Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

Syarat-Syarat Kalimah Laa Ilaaha Illallah (لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ)

Sudah diketahui secara ittifak (dipersetujui) oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpandukan manhaj Salaf as-Soleh, bahawa melafazkan dua kalimah syahadah adalah wajib kecuali ke atas orang yang tidak boleh bertutur kata (bisu).   

Sempurnanya keIslaman seorang muslim sehingga menjadi seorang mukmin yang benar-benar beriman dan sempurna imannya, hanya setelah melafazkan dua kalimah syahadah, kemudian mengetahui dan faham akan makna dan maksud pengucapan dan pengakuannya.  

Benarnya kenyataan ini berdasarkan kepada sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:

اُمِرْتُ اَنْ اُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّىيَقُوْلُوْا لاَاِلَهَ اِلاَّاللهُ وَاَنِّيْ رَسُوْلُ اللهِ.

"Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan:  Tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah Rasulullah". 

مَنْ قَالَ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَكَـفَرَ بِمَا يُعْبَدُ مِنْ دُوْنِ اللهِ حَـرُمَ مَالُهُ وَدَمُهُ.

"Sesiapa yang mengucapkan: لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ "Tiada tuhan yang diibadahi/disembah melainkan Allah" dan mengkufuri sembahan selain Allah, maka harta dan kehormatannya terpelihara". 

Begitu juga, para ulama akidah yang berpegang kepada manhaj Salaf as-Soleh bersepakat bahawa setakat mengucapkan dua kalimah syahadah (kalimah tauhid) sahaja belum memadai, sebaliknya mestilah juga mengetahui segala rukun, syarat serta tuntutannya yang wajib difahami dan dilaksanakan setelah mengikrarkan dan mengetahuinya.

Seterusnya tuntutan ini perlu dilaksanakan agar kalimah tersebut memberikan manfaat kepada seseorang yang benar-benar telah percaya, beriman, berilmu dan mengikrarkannya, kerana tidak ada manfaat bagi si pengucapnya kecuali setelah terkumpul baginya rukun dan syarat-syaratnya.   

Adapun rukun-rukun kalimah tauhid yang wajib diketahui oleh seseorang yang mukallaf sebagaimana yang dituntut oleh syara ialah:
  • Syarat Pertama: ILMU
  • Syarat Kedua: YAKIN
  • Syarat Ketiga: PERCAYA
  • Syarat keempat: IKHLAS
  • Syarat Kelima: MENERIMA
  • Syarat Keenam: BERSERAH
  • Syarat Ketujuh: CINTA

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget