Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

Syiah Di Malaysia

Syiah Di Malaysia
e-fatwa.gov.my



Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia.

Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.
  2.  Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
  3. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri – Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri – Negeri hendaklah agama Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
  4. Memperuntukkan pindaan kepada semua Undang – Undang Negeri dan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif hukum Syarak atas Undang- Undang Islam seperti berikut :” Hukum Syarak atau Undang – Undang Islam ertinya Undang – Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlaq. ”
  5. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang – Undang Islam dan demikian penyebaran apa –apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
  6. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang – undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.
  7. Menetapkan bahawa penerbitan , penyiaran dan penyebaran apa- apa buku, risalah , filem , video dan lain – lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.

Fatwa Negeri Berkaitan: 
  1. Membendung Pengaruh Syiah Di Malaysia, Kedah, Diwartakan, 17 Jan, 1998
  2. Ke arah Membendung Pengaruh Syi'ah, Melaka, Diwartakan, 16 Jul, 1997
  3. Ke Arah Membendung Pengaruh Syiah Di Malaysia, Negeri Sembilan, Diwartakan, 27 Feb, 1998
  4. Fatwa Mengenai Fahaman Syiah, Pulau Pinang, Diwartakan, 16 Jan, 1997
  5. Ke Arah Membendung Pengaruh Syiah Di Sarawak, Sarawak, Tidak Diwartakan, 23 Nov, 1996
  6. Membendung Pengaruh Syiah Di Malaysia, WP Kuala Lumpur, Diwartakan, 15 Jan, 1997
  7. Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, Terengganu, Diwartakan, 2 Sep, 1997
  8. Fatwa Tentang Fahaman Syiah, Selangor, Diwartakan, 14 Feb, 1998
  9. Fatwa Mengenai Ajaran Syiah, Kelantan, Diwartakan, 26 Aug, 1996
  10. Hukum Berpegang Pada Ajaran Syiah, Pahang, Diwartakan, 30 Dec, 2011
  11. Ajaran atau Fahaman Syiah ** Perlis, Diwartakan, 20 Feb, 2012
  12. Pindaan Sighah Pewartaan Fatwa Mengenai Fahaman Syiah Yang Telah Diwartakan Pada 16 Januari 1997 ** Pulau Pinang, Diwartakan, 12 Sep, 1997
  13. Mengenai Syiah **, Sabah, Tidak Diwartakan, 26 Jul, 1996
  14. Membendung Pengaruh Syiah, Johor Diwartakan, 9 Jan, 2012
  15. Fatwa Mengenai Pengharaman Ajaran Dan Fahaman Syiah Di Negeri Perak Darul Ridzuan, Perak, Diwartakan, 4 Jan, 2012

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget