Perang Armageddon (4) Siapakah Abu Muhammad Al-Jaulani?
banggolpetaicom.blogspot.com
Sekadar Hiasan |
Dakwah Maya - Siapakah Abu Muhammad Al-Jaulani? Baru-baru ini saya telah menerima sebuah pertanyaan dari Muhamad. Mari kita dengar pertanyaannya.
“Assalamualaikum, siapakah itu Abu Muhammad Al- Jaulani bah? Ada artikel juga yang bilang Abu Muhammad Al-Jaulani itu nama samaran juga.
Dia pemuda pemimpin Jabhah Al Nusrah. Kapan Jabhah Al Nusrah dibentuk?
Apakah mungkin kalau AS cuma ingin musnahkan Jabhah Al Nusrah karena menganggap mungkin pemuda itu PBT atau Imam Mahdi?
Apakah mungkin Assad sembunyi atas perintah AS agar AS bisa musnahkan Jabhah Al Nusrah yang dipimpin pemuda itu. Ada yang menulis artikel semacam itu”.
Segera saya mencari maklumat tentang Abu Muhamamad Al-Jaulani dan Jabhah Al-Nusra. Dan saya ingin menjawab seperti ini.
Jabhah Al-Nusra (JAN) dikatakan sebuah pasukan yang ada kaitan dengan Al-Qaeda. Dan saya sangat meragukan kedua-duanya berdasarkan alasan berikut.
ALASAN [1]
Al-Qaeda sebelum ini adalah musuh utama AS dan Arab Saudi. Kenapa tiba-tiba Al-Qaeda boleh muncul di Syria dan bersengkokol dengan Arab Saudi & AS untuk menjatuhkan Basyar? Apa motif terbaru di sebalik perubahan sikap Al-Qaeda ini? Atau mungkin Klon Al-Qaeda sengaja direka untuk mengelirukan keadaan?
ALASAN [2]
Benarkah Al-Qaeda yang berjuang di Syria ini sama dengan Al-Qaeda yang berjuang di Afghanistan, Pakistan & Iraq? Di manakah kenyataan-kenyataan Ayman Azwari selaku orang kuat Al-Qaeda berhubung peranan mereka masa ini?
ALASAN [3]
JAN merupakan sebuah pasukan yang dikatakan ada kaitan dengan Al-Qaeda (linked with Al-Qaeda), tetapi tiada pengesahan dari mana-mana pimpinan Al-Qaeda. Sangat lucu kelihatan. Seakan-akan terasa benar bila ada orang mengatakan JAN itu hanya tentera upahan Arab Saudi semata-mata.
ALASAN [4]
Penubuhan JAN atau seumpamanya mungkin hanya sebuah cerita buatan untuk mengukuhkan fatwa takfiriyah bahawa peperangan di Syria adalah peperangan mahzab antara Sunni –Syiah.
ALASAN [5]
Adakah JAN mempunyai kaitan rapat dengan Free Syriaan Amry (FSA)? Kalau benar, maka umat Islam seluruh dunia patut menjaga diri mereka daripada percaya membuta-tuli tentang kebaikan JAN dan FSA dan kejahatan Basyar Al-Assad dan tentera-tenteranya.
PENDAPATKU TENTANG JABHAH AL-NUSRAH
Kami lebih suka menganggapnya (JAN) sebagai tentera upahan Arab Saudi. Ia bukan Al-Qaeda dan bukan pula parti yang ada kaitan dengan Al-Qaeda.
Dengan itu, kami tidak mengenal sama-sekali siapa Abu Muhamad Al-Jaulani. Tetapi ada sesuatu yang ingin kami katakan. Samada FSA atau JAN, kedua-dua kumpulan ini telah melakukan kezaliman dan pembantaian terhadap askar-askar Syria dan penentang-penentang mereka.“.
Anda boleh melihat cara mereka menyeksa atau membunuh askar-askar Syria dan penentang mereka. Itu bukan akhlak Islamiyah di dalam peperangan. Cara mereka sangat zalim.
Sila anda pergi ke blog AL-FAEDAH atau lain-lain blog yang bersangkutan untuk melihat apa yang kami nyatakan.
ADAKAH IA PBT ATAU AL MAHDI?
Sekiranya Jabhah Al-Nusrah sebuah kumpulan Panji Hitam, tentu anda dapat melihat kelembutan akhlak di dalamnya. Islam itu terlihat indah di mana-mana sahaja, sekalipun di bawah mata pedang yang sedang gemerincing.
Kalau anda dapat melihat perbuatan JAN sepertimana yang kami lihat, tentu anda sama-sekali tidak tergamak mengatakannya sebagai kumpulan yang di dalamnya terdapat PBT atau Al-Mahdi.
ANDA MUNGKIN MENJAWAB BEGINI
Anda mungkin mengatakan seperti ini kepada kami. Kenapa JAN tidak boleh melakukan perbuatan ini kepada para penentang mereka (tentera Basyar, pemisah Kurdi dan sesiapa sahaja), sedangkan mereka telah diperlakukan dengan teruk oleh mereka?
Jawapannya ada dua seperti ini.
[1] Kalau anda mengatakan JAN berhak melakukan demikian, maka anda dan JAN sama sahaja dari segi ketirisan sifat kemanusiaan. Anda seorang manusia pendendam seperti JAN. Dan kedua-dua anda dan JAN tidak layak menyertai Al-Mahdi.
[2] Kalau anda mengatakan JAN tidak boleh melakukan demikian walau di atas apa sebab sekalipun, maka ternyata anda seorang muslim yang cukup syariat dan penghayatannya. Anda juga seorang manusia budiman dan tinggi pula nilai-nilai kemanusiaannya.
MARI MELIHAT KOREKSI DIRI
PBT dan Al-Mahdi, sebelum kesahihan diri mereka sebagai PBT dan Al-Mahdi, adalah manusia luhur dan berbudi-pekerti tinggi sehingga seluruh manusia (termasuk musuh-musuhnya) sangat mengkagumi kelembutan akhlak mereka.
Kalau anda menyangka PBT dan Al-Mahdi berada di dalam kelompok JAN, sedangkan JAN sangat buruk tingkahlakunya, sangat kejam dan zalim, nescaya neraca pertimbangan anda boleh dianggap rosak.
Ketahuilah, bahawa PBT dan Al-Mahdi, walau di mana mereka berada, bergaul, bersembunyi, maka akhlak mereka sangat harum dan lembut. Itu tanda yang sahih dan tepat untuk manusia-manusia yang cerah matahatinya.
KARUT DAN MENGARUT
Kemudian ada pula satu perkara lain yang lucu dan mustahil. Maksud saya, adalah suatu hal yang sangat karut dan mengarut untuk mengatakan bahawa Basyar Al-Assad telah bersembunyi dengan perintah AS. Mustahil sama-sekali. Itu hanyalah permainan kata blogger-blogger yang terperangkap dengan teori mereka sendiri.
Anda mesti yakin dengan keadaan yang berlaku sekarang. AS telah benar-benar berhasrat untuk menyerang Syria dan menganyangnya habis-habisan. Mereka mahu menghapuskan Basyar Al-Assad, by hook or by crook.
PERANG AMARGEDDON
Perang Amargeddon itu adalah sesuatu yang akan berlaku. Sekurang-kurangnya ada tiga factor yang mendorong dan mempercepatkannya.
FAKTOR [1]
Faktor Lembangan Emas di Syria, Jordan & Israel. Kajian geosains telah menemukan emas yang banyak di kawasan tersebut. Dengan itu, mereka (AS & Yahudi Zionis) berharap Syria jatuh ke tangan mereka dan kekayaan tersebut menjadi milik mereka.
FAKTOR [2]
Tempat peraduan antara kuasa besar dunia. Asia Barat menjadi medan yang mewujudkan situasi menang-menang (W-W situation) terhadap mereka. Mari kita lihat 3 kebaikan (advantadges) untuk mereka [1] Mereka dapat menguji senjata masing-masing, [2] Majority rakyat mereka tidak menjadi korban peperangan & [3] kesan nuclear tidak meragut saki baki rakyat mereka.
FAKTOR [3]
Yahudi yang mahu mempercepatkan perang ini supaya tikus besar (cercaan mereka terhadap Al-Mahdi) segera keluar untuk dibunuh. Mereka mahu Al-Mahdi segera dibunuh atau terbunuh. Bila ini berlaku, maka Al-Masih Dajjal mereka dapat keluar mengikut jadualnya.
CEBISAN KATA TENTANG AMARGEDDON
Mari kita lihat beberapa petikan kata-kata dari pemikir, pengarang, ahli politik dan sebagainya.
KATA [1]
“Segala sesuatu pasti akan berakhir dalam beberapa tahun, dimana akan terjadi Perang Dunia yang paling besar, yaitu Perang Armageddon atau perang di dataran Mageddo. (“Kitab Drama Berakhirnya Zaman” oleh Oral Robertus dan “Kitab Akhir Bola Dunia Yang Paling Besar” oleh Hall Lindus, mereka mempercayai tahun 2000 adalah berakhirnya bola dunia secara final)
KATA [2]
Ronald Reagen pernah berkata, “Sesungguhnya generasi ini tepatnya adalah generasi yang akan melihat Perang Armageddon.” (Kitab Ramalan dan Politik).
