KHAMIS, 6:32 PAGI. 22-08-2013, 15 SYAWAL 1434.
BASMALAH WALHAMDALAH
SUASANA DUNIA SEMAKIN GAWAT. Berubanlah kepala kanak-kanak apalagi orang dewasa.
Tidak dapat tidak keadaan ini mesti ditempuh, mahu tidak mahu mesti dijalani.
Dajjal dan tenteranya mengamuk habis-habisan manakala mu’min haqiqi bertahan mati-matian.
Maka bergelimpanganlah jenazah bani insan dalam mempertahan keimanan. Iman tidak dapat dijual beli dan tdak juga dijual di pasaran.
Apabila Allah limpahi roh keimanan dalam dada hamba pilihanNya, maka ia jadi benteng pertahanan yang paling kukuh tidak ada tandingan. Iman dipertahan, nyawa taruhannya.
Nyawa adalah barang yang paling mahal dalam kehidupan, tetapi bagi hamba Allah yang beriman, apabila berhadapan dengan cabaran, berhadapan dengan tentangan dan tentangan itu nyawa taruhannya, maka pemilik iman bersedia menawarkan nyawanya pada waktu itu.
Maka pada waktu itu kita akan lihat pertarungan hidup atau mati, menang atau syahid.
Inilah yang berlaku di Syam, di mana Rasulullah s.a.w bersabda, “Iman ada di sana”. Justeru itu, orang beriman berpusus-pusu ke sana untuk menyatu dengan teman, rakan, sahabat seiring sejalan, teman satu tujuan dan cita-cita.
Berbundung-bundunglah orang beriman menuju ke sana kerana di sana ada GHUTOH, markasnya orang mu’min yang disebut-sebut Rasulullah s.a.w.
Munafiq dan kuffar akan meninggalkan Syam menuju Iraq dan menuju Rom. Sebelum Makkah ditawan oleh Al Mahdi, orang beriman dari seluruh dunia berpusu-pusu menuju ke sana.
Manakala fasiqin, munafiqin dan kuffar di Jazirah, berpusu-pusu keluar mencari tempat yang dianggap selamat untuk mereka. Itulah diantara sebab Imamul Mahdi mudah menawan Makkah.
Munafiq dan kuffar sudah tidak ada, lari menyelamatkan diri yang tidak akan selamat juga kerana Al Mahdi akan menawan seluruh dunia!
Al Mahdi dan orang-orangnya sedang dalam persiapan. Lihatlah pergolakan di Mesir, Syam dan belahan dunia Islam.
Semuanya digoncang sedahsyat-dahsyatnya supaya luruh buah-buah ranum yang layak mendapat permaidani syurga yang dihamparkan Allah di muka bumi di akhir zaman ini.
Mereka melangkah lansung ke syurga, disambut oleh bidadari dan pelayan yang bermata jeli.
Tidak usah duka dengan kewafatan mereka kerana bintang syuhada’ dikalung sudah pada roh mereka.
Mereka terus bertemasya di syurga, dibawa terbang oleh burung hijau yang dijanjikan oleh Rasul Nabi Al Mustafa.
Di atas darah mereka yang menitis di bumi Anbiya’, menumbuh subur pohon keimanan yang bercambah merata buana.
Maka gelombang keimanan menghijau, merimbun dan berbuah lebat seluruh dunia. Bermunculanlah insan-insan yang maikn tepu keimanannya kerana diasah oleh peristiwa yang bergelora di Syam dan Mesir.
Ombak dan gelora di sana seperti gelombang di permukaan laut yang mematangkan mutiara di dalam kerang dan siput di bawah laut.
Mutiara itu matang dan difesyen untuk hiasan.
Mutiara keimanan yang bermunculan dari seluruh dunia diperlukan unutk perhiasan. Dikalung di tengkuk penguasa dan pemilik harta.
Dijadikan hadiah kepada pemenang di pentas dunia yang dapat mengalahkan musyrikin, kafirin dan munafiqin.
GHUTOH adalah markas mu’minin akhir zaman yang dijanjikan Rasul s.a.w. Oleh itu kafir Basyar membantai GHUTOH habis-habisan dengan harapan tidak akan ada pangkalan mu’minin di akhir zaman ini.
Mimpi kuffar dan Basyar akan hanya tinggal mimpi apabila 7 pemimpin yang dijanji Rasul s.a.w muncul. Sayangnya di hari Nabi s.a.w menawarkan kepada sahabat, “Siapa yang mahu bertanya nama mereka, akan ku beritahu.” Tidak ada pun di kalangan sahabat yang bertanya.
Maka pasti kita tidak tahu nama mereka. Hanya yang pasti jumlah mereka seramai 7 orang yang akan memimpin perang melawan SUFYANI yang akan dapat kemenangan.
Ashabul Kahfi jumlah mereka masih menjadi tekaan. Tetapi pemimpin perang ini jumlahnya pasti iaitu 7 orang yang disebut oleh Sodiqul Masduq.
7 pemimpin juga diatur dari 7 mata angin menuju Makkah untuk berhaji dan mencari Imamul Mahdi.
Setiap seorang punya pengikut setia di daerah masing-masing seramai 313 orang.
7+7=14,
313x7=2191,
2191+14=2205.
7 orang pemimpin perang, 7 orang pemimpin umat. Angka ini menarik untuk dikaji.
Post a Comment