Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

Allah menyuruh berdakwah dengan menggunakan cara hikmat dan nasihat yang baik

Ramai orang memahami bahawa di antara maksud menggunakan pendekatan hikmah dan nasihat yang baik itu adalah menepuk-nepuk bahu yang melakukan kesalahan-kesalahan dan penyelewengan-penyelewengan dan tidak menghadapi mereka dengan cara tegas kerana bimbang mereka kan laru dari dakwah dan enggan memberi sambutan kepadanya. 

Dari manakan mereka membawa pemahaman ini terhadap maksud arahan Allah SWT yang mulia ini? 

Apakah di sana ada orang yang lebih faham terhadap maksud arahan yang mulia ini dari para rasul yang diahapkan arahan ini kepada mereka? 

Bagaimanakah Rasullullah SAW memahami arahan yang diturunkan kepadanya supaya menyeru manusia ke jalan Allah dengan mengunakan pendekatan hikmat dan pengajaran yang baik? 

Bagaimanakah Musa dan Harun a.s memahami arahan Allah supaya berbicara dengan Firaun dengan kata-kata yang lemah-lembut agar baginda meernima pengajaran atau takut kepada Allah?

Rasullullah SAW telah bertindak menyampaikan dakwah sebagaimana yang diperintahkan Allah kepadanya lalu kaum Quraisy bersungut: Ia telah mecela tuhan-tuhan kami, membodoh-bodohkan minda kami dan mengkafirkan bapa-bapa dan datuk-datuk nenek kami. 

Sedangkan Musa dan Harun a.s telah memulakan dakwah mereka dengan berkata kepada Firaun selamat sejahtera ke atas orang yang mengikut hidayat. 

Mereka tidak kepada Firaun: Selamat sejatera ke atas anda… kerana dalam ungkapan tadi terdapat saranan yang jelas bahawa Firaun tidak mengikut hidayat. 

Kemudian mereka iringi dengan penjelasan:

إِنَّا قَدْ أُوحِيَ إِلَيْنَا أَنَّ الْعَذَابَ عَلَىٰ مَن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ

“Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya”. (Taha, 20: 48)

Dalam kata-kata ini terdapat ancaman yang terus-terang terhadap Firaun dan kaumnya bahawa azab sedang menunggu mereka juka mereka berdusta keduanya dan berpaling dari kebenaran yang dibentangkan keduanya kepada mereka. 

Inilah bentuk “kata-kata yang lemab lembut” yang diperintahkan Allah kepada keduanya supaya ditujukannya kepada Firaun.

Berdakwah dengan lemah-lembut memang wajib, iaitu berlemah-lembut untuk melahirkan kebenaran bukannya berlemah-lembut untuk menyembunyikan kebenaran!  

Perbuatan yang akhir inilah yang diterangkan Allah kepada nabi-Nya.

وَدُّوا لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُونَ

“Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).” (Al-Qalam, 68: 9)

Untuk berdakwah kita tidak boleh mengatakan kepada seseorang: Awak Kafir! 

Malah apa yang boleh dikatakan: Keimanan itu mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang diterangkan di dalam kita Allah dan sunnah Rasul. 

Begitu juga kekufuran mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang diterangkan dalam kitab Allah dan sunnah Rasul. 

Justeru itu sesiapa yang mendapati pada dirinya ciri-ciri keimanan pada dirinya, maka hendaklah dia bersyukur kepada Allah terhadap nikmat yang telah dikurniakan kepadanya. 

Sesiapa yang mendapati pada dirinya ciri-ciri kekufuran, maka hendaklah ia bertaubat kepada Allah dan membersihkan diri dari ciri-ciri yang mengeluarkannya dari keimanan. 

Itulah maksud pendekatan hikmat dan nasihat yang baik untuk menghadapi situasi-situasi manusia yang berada dalam keadaan tersisih yang dihayati Islam pada hari ini. 

Itulah keadaan tersisih yang diisyaratkan Rasullullah SAW dalam sebuah hadith:

“Islam bermula dengan keadaan tersisih dan akan kembali kepada keadaan tersisih sebagaimana mulanya. Justeru itu syurgalah balasannya kepada orang-orang yang tersisih.” (Hadith riwayat Muslim).

Semoga penerangan ringkas ini membantu para pendakwah dalam menyampaikan dakwah Islam secara hikmat dan nasihat yang baik.

Rujukan:

1. Yusoff Zaki Yaacob (penterjemah). Sayyid Quth, Kita Tafsir Fi Zilalil Quran, Jilid 1. Edisi Ke-2.  Malaysia, Pustaka Darul Iman, 2010. m.s. XV-XVI.

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget