banggolpetaicom.blogspot.com
Dakwah Maya - Ini ada sebuah pertanyaan dari seorang hamba Allah. Namanya Carly BIP. Dengan menganggap bahawa pertanyaan itu sangat jujur, maka kamipun akan menjawab secara jujur.
Mari kita dengar pertanyaan itu.
“Alangkah baiknya jika kami mengetahui apa yang dilakukan Muhammad sekarang ini? yang kata abah bakal calon IM, paling tidak bagaimana reaksi beliau melihat keadaan konflik timur tengah yang semakin memperihatinkan, Sehebat hebat IM tidak akan sanggup mnghadapi dunia sendirian tanpa para pendukung dan mujahid yang siap dan setia, paling tidak dari sekarang beliau telah mempersiapkan semuanya, karna kata abah bahawa waktunya sudah semakin dekat, semoga dibai'ah ataupun tidak dibai'ahnya Muhammad ini, tetap dia bisa menjadi orang yang membawa nusantara ke arah kedamaian walaupun dia bukan IM yg sebenarnya....Amin, insyaallah”
Saya telah menghubungi Muhamad. Dan dia meminta jawapannya tidak disiarkan. Jadi saya akan memberi beberapa kesimpulan dari jawapannya.
[1] Keadaan dunia sekarang ini sangat panas. Fitnah akan bertambah dahsyat & mencengkam.
[2] Pemimpin Negara-negara yang terlibat atau kumpulan-kumpulan yang terlibat, tidak ada seorangpun yang memikirkan tentang kemunculan Imam Mahdi. Bahkan tidak ada dalam kepala mereka untuk memikirkan tentang keadaannya.
Saya tersenyum sahaja mendengar jawapan beliau yang demikian. Kerana dahulu (sebelum saya mengenali beliau) saya sudah menyebut dalam blog saya ini bahawa Al-Mahdi akan dilupakan orang pada saat kemunculannya.
Kemudian muncul soalan kedua dari Carly BIP.
“Maaf, apakah menurut abah, PBT telah muncul? kira2 ada sedikit kaitan dan hubungan sama Muhammad calon IM? Maaf”
Saya akan menjawab soalan ini secara langsung. Ada beberapa kemungkinan dari yang pernah saya sebut sebelum ini.
[1] Ia mungkin datang dari Indonesia, sesuai dengan Pemilu Presiden 2014. Kalau benar PBT itu sama orangnya dengan Satrio Peninggit, maka sangat bertuah Negara Indonesia itu sebagai tapak untuk kemunculan Al-Mahdi Akhir Zaman.
[2] Ia mungkin berlaku di Mesir. Kerana Husni Mubarak akan berkuasa semula & penentangan Ikhwanul Muslimin terhadapnya menjadi bertambah sengit.
Bahkan ada satu teori (atau tanggapan umum) bahawa Osama bin Mohamad Mursi akan dijulang oleh rakyat Mesir menjadi Presiden Mesir yang sah menggantikan ayahnya. Wallahu ahlam.
[3] Mungkin juga berlaku di Qatar, sesuai dengan pertabalan Putera Bani Tamin (PBT) sebagai pemerintah yang baru. Tetapi kami telah membahasnya dan menganggap sebagai tidak munasabah.
[4] Mungkin dia muncul di Afghanistan dari puak/kelompok Taliban. Tetapi kami merasakan agak janggal untuk menerimanya disebabkan kehadirannya (existence) sudah lama melebihi 10 tahun.
[5] Atau mungkin juga keluar dari kumpulan Bani Pashtun di Afganistan (kononnya dari keturunan Bani Ishaq). Teori ini sedang berlegar dan kami sedang mengkajinya dan melihat kemunasabahannya dari keterangan hadis dan kata-kata ulamak.
[6] Mungkin juga ia merupakan kelompok tentera tersusun dari Jamaah Ansar As-Sunna (JAS) di Iraq yang giat menentang AS & agen-agen Dajjal yang lain tanpa henti.
Kemudian mungkin juga berlaku di tempat-tempat lain, yang di luar pengkajian kami. Wallahu ahlam.
Tetapi yang pastinya, Negara yang ditubuhkan PBT ini adalah 18 bulan (1.5 tahun) sebelum diserahkan kepada Al-Mahdi. Kalau PBT belum muncul, maka kemunculan Al-Mahdi tentunya jauh lagi.
Semejak saya menulis blog ini mulai tahun lepas (2012), saya terjumpa pelbagai perkara yang akhirnya sampai kepada satu titik. Titik itu dipanggil Perang Amargeddon (Perang Akhir zaman).
Perang itu belum berlaku lagi, tetapi tanda-tandanya sudah ada & sudah berkembang mekar. Tetapi saya tiba-tiba jadi sangat malas menulis mengenainya. Saya jadi hairan, kenapa saya tiba-tiba malas?
Rusia telah mengirim kapal pengintai ke Mediteranian Timur setelah Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia menyerang Syria. Kapal pengintai tersebut meninggalkan pangkalan angkatan laut Rusia di Ukraine, pelabuhan laut hitam dari Sevastopol pada Ahad, 1/9/2013 yang lalu.
Kapal itu akan mengumpulkan informasi di wilayah konflik. Hal itu dilaporkan surat kabar Rusia, Interfax pada Isnin 2/9/2013 dengan mengutip sumber-sumber tentera yang tidak disebutkan namanya.
Kementerian Pertahanan Russia menolak memberi komentar secara langsung. Namun, Interfax mengatakan kapal SSV-201 Priazovye akan beroperasi secara terpisah dari unit angkatan laut Rusia yang sudah ditempatkan di Mediteranian.
Maka timbullah beberapa soalan untuk kita jawab.
[1] Kalau benarlah AS menyerang Syria, maka adakah benar Russia akan menyerang Arab Saudi seperti heboh sekarang ini?
[2] Jika Russia tidak menyerang Arab Saudi seperti yang diramalkan banyak pihak, maka adakah benar Arab Saudi tidak akan mengusik pengkalan tentera Russia di Damsyik untuk menjamin keselamatannya?
[3] Atau adakah Russia terpengaruh dengan beberapa janji manis Arab Saudi untuk memberinya beberapa kawasan telaga minyak untuknya?
Mari kita bercakap mengenai perkara masa depan bahawa Imam Mahdi akan menyebelahi AS dalam peperangannya dengan Russia. Anda tentu hairan bagaimana kami boleh mengatakan perkara ini lebih awal.
Anda faham maksud saya? Kalau anda tidak faham, mari saya berikan anda beberapa kata akhir zaman dari seorang guru kerohanian yang saya hormati.
KATA [1] “Sebagai penganut Islam, kita percaya bahawa penyelamat itu (maksudnya Al-Mahdi) akan datang lebih awal daripada Nabi Isa a.s. Namanya ialah Muhammad Al- Mahdi”.
KATA [2] "Dia akan datang, tetapi kemunculannya adalah selepas perang besar (Perang Amargeddon). Ia adalah satu peperangan di antara kuasa-kuasa besar”.
Al-Mahdi akan muncul (akan datang) selepas peperangan Amargeddon antara kuasa-kuasa besar dunia. Maka anda tentu tertanya-tanya, pihak manakah yang disokong Al-Mahdi & kenapa dia berbuat demikian?
Dia akan menyokong AS dan menentang Russia dan kumpulannya. Ada 3 sebab di sebalik misteri ini.
Sebelum kami memberi analisanya satu persatu, elok anda bertanya kepada diri anda sendiri soalan berikut.
- KENAPA PERANG INI BERLAKU DI ASIA BARAT?
- KENAPA BLOK TIMUR DAN BARAT BERPERANG DI TENGAH PERMUKAAN BUMI?
Post a Comment