Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

Syarat Keempat: IKHLAS

Kalimah ikhlas (اَلاِخْلاَصُ) diambil dari kata-kata:  "Susu yang murni, tidak tercampur atau tercemar" (اَلْلَبَنُ الْخَالِص).  

Ikhlas yang dimaksudkan dalam syahadah ialah:  membersihkan hati dari segala sesuatu yang bertentangan dengan makna syahadah (persaksian).  Menurut pengertian Bahasa Melayu ikhlas bererti:  

"(Dengan) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura,  tulus dan sangat jujur". 

Menurut istilah atau etimologi Bahasa Arab, kalimah ikhlas diambil dari kata dasar (اَخْلَصَ - اِخْلاَصًا) yang mempunyai beberapa maksud, antaranya:

اَلاِخْلاَصُ : تَرْكُ الْغُشِّ وَالرِّيَاءِ . اَوْ فىِ الطَّاعَةِ تَرْكُ الرِّيَاءِ

"Ikhlas ialah meninggalkan penipuan/kecurangan dan riyak.  Atau di segi ketaatan (kepada Allah) ialah meninggalkan riyak". 

Ikhlas tempatnya di hati sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad:

"Sesiapa yang mengucapkan tiada tuhan yang diibadahi melainkan Allah dengan penuh keikhlasan akan dimasukkan ke syurga". 

Menurut istilah yang diberikan oleh ulama usuluddin (ulama tauhid), ikhlas bermaksud:

"Membersihkan atau memurnikan ibadah dan akidah hanya untuk Allah dan tidak mempersekutukan Allah dengan makhlukNya (tidak syirik)".  Firman Allah:

فَاعْبُدِ اللهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّيْنَ.
"Sembahlah Allah (Yang Satu) dengan penuh keikhlasan kepadaNya".
Az-Zumar, 39:2.

اَلاَ ِللهِ الدِّيْنُ الْخَالِصُ.

"Ingatlah!  Hanya kepunyaan Allah agama yang bersih (dari kesyirikan)". Az-Zumar, 39:2.
وَمَا اُمِرُوْا اِلاَّ لِيَعْبُدُوْا اللهَ مَخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ.

"Padahal mereka tidak disuruh melaksanakan ibadah (menyambah Allah) melainkan dengan penuh keikhlasan (memurnikan ketaatan) kepadaNya dalam melaksanakan agama".
Al-Bayyinah, 98:5.
Lawan keikhlasan ialah dengan hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura dan dalam syara ia bermaksud tidak syirik (tidak menyekutukan ibadahnya dengan yang lain).  

Kerana antara erti sebenar kalimah ikhlas ialah mengesakan Allah Subhanahu wa-Ta'ala yang disembah. 

Dan apabila sesuatu ibadah atau amal benar-benar dikerjakan dengan ikhlas, ini bermakna niat amal tersebut tidak disekutukan dengan sembahan-sembahan yang lain, kerana ikhlas bertujuan membersihkan (memurnikan) setiap amal 

Seseorang yang ikhlas beribadah, bermakna dia telah meniatkan ibadahnya hanya sema-mata kerana Allah, mencari keredhaan Allah dan demi kerana Allah Subhanahu wa-Ta'ala.  

Adapun orang yang tidak ikhlas, pasti ibadah atau sesuatu amal yang dikerjakannya bukan kerana Allah, oleh itu ibadah atau amal tersebut dianggap telah disekutukan dengan yang lain, bukan ikhlas untuk Allah, kerana tujuan amalnya bukan lagi semata-mata kerana Allah, tetapi ada lagi tujuan yang lain di sebalik ibadahnya.  

Adalah wajib bagi setiap orang-orang yang beriman berlaku ikhlas terhadap Allah dalam ibadahnya dan dalam mengucapkan kalimah tauhid, kerana keikhlasan adalah perintah dari Allah dan syarat diterimanya segala amal ibadah sebagaimana firmanNya:

قُلْ اِنِّيْ اُمِرْتُ اَنْ اَعْبُدَ اللهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّيْنَ.
"Katakanlah!  Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan penuh keikhlasan (memurnikan ketaatan) kepadaNya dalam (menjalankan) agama". Az-Zumar, 39:11.  

فَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحًا وَّلاَ يُشْرِكْ بَعِبَادَةِ رَبِّهِ اَحَدًا.
"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadah kepada Tuhannya". Al-Kahfi, 18:110.

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget