banggolpetaicom.blogspot.com
Dakwah Maya - Seorang penulis Amerika Syarikat yang bernama Greys Halsl pernah berkata : Kita sebagai orang Kristian percaya bahawa sejarah manusia akan berakhir dengan sebuah peperangan yang di sebut sebagai Armageddon dan peperangan ini akan menyaksikan kembalinya Isa Al Masih yang akan memerintah orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati dengan saksama (Dari Buku, Ramalan Dan Politik ms 19)
Demikianlah pendapat seorang pemikir Barat. Dan itulah yang menjadi kepercayaan ramai masyarakat Barat.
Sayangnya, dia tidak menyatakan perang Amargeddon itu antara siapa dan siapa. Tetapi secara asasnya, ramai orang percaya perang Amargeddon itu akan berlaku.
Sebelum ini, ramai pembaca blog saya sangat tahu tentang kebencian saya kepada Yahudi & Agen-agen Dajjal. Paling saya benci ialah Negara AS, yang bagi saya adalah Bani Kalb (Kalb=Kalbun=anjing), yang merupakan pendokong dan pembantu setia kepada Yahudi-Zionis Dunia.
Dialah yang akan menolong dan membantu As-Sufyani yang akan keluar serentak pada saat kemunculan Al-Mahdi Akhir Zaman. Sesungguhnya, As-Sufyani dan Bani Kalb adalah antara tokoh penting akhir zaman, selain Al-Mahdi, Nabi Isa a.s dan Dajjal Al-Masih.
Tetapi pada saat Perang Amaegeddon hampir berlaku, maka saya tiba-tiba berkata bahawa Imam Mahdi akan bersekutu dengan bangsa Rum, yang menurut pendapat saya pula ialah AS dan Eropah.
Mereka akan bergabung dan bersekutu melawan musuh dari belakang iaitu Russia dan sekutu-sekutu mereka iaitu Cina, Iran dan Hizbullah.
Kenapa pandangan saya tiba-tiba berbeza dan berubah 360 darjah?. Ramai para pembaca saya memberi komentar masing-masing dan seakan-akan tidak bersetuju dengan saya.
Ada juga di antara mereka mengatakan bahawa Syeikh Imran bin Hussein, ulamak sufi dari Trinidad mengatakan bahawa bangsa Rum itu adalah Russia, berdasarkan sejarah lama peperangan antara Rom dan Parsi pada zaman awal penyebaran Islam.
Memang benar pernyataan beliau. Mari pula kita melihat catatan sejarah di bawah untuk lebih menyakinkan kita. Empayar Byzantine atau Empayar Rom Timur atau Empayar Greek (Bahasa Greek : Βασιλεία Ῥωμαίων, Vasileía Romaíon) merujuk kepada Empayar Rom semasa Zaman Pertengahan, dan pusatnya terletak di Konstantinopel yang sekarang dikenali sebagai Instabul di Turki.
Walaupun empayar ini dikenali masyarakat barat sebagai Empayar Greek kerana budaya dan populasinya, ia dikenali oleh rakyatnya sendiri sebagai Empayar Rom atau Romania kerana maharajanya adalah dari maharaja berketurunan Rom dan menurut dunia Islam, mereka adalah orang Rom.
Mari kita kupas perang Amargeddon ini dari sudut zaman. Nama perang Amargeddon ini tidak terdapat dalam mana-mana Hadis. Hanya disebut dalam kajian-kajian sarjana Kristian dan Ahli Kitab.
Menurut bahasa Ibrani, Ar bermaksud gunung atau bukit. Mageddo pula adalah nama sebuah lembah di Palestin. Ia adalah sebuah tempat yang cukup strategik dari segi peperangan. Perang ini juga dikatakan sebagai perang habis-habisan dengan menggunakan seluruh kekuatan pelbagai peralatan senjata moden yang canggih. Mungkin perang itu adalah Perang Dunia ketiga yang disebut-sebut sebagai Perang Nuklear.
Ia terbentang dari dataran Mageddo di utara sampai ke Edom di Selatan yang jaraknya sekitar 200 batu sampai ke Laut Putih (Tengah) di bahagian Barat dan Bukit Mohab di Timur yang jaraknya 100 batu .
Pakar peperangan berpendapat bahawa kawasan ini merupakan kawasan yang paling strategik. Maksud strategik itu dapat difahami seperti berikut, setiap panglima tentera yang menguasai tempat ini akan dapat mematahkan setiap serangan musuhnya.
Mari kita telusuri hadis berikutnya tentang perang Akhir Zaman yang akan berlaku antara umat Islam dengan dua pihak berikut, [1] Musuh dari belakang, [2] Puak pendokong Salib (tentera Salib).
"Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka.Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang,kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit,maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum.Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!",maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan.Di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera".(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)
Pada saya, bangsa Rom sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadis di atas adalah AS dan Eropah. Sekurang-kurangnya ada lima sebab seperti berikut.
SEBAB [1]
Umat Islam akan bersekutu dengan Bangsa Rom menentang musuh dari belakang mereka. Saya sudah menjelaskan maksud “musuh dari belakang” itu. [1] Mereka ialah suatu bangsa di belakang peta Asia Barat (iaitu Russia, Cina & Iran), [2] Mereka adalah suatu bangsa yang kuasanya merapati kuasa utama dunia (maksudnya Russia merapati AS).
SEBAB [2]
Bangsa Rom yang berperang dengan Parsi (pada zaman Nabi Muhamad SAW) adalah juga bangsa Rom yang berperang dalam Perang Salib menentang umat Islam. Dan bangsa Rom ini juga yang akan bersekutu dengan umat Islam akhir zaman dan kemudian mengkhianatinya.
SEBAB [3]
Empayar Rom Timur pada zaman Nabi Muhamad SAW memang sebahagiannya terletak di Russia sekarang ini (masa itu Russia Moden belum wujud), akan tetapi pusat kekuasaannya terlatak di Barat (Romania). Dan kebanyakan bangsa Rom yang terlibat dalam siri perang salib selepas itu datang dari England, Portugis, Sepanyol dan kawasan-kawasan barat lainnya.
SEBAB [4]
Saya berpendapat Perang Dunia Keempat (Perang Malhamah) adalah Perang Salib Terakhir antara umat Islam dan Nasrani (Kristian) yang dibantu oleh Yahudi. Meskipun ada yang mengatakan bahawa Rusia itu juga sebuah Negara Kristian Ortodoks, tetapi pucuk pimpinan tentera Krsitian biasanya datang dari Barat (dalam konteks ini, AS & Eropah).
SEBAB [5].
Di penghujung hadis Nabi SAW di atas, ada disebutkan bahawa umat Islam akan berperang dengan bangsa Rom yang mempunyai sifat-sifat berikut. “80 bendera, yang setiap satu bendera itu ada 12,000 bendera di bawahnya”.
Katakan sahaja, ada 100 orang musuh di belakang setiap bendera kecil itu, maka terdapat sebanyak 96,000,000 (96 juta) musuh Islam dalam peperangan tersebut.
Dan anda tidak usah terkejut dengan musuh Islam seramai ini, kerana umat Kristian seluruh dunia sekarang hampir sama banyak dengan umat Islam. Islam berjumlah 3 billion, Kristian juga 3 billon. Lain-lain agama 1 billion.
Cuma bezanya, umat Islam sudah ramai yang terbunuh di Afghanistan, Iraq, Mesir, Libya, Syria dan sebagainya. Dan dalam Perang Salib terakhir ini, mereka akan berkumpul seramai mungkin di Asia Barat untuk menyembelih kita.
Mari kita melihat kata-kata Albert Eisteen tentang peperangan akhir zaman ini.
"Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia Ketiga akan diperjuangkan, tetapi Perang Dunia Keempat akan diperjuangkan dengan kayu dan batu." - Albert Einstein
Adakah Albert Einstein tidak mahu mengakui Perang Dunia Ketiga (3) ini bakal menggunakan teknologi bom nuklear yang merupakan hasil ciptaannya? Kalau benar bom nuclear benar-benar digunakan dalam Perang Amargeddon, maka nasib Asia Barat sangat tragik.
Dan selepas itu, Perang Dunia Keempat (4) dikatakan akan meletus yang mana senjata yang digunakan adalah pedang. Ini disebabkan semua teknologi yang ada sudah tidak boleh digunakan lagi pada masa itu disebabkan oleh kesan EMP (electromagnetic pulse) daripada senjata nuklear itu sendiri semasa tercetusnya Perang Dunia Ketiga.
Jadi, kekuatan bala tentera ketika Perang Dunia Keempat nanti adalah seimbang dan tidak berat sebelah kerana semuanya menggunakan peralatan perang yang sama.
Post a Comment