Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

Syarat Kelima: MENERIMA

Maksud menerima ialah tidak mempertikaikan, kerendahan, ketundukan serta penerimaan terhadap segala sesuatu yang datangnya Dari Allah dan RasulNya. 

Ia membuahkan ketaatan dan ibadah kepada Allah dengan jalan meyakini bahawa tiada yang dapat memberi pertunjuk dan menyelamatkan kecuali ajaran yang datangnya dari Allah.  

Firman Allah:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلاَ مُؤْمِنَةٍ اِذَا قَضَى اللهُ وَرَسُوْلُهُ اَمْرًا اَنْ يَكُوْنَ لَهُمْ الْخِيَرَةُ مِنْ اَمْرِهِمْ.

"Dan tidak patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula patut) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka". Al-Ahzab, 33:36.

Menerima juga memberi maksud:  Benar-benar menyetujui, membenarkan dan mengesahkan kalimah tauhid ini dengan penerimaan lahir dan batin tanpa diragui dan dipersoalkan. 

Ada pun perbezaan antara tunduk (merendah diri) dan menerima adalah, bahawa tunduk merupakan perbuatan raga atau fizik, sedangkan menerima adalah pekerjaan hati.

Lawan menerima ialah menolak, menentang (membangkang), berpaling atau mendustakan ajaran-ajaran Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam dengan hatinya.  

Tidak redha di hatinya untuk menerima apa yang disampaikan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam. 

Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah mengkhabarkan kepada kita tentang keburukan dan kezaliman sesiapa yang menolak, menentang  serta membohongi kalimah tauhid ini kerana mereka akan diazab, sebaliknya sesiapa yang menerima dan mengamalkannya dengan penuh ketaatan dan keikhlasan maka dia akan dimasukkan ke syurga.  

Firman Allah:

وَمَنْ  اَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِى فَاِنَّ لَهُ مَعِيْشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ اَعْمَى . قَالَ رَبِّ لِمَا حَشَرْتَنِىاَعْمَى وَقَدْ كَنْتُ بِصِيْرًا . قَالَ كَذَلِكَ اَتَتْكَ اَيَاتُنَا فَنَسِيْتَهَا وَكَذَلِكَ الْيَوْمَ تُنْسَى.

"Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta.  Berkatalah ia:  Ya Tuhanku! 
Mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?  Allah berfirman:  Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat kami, maka kamu melupakannya, dan bagitu (pula) pada hari kamu pun dilupakan". Taha, 20:124-126.

Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah mengkhabarkan di dalam al-Quran keadaan mereka yang menerima (beriman) dan mereka yang menolak (kufur kepada) kalimah tauhid.  

FirmanNya:

هَذَا يَوْمُ الْفَصْلِ الَّذِيْ كُنْتُمْ بِهِ تُكَذِّبُوْنَ . احْشُرُوْا الَّذِيْنَ ظَلَمُوْا وَاَزْوَاجَهُمْ وَمَا كَانُوْا يَعْبُدُوْنَ . مِنْ دُوْنِ اللهِ فَاهْدُوْهُمْ اِلَى صِرَاطِ الْجَحِيْمِ.

"Inilah hari keputusan yang kamu selalu mendustakannya.  (Kepada malaikat diperintahkan):  Kumpulkanlah orang-orang yang zalim berserta teman sejawat mereka dan sembahan-sembahan yang selalu mereka sembah selain Allah, maka tunjukkan kepada mereka jalan ke neraka". Ash Shaffat, 37:21-22.

اِنَّهُمْ كَانُوْا اِذَا قِيْلَ لَهُمْ لاَاِلَهَ اِلاَّاللهُ يَسْتَكْبِرُوْنَ . وَيَقُوْلُوْنَ اَئِنَّا لَتَارِكُوْا ءَالِهَتِنَا لِشَاعِرٍ مَّجْنُوْنٍ . بَلْ جَآءَ بِالْحَقِّ وَصَدَّقَ الْمُرْسَلِيْنَ . اِنَّكُمْ لَذَآئِقُوْا الْعَذَابِ اْلاَلِيْمِ . وَمَا تُجْزَوْنَ اِلاَّ مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ.

"Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka:  (لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ) tiada tuhan yang berhak diibadahi selain Allah, mereka menyombong diri.  Dan mereka berkata:  Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana seorang penyair gila?  Sebenarnya dia (Muhammad) telah datang membawa kebenaran dan membenarkan rasul-rasul (sebelumnya).  Dan kamu tidak diberi pembalasan melainkan terhadap kejahatan yang telah kamu kerjakan". Ash Shaffat, 37:35-39.

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget