Seseorang yang berjaya mengakhiri perkataannya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan mengucapkan kalimah (لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله), maka telah dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala baginya syurga sebagai ganjaran.
Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memerintahkan orang-orang yang beriman agar mengajarkan (mentalqinkan) kalimah tauhid kepada seseorang yang hampir mati (nazak) sebagaimana sabda baginda:
لَـقِّنُوْا مَوْتَاكُمْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ فَاِنَّهُ مَنْ كَانَ آخِـرُ كَلاَمِهِ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ يَوْمًا مِنَ الدَّهْرِ وَاِنْ اَصَـابَهُ قَبْلَ ذَلِكَ مَا اَصَابَهُ.
"Ajarkanlah (talqinkanlah) seseorang di antara kamu yang menghadapi kematian membaca (لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ). Kerana sesiapa yang mengakhiri ucapannya dengan ucapan لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ ia mendapat jaminan masuk syurga sekali pun sebelum itu pada hari-hari disepanjang kehidupannya dipenuhi dengan banyak melakukan berbagai dosa".
Talqin yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah "Mengajarkan" orang yang berkeadaan maut (yang sudah menghampiri kematian/nazak) dengan kalimah syahadah iaitu kalimah tauhd لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ.
Pesanan ini telah diperintahkan malah telah dilakukan sendiri oleh Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wa-sallam kepada seorang sahabat dari kalangan Ansar:
اَنَّ رَسُوْلَ اللَّهِ صَـلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ عَادَ رَجُلاً مِنَ اْلاَنْصَـارِ فَقَالَ : يَا خَالُ قُلْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ فَـقَالَ : اَخَالٌ اَمْ عَمٌّ ؟ فَـقَـالَ : بَلْ خَالٌ فَقَالَ : فَخَيْرٌ لِيْ اَنْ اَقُـوْلَ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ ؟ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : نَعَمْ .
“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pada suatu ketika menjenguk (melawat) seorang sahabat dari kalangan Ansar yang sedang sakit. Maka baginda bersabda: Wahai bibi! Ucapkanlah لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ. Dia berkata: Adakah bibi atau paman? Maka baginda bersabda: Tetapi bibi. Maka sahabat Ansar tersebut berkata: Adakah suatu kebaikan bagiku menakala mengucapkan (لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ)? Rasulullah menjawab: Ya! Ada".
Post a Comment