Dakwah Maya
Surah Al-Falaq (سورة الفلق) adalah surah ke-113 dalam Al-Qur’an. Ia mengandungi 5 ayat dan tergolong surah Makkiyah yang diturunkan selepas Surah Al-Fiil. Nama Al-Falaq diambil dari kata ‘Falaq’ yang terdapat pada hujung ayat pertama surah ini yang bermaksud ‘seluruh makhluk’ atau sebahagian ahli tafsir berpendapat ‘waktu subuh’.
Kisah Penurunan Surah Al-Falaq
Dalam riwayat Al-Baihaqi, diceritakan bahawa surah Al-Falaq dan An-Naas diturunkan pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam disihir oleh seorang Yahudi yang bernama Labid bin al-A’sham dengan sebelas simpulan tali, dimana setiap kali dibacakan satu demi satu ayat-ayat dari kedua surah tersebut, maka terlepaslah simpulan itu satu persatu.
Kisah tentang disihirnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ini sendiri terdapat dalam Shahih Al-Bukhari.
.
Menurut Abdullah Yusuf Ali pula, pada waktu zaman kenabian Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, terdapat seorang bomoh perempuan yang mengenakan sihir hitam ke atas musuhnya menggunakan sihir pada simpulan. Dengan itu, Allah SWT menurunkan surah ini sebagai perlindungan daripada sihir tersebut.
.
Al-Imam Muhammad Abduh berkata: Dalam masalah ini, terdapat lebih banyak hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah disihir oleh Labid Ibn al-A’sam. Sihir itu telah berjaya mempengaruhi (meresapi) diri Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam, sehingga mengkhayalkan Baginda dan menyebabkan Baginda seolah-olah melakukan sesuatu padahal baginda tidak melakukannya, atau baginda seperti mendatangi sesuatu, sedangkan Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tidak mendatanginya.
.
Kemudian, Allah SWT menjelaskan kepadanya hal itu, seterusnya bahan sihir itu dikeluarkan daripada sebuah perigi. Setelah itu barulah Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam sembuh daripada penderitaannya dan diturunkan surah ini. .
.
Keistimewaan Surah Al-Falaq
1. Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, bersabda: “Apakah engkau tidak melihat ayat-ayat yang diturunkan malam ini yang belum pernah ada bandingannya. Ayat-ayat itu ialah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) dan ‘Qul A’udzu Birabbin Naas’ (An-Nas).” (HR Muslim r.a.)
.
2. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) kerana kamu tidak dapat membaca mana-mana surah yang amat dicintai Allah SWT dan sangat cepat diterima Allah SWT, seperti surah ini. Maka semana mampu kamu janganlah kamu tinggalkannya.”
.
3. Disebut pada riwayat lain, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kamu tidak dapat membaca apa-apa yang sangat pantas sampai kepada Allah SWT seperti ‘Qul A’udzu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq).”
Post a Comment