Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

[Video] Filem 2012

Resensi Filem 2012
Dakwah Maya


Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem bertajuk 2012. Filem arahan Roland Emmerich itu mengambil idea daripada ramalan kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 iaitu pada 21 Disember 2012.

Filem ini hanya dongeng belaka dan tiada keupayaannya untuk diyakini. Kaum muslimin memiliki dua pusaka besar iaitu Al-Quran dan Hadis. Dua teks ini adalah kekuatan untuk melindungi umat Islam daripada pelbagai ramalan tentang hari Kiamat.

Mengimani hari Kiamat adalah wajib tanpa disertai keyakinan tentang ramalan tarikh dan masa tertentu.

"Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)." - An-Naml, ayat 65.

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget