari suami kepada isteri sewaktu ia menceraikannya.  Pemberian  ini wajib diberikan sekiranya perceraian itu berlaku dengan kehendak suami, bukan kemahuan isteri.

Banyaknya pemberian ini adalah berdasarkan kepada persetujuan atau keredhaan kedua-dua belah pihak, di samping mempertimbangkan keadaan kedua-duanya, kaya atau miskin dan sebagainya tidak kurang dari separuh mahar.  

Firman Allah:

Ertinya : Terangkan olehmu hati mereka dengan pemberian dan lepaskanlah mereka dengan cara yang baik. (Al-Ahzab : ayat 49)

WALIMATUL URUS

HUKUM MENGADAKANNYA

Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakad (yang sangat dituntut) sebagaimana  sabda Nabi S.A.W. :

Ertinya : Kata Nabi S.A.W. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun menyembelih seekor kambing. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

HUKUM MENGHADIRI MAJLIS KAHWIN

Menerima jemputan ke majlis adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran tidak dapat  menghadirinya, seperti sakit dan sebagainya.  

Sabda  Rasulullah SAW:

Ertinya : Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin hendaklah kamu menghadirinya. (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

SYARAT-SYARAT WAJIB PERGI KE MAJLIS KAHWIN BILA DIUNDANG
  1. Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang-orang kaya sahaja.
  2. Yang menjemput itu juga beragama Islam.
  3. Yang dijemput itu juga  beragama Islam.
  4. Kenduri itu tidak menggunakan wang atau harta haram.
  5. Yang dijemput itu tidak menerima  pada satu masa, maka hendaklah menerima jemputan yang lebih dekat dari segi keluarga kemudian dipandang dari segi dekat tempatnya.
  6. Tidak didapati perkara-perkara yang mungkar di majlis itu seperti mengadakan minuman keras dan sebagainya.Perkahwinan Dan Hukum-Hukum Yang Berkaitan Dengannya

Isra' mikraj berlaku selepas berlaku pada "Tahun Dukacita" yang dihadapi oleh Nabi.

Dato Syeikh Muhammad Fuad Al Maliki 
Diawali dengan kematian bapa saudaranya Abu Thalib, Abu Thalib yang sering pertahankan Nabi dari penganiayaan kafir quraish sewaktu Nabi menjalankan tugas sebagai daie ilallah.

Selepas kematian abu talib diikuti pula. 

Dengan kekasihnya, yaitu kematian Isterinya, Sayyidatina Khadijah. 

Yang akan Pertahankan Nabi dan memperkuatkan hati Nabi ketika didalam rumah, selepas mendapat tentangan kuat dari pihak luar.

Wafatnya Sayyidatina Khadijah belaku selepas kematian Abu talib, dalam 3 atau 4 tahun.

Ketika itu Tiada lagi yang hendak pertahankan Nabi dikota makkah selepas itu.

Yang Menyebabkan Nabi berusaha mencari orang yang mampu membelanya dan dakwahnya.

Lalu Nabi saw pergi musafir ke thaif, sebab disana ada kaum kerabat Nabi, Nabi mengharapkan mereka yang ada dithaif boleh membantunya.

Namun Apa yang diharapkan oleh Nabi itu meleset, ketika Nabi sampai ke sana, Nabi bertemu pembesar thaif, bukan sambutan yang diterima, tapi sebaliknya, kejian, cacian dan kehinaan yang diterimanya, Nabi dibaling batu oleh anak anak kecil sehingga berdarah tumit Nabi صلى الله عليه وآله وسلم nya sehingga berkocak sepatunya dengan darah yang mengalir.

Nabi rasa begitu hiba dan sedih kerana dihalau begitu hina sedangkan Baginda adalah penghulu makhluk Allah swt. makhluk yang termulia dari kalangan sekalian Makhluk. 

Lalu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم menadah tangan kehadrat Allah, mengadu kepada Allah, yang ketika itu tiada lagi tempat aduan bagi Nabi kecuali hanya Allah, kerana telah wafatnya Sayidatina Khadijah dan Abu Thalib yang membela Baginda saat Baginda diperlakukan musuh seperti orang yang hina, seperti binatang, dilempar najis, batu dan dipandang dengan muka yang bengis setiap saat Baginda bertemu mereka.

Allah mendengar rintihan kekasihnya tersebut, kekasihnya telah membulatkan hatinya hanya berhajat hanya kepada Nya.

"Ya Allah, kepadaMu ku mengadu kelemahan diriku, sedikitnya daya upayaku dan kehinaanku disisi manusia. Ya Arhamarrahimin, Engkaulah Tuhan bagi orang yang ditindas, Ya Allah, kepada siapakah Engkau akan serahkan diriku ini Ya Allah. Kepada orang yang akan menyerang aku ataukah kepada musuh yang hendak meratahkanku. 

Aku tak peduli semua itu Ya Allah. Jikalau engkau tak murka kepada Aku, biarlah manusia menghina aku, aku tak peduli ya Allah jika ianya bukan tanda kemurkaan engkau kepadaku. 

