Isnin, 9:56 Malam. 07-02-2011, 4 Rabi’ul Awwal 1432.
Basmalah Walhamdalah
Tiap-tiap yang kecil jangan diperkecil kerana peristiwa besar itu bermula dari riak-riak kecil.
Oleh sebab itu, kalau mahu wujud gerakan besar-besaran, mulakanlah dengan riak-riak kecil. Riak kecil itu dimulai dengan kocak yang perlahan-lahan, makin lama, makin kuat dan makin kencang maka makin ligat.
Ligat itu akan memulakan gerakan besar dan seterusnya akan menjadi taufan.
Iman itu bermula daripada benih yang tumbuh dengan perlahan dan lemah tetapi setelah menempuh masa yang lama maka dia menjadi teras dan tunjang yang keras dan teguh.
Iman akan berbuah dan orang boleh datang ambil buahnya bila-bila masa. Langkah kita, membina iman bukan meletuskan revolusi.
Apabila gerakan Islam digerakkan secara revolusi, maka biah Islamiah itu jadi panas mendidih, tidak teduh dan sejuk. Memang gerakan revolusi Islam ini dimusuhi kuasa besar kuffar.
Namun, gerakan Islam yang teduh yang menyejukkan hati telah terbukti menumbangkan Mongol yang ultra revolusional.
Sekaranag makin jelas sudah bagi antum kenapa penting gerakan tasawuf Islam di akhir zaman ini, bukan gerakan revolusi Islam.
Post a Comment