Para ulama Salaf as-Soleh juga telah menggariskan beberapa panduan atau jalan untuk mengetahui dan mengenali kalimah ikhlas (لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ) antaranya ialah:
Dengan memberi perhatian tentang nama-nama, sifat-sifat dan af'al (perbuatan) Allah Subhanahu wa-Ta'ala yang dikhabarkan di dalam al-Quran dan dijelaskan oleh hadith-hadith sahih yang menunjukkan tentang kesempurnaan Allah, keBesaranNya dan keAgunganNya.
Seterusnya kalimah tersebut perlu dipelajari dan difahami sebagaimana yang difahami oleh para ulama Salaf as-Soleh dengan kecekalan, kesungguhan dan kesabaran.
Semua yang diusahakan akan memberi kebaikan dan membawa kepada penyembahan serta pangabdian (penghambaan) diri yang sempurnaa kepada Tuhan Yang Maha Esa yang bagiNya segala puji, kemuliaan, kebesaran dan keindahan.
Berilmu (iaitu ilmu yang dipelajari dan difahami dari al-Quran dan al-Hadith yang sahih yang dengannya dapat menyedarkan) bahawa hanya Dia (Allah) sahaja Pencipta dan Pengurus sekalian alam dengan segala isi-isinya serta segala kejadian yang berlaku.
Mengambil ilmu tentang kalimah ini dari sumber al-Quran dan al-Hadith.
Kerana hanya kedua kitab ini sahaja dapat mengenalkan seseorang bahawa Allah adalah pemberi nikmat zahir dan batin, termasuklah nikmat keduniaan.
Namun, nikmat yang paling besar ialah nikmat beragama Islam.
Dengan mengenali Allah sebagai pemberi segala nikmat, pasti akan menyebabkan hati sentiasa bergantung denganNya, mencintaiNya dan hanya menyembah Dia yang tidak ada sekutu bagiNya.
Post a Comment