Aku tak menuntut redha mereka, aku hanya mencari redha engkau, keafiatan milik engkau terlalu luas ya Allah. 

Aku mohon keafiatanMu ya Allah. Aku berlindung dengan nur wajahMu yang menerangi segala kegelapan dan teratur di atas nur itu segala urusan dunia dan akhirat, daripada Engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku, KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau redha.. 

Tiada sebarang daya (untuk melakukan kebaikan) dan tiada upaya (untuk meninggalkan kejahatan) kecuali dengan petunjukMu."

Nabi tak mengadu kebiadaban perlakuan musuh terhadap dirinya. Namun yang keluar dari Lidah Baginda adalah mengadu tentang kelemah dirinya. Sedangkan Baginda Manusia yang paling sempurna.

Bergegar arash Allah saat mendengar rintihan kekasih Allah itu, riuh rendah alam malakut maut, seluruh malaikat bermunajat kepada Allah, merintih kepada Allah agar memohon Allah menurunkan bantuan dengan segera kepada kekasihnya itu, supaya Allah menyegerakan pertolongan dari langit.

Namun Arash Allah bergegar tak mampu berbuat apa-apa melainkan mendapat izin Allah.

Jibril, para malaikat tak senang beribadah, tak mampu menahan kesedihan.

Maka Allah memerintahkan jibril bertemu kekasihnya, yang dengannya menyebabkan tenang hati para malaikat bila mendengar Allah perintahkan jibril bertemu Rasulullah.

Lalu Turun bersama jibril malaikat yang menjaga gunung-ganang.

Jibril turun dari awan yang berada diatas kepala Rasulallah.

Tiba tiba Baginda melihat atas kepalanya ada segumpal awan, lalu turunnya jibril as. 

Bersama para malaikat yang menjaga gunung-ganang, lantas Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dipujuk oleh jibril dengan Salam dari hadrat Allah ke hadrat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم

Sesungguhnya Allah menyampaikan salam kepadamu, dan Allah menyatakan, "Aku mendengar ucapan, cacian hambaku terhadapmu wahai Muhammad, aku melihat perbuatan mereka terhadapmu wahai muhammad "

Suruhlah malaikat gunung mencabut gunung dimakkah untuk dihempapkan ke atas penduduk thaif, sebaliknya Rasulullah tidak seumpama kita, yang membalas kejahatan dengan kejahatan, kuburukan dengan keburukkan, mulianya Rasulallah kerana guru Rasulallah adalah Allah.

Rasululah berdoa kepada Allah, Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku sedangkan mereka tidak mengetahui, namun aku masih mengharapkan anak cucu keturunan mereka beriman kepadaMu Ya Allah.

Dengan sebab berkat doa Nabi, sehingga hari ini kita masih mendapat hidayah.

Lalu turun Ayat terakhir dalam surah an nahl lalu mengikuti surah isra' seolah-olah Allah mengatakan selepas engkau bersabar menghadapi ini, aku yang bersama dengan engkau, aku mempersilakan engkau mendapat kemuliaan dialam malakut maut sehingga engkau bertemu denganKu.

Disampaikan 
Dato Syeikh Muhammad Fuad Al Maliki 

“Dunia Hanya Bernilai Bila Mana Dimanfaatkan Untuk Akhirat”

Ilustrasi dari iluvislam.com
Katakanlah pada suatu hari, datang seorang pemuda tampan yang sudah lama diminati melamar diri anda, dalam masa yang sama dia menjadi rebutan ramai muslimah di kolej anda, padahal anda bukanlah seorang wanita yang dirasakan layak, jauh sekali memikirkan bahawa situasi ini akan berlaku kepada diri?

Ketika itu anda adalah orang yang paling bertuah kerana apa yang diidamkan selama ini datang di depan mata. Hati hanya berkata: “Inilah nikmat”.

Katakanlah pada suatu hari, seorang fakir yang hampir pengsan akibat tidak menjamah makanan selama lima hari telah dihadiahkan dengan sebuku roti kering dan sebotol jus buah-buahan. 

Ketika nyawanya hampir ke hujung tanduk, ada nikmat berupa makanan datang kepadanya.

Jika dia seorang yang beriman, pasti hatinya akan berkata:“Ya Allah, inilah nikmat. Aku harus bersyukur.” 

Pada ketika itu jejaka tampan bukan lagi menjadi nikmat kepadanya, baginya sekeping roti lebih berharga daripada seorang lelaki idaman.

Katakanlah, anda seorang yang berada dan layak digelar jutawan. 

Mempunyai aset harta yang bernilai jutaan ringgit. Rumah dan kereta mewah bukan lagi menjadi suatu yang dianggap besar. 

Apa yang ada di hadapan mata atau yang terlintas difikiran anda pasti akan menjadi milik anda dalam sekelip mata.

Pada ketika itu, dimanakah nilai sebuku roti kering yang menjadi nikmat kepada si fakir yang sedang dalam kelaparan tadi jika ia dihulurkan kepada anda?

Adakah anda pernah terfikir bahawa nilai nikmat pada setiap orang itu berbeza-beza?

Sampaikan ada manusia yang kabur menilai nikmat.

Ada manusia, sebuku roti itu adalah nikmat baginya dan lambang kesyukuran untuknya. 

Ada manusia kesenangan adalah nikmat yang paling besar baginya kerana dia telah lama menderita. 

Ada manusia lain yang sudah bertahun-tahun lamanya menderita sakit lalu merasakan nikmat sihat adalah nikmat yang paling berharga buatnya.

Ya, nikmat yang dikurniakan itu sangat berbeza pada setiap individu. Sehinggakan ada manusia yang tidak tahu menilai nikmat yang datang kepadanya. Baginya, nikmat atau laknat sama sahaja.

Lalu bagaimanakah kayu ukur sebuah nikmat itu?

Pada nikmat yang diberi atau kepada yang menerima nikmat?

Jawabnya: Nilai dan kayu ukur sebuah nikmat terletak pada erti bersyukur.

Seorang yang kaya-raya tidak akan tahu menilai mana satu rezeki yang berupa nikmat kepadanya kerana dia berkuasa memperolehi segala-galanya melainkan dia tahu akan erti bersyukur. 

Dengan bersyukur, dia bisa menghargai segala kurniaan yang datang kepadanya samada kecil atau besar, sama ada diperlukan atau tidak dan sama ada sikit atau pun banyak. 

Dia akan sentiasa bersyukur ketika dia menghadapi situasi senang mahupun sukar.

Pendek kata, Allah S.W.T  tidaklah memandang sebesar mana nikmat yang diberikan oleh-Nya kepada manusia, tetapi melihat sejauh mana sikap manusia yang tahu bersyukur dalam setiap nikmat yang dikurniakan. 

Apabila seorang hamba itu bersyukur, dia akan menghargai nikmat yang datang sekaligus menghargai pemberi nikmat, iaitu Allah S.W.T.

Perit untuk kita dengar tentang kisah kematian,tapi itu adalah lumrah kehidupan sekarang,tiap2 hari pasti ada khabar kematian,di akhbar,di mulut2,di mana2 sahaja..kerana kematian itu adalah lumrah kehidupan..

Ali Imran surah 3 yang bermaksud :

"145. dan (tiap-tiap) makhluk Yang bernyawa tidak akan mati melainkan Dengan izin Allah, Iaitu ketetapan (ajal) Yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). dan (dengan Yang demikian) sesiapa Yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa Yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang Yang bersyukur."


Gusar hati mengenangkan mati,kerana mati itu adalah pasti..tidak kira apa2 sekali,yakni malaikat,manusia,haiwan..dan apa2 benda yang hidup pastikan merasa mati..semuanya dengan kehendak ALLAH. Dalam Surah An-Biyaa’ ayat ke 35 yang bermaksud :

"tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu Dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."

kita sekian lama hidup tidak mengenang sekalipun asal usul kematian…kematian itu adalah pasti,kerana itulah ALLAH mengirimkan kita khabar2 kematian hari2 bagi supaya kita bersiap siaga untuk berhadapan dengan NYa.

kerana ALLAH telah berfirman dalam surah Yassin ayat ke 83 yang bermaksud :

"oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan Yang memiliki dan Menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."

dan Jika kita tidak percaya sekalipun terhadap kematian yang bakal menjemput kita,cukuplah kita duduk di hospital sepanjang hari,boleh dikira hari2 kita berjumpa insiden atau mana2 manusia yang dijemput untuk mengadap Ilahi…

dan ingatlah ketika itu kita akan dihitung,dihadapkan ke arah neraka bagi yang menderhaka,dan bagi yang taat insyaALLAH syurgalah tempatnya..

firman ALLAH dalam surah Yassin ayat ke 63 yang bermaksud :

""Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, Yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah)."

Jsdi sebagai insan,kita wajib diingatkan terhadap mati,kerana itu kita kena bersiap siaga menghadap mati,biarpun bukan kita,mungkin esok harinya adalah kita?kita tidak tahu ajal kita…kerana mengenai ajal maut hanyalah ALLAH.

Mari kita renungi diri kita, adakah cukup amal kita untuk berhadapan dengan ALLAH.

kerana janji janji kita sebelum kita dijadikan manusiapada ketika alam ruh lagi kepada ALLAH telahpun dirakam di dalam Al Quran dalam surah al A’raaf ayat 172 yang bermaksud :

"dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". Itulah selalunya diperingatkan kita pada notis2 di masjid-masjid,di surau-surau.

"Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan"

sebelum kaki berhenti melangkah,tangan terputus nikmat,lidah menjadi kelu,mata menjadi buta,jantung berhenti berdegup,badan menjadi kaku…ada baiknya kita bermusahabah diri….merenung siapa sebenarnya diri kita…apa tujuan hidup kita…kenapa kita diciptakan di dunia ini..kenapa harus kita bersembahyang…cukupkah masa untuk kita bertaubat dan beramal..sebelum kita terlambat. Marilah..pintu rahmat ALLAH itu sentiasa terbuka..

ALLAH itu maha pengampun lagi maha pemurah…

Wassalam

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget