ISNIN, 10:19 PAGI. 13-04-1992, 9 SYAWAL 1412.
BASMALAH WALHAMDALAH
DI SELURUH DUNIA PADA AKHIR-AKHIR INI telah berlaku berbagai peristiwa yang mengerikan sama ada di pihak kafir atau di pihak Islam.
Hancur luluh hati manusia oleh kekejaman yang tidak berperikemanusiaan.
Tidak ada lagi tempat mereka mengadu. Sami-sami, para pemimpin, ulama tidak dapat menyelesaikannya.
Pendek kata, hilanglah tempat manusia bergantung harapan.
Maka mereka semua bergantung harap akan datang juga keadilan itu dari seseorang yang masih ghaib dari pandangan mata kasar mereka atau ada orang yang boleh menyampaikan doa kepada Allah agar harapan mereka dikabulkan Robbul 'Alamin.
Mereka meraba-raba mencari orang seumpama ini baik di Timur mahu pun di Barat.
Dalam fikiran mereka telah buntu sebuntunya. Tiada lagi tempat pergantungan yang diharapkan. Tiada, tiada, tiada lagi.
Waduh! Sudah putus harapan mereka kecuali itu saja yang dinanti. Seorang yang masih ghaib yang akan membawa keadilan itu, doa seorang lelaki dari zuriat yang suci menjadi wasilah ia dengan Tuhan Robbul ‘Alamin.
Mereka sedar doa mereka tidak kabul dengan sebab banyaknya dosa yang mereka lakukan.
Mereka sedar tidak ada pemimpin yang boleh bawa keadilan kecuali seorang yang sangat suci hatinya tetapi di mana orang yang suci hatinya itu?
Dia masih ghaib, entah bila munculnya tidak diketahui.
ISNIN, 10:42 PAGI. 13-04-1992, 9 SYAWAL 1412.
Post a Comment