KATA [3].
Jimmy Sujjest berkata, “Aku berkeinginan agar aku dapat mengatakan bahwa kita akan mencapai perdamaian. Akan tetapi aku percaya bahwa perang Armageddon akan datang. Sesungguhnya Armageddon akan datang dan berkecamuk di lembah Mageddo. Ia akan datang. Mereka bisa saja menandatangani perjanjian-perjanjian perdamaian yang mereka inginkan. Namun, sesungguhnya hal itu tak akan merealisasikan apa pun. Sebab, bagaimana pun juga hari-hari hitam itu akan datang.” (Kitab Janji yang Benar dan Janji yang Dusta)
KATA [4].
Gerry Folwel, seorang pemimpin fundamentalis Kristian berkata, “Sesungguhnya Armageddon adalah sebuah hakikat (realita) dan sangat nyata, akan tetapi kita bersyukur karena ia akan terjadi pada akhir hari sejagat.” (Kitab Ramalan dan Politik)
KATA [5].
Shofeld berkata, “Sesungguhnya orang-orang Kristian yang ikhlas hendaknya bergembira dengan peristiwa ini. Karena begitu pertempuran yang terakhir ini (Armageddon) dimulai, maka Isa al-Masih akan segera mengangkat mereka ke awan, dan mereka akan diselamatkan oleh al-Masih serta tidak akan menghadapi kesusahan apa pun yang terjadi di bumi.” (Kitab Ramalan dan Politik)
PERANG SALIB TERAKHIR
Kami telah menulis dalam siri (3) bahawa Perang Amargeddon ini adalah Perang Salib Terakhir antara umat Islam dan Kristian. Dan kami ingin menambah pernyataan berikut bahawa Perang Amargeddon itu juga perang bersekutu antara Kristian dan Yahudi melawan Islam.
PERBAHASAN TENTANG BANGSA ROM
Masih ada lagi perbahasan tentang siapakah bangsa Rom itu. Saya telah memberi jawapan panjang lebar bahawa bangsa Rom itu adalah AS dan Eropah. Tetapi beberapa orang pembaca saya masih kekal dengan kefahaman mereka bahawa bangsa Rom itu adalah Russia.
Terpulanglah kepada anda semua dengan perbezaan hujjah-hujjah tersebut. Pada kami, siapapun bangsa Rom itu, kesan Perang Amargeddon itu dikira amat dahsyat.
SELURUH BERTEMU SELURUH
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
PEDANG BERTEMU PEDANG
Malah, ada sebahagian hadis yang menekankan akhir zaman nanti akan berlakunya perang menggunakan pedang dan Dajjal akan disembelih dengan pedang.
Hadis Nabi juga ada menyebut, Yahudi Zionis pengecut akan bersembunyi di balik-balik batu dan kayu dan hanya selamat di belakang pokok Yahudi iaitu pokok Gharqad, yang banyak di tanam sekarang di Israel.
Hadis Nabi juga ada menyebut, Yahudi Zionis pengecut akan bersembunyi di balik-balik batu dan kayu dan hanya selamat di belakang pokok Yahudi iaitu pokok Gharqad, yang banyak di tanam sekarang di Israel.
KISAH PEDANG NABI ISA
Selepas kemunculan Al-Mahdi, maka akan keluar pula Dajjal. Semasa kehidupan Nabi Isa a.s sebagai Rasul (sebelum kerasulan Nabi Muhamad SAW), dia tidak pernah menyentuh pedang. Selepas Dajjal muncul, maka Nabi Isa akan turun sebagai penyelamat.
Pada masa Nabi Isa turun itu, maka semua teknologi dunia menjadi rosak atau non aktif. Kami tidak pasti sebabnya, samada kerana kesan EMP (electromagnetic pulse) semasa Perang Nuklear (Perang Amargeddon) atau kerana dunia ini telah rosak dan hancur lebur atau bagaimana.
Pedangnya boleh sampai ke mana sahaja di mana dia menghalakannya. Pedang itu ternyata sebuah pedang ajaib, pedang yang datang dari shurga. Tuhan yang memberi kurnia kepadanya. Dia akan menyelamatkan manusia ramai dari kejahatan Dajjal.
Kita berhenti di sini dahulu. Dan insyaallah, kita akan menyambung kemudiannya dengan kisah lebih menarik.
Post a Comment