Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

Hadis: Pengertian dan ulasan


Pesanan Rasullullah s.a.w.

 تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى

"Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku." [Hadith riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas]

 عَنْ سَلْمَةَ قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ مَنْ يَقُلُ عَلَى مَا أَقُلُ فَلْيَتَبَوَّا مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Dari salmah katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan maka menepati tempat duduknya di neraka." [Hadith sahih riwayat Muslim]


 حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ الْحُبَابِ
حَدَّثَنَا كَثِيرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ الْمُزَنِيُّ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ جَدِّي
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِي فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ
كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا
وَمَنْ ابْتَدَعَ بِدْعَةً فَعُمِلَ بِهَا كَانَ عَلَيْهِ أَوْزَارُ مَنْ عَمِلَ بِهَا
لَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِ مَنْ عَمِلَ بِهَا شَيْئًا

"Barangsiapa menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian orang-orang mengerjakannya, maka ia akan mendapatkan sebagaimana pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi sedikitpun dari pahala mereka. Dan barangsiapa membuat kebid'ahan, kemudian kebid'ahan itu dikerjakan oleh orang lain,  maka ia akan mendapatkan dosa sebagaimana dosa orang yg mengerjakannya." [Hadith Ibnu Majah]

PENGENALAN

Di dalam agama Islam , sumber rujukan tertinggi adalah Al Quran Al Karim. Sumber Kedua ialah hadis-hadis Nabi s.a.w.

HADIS
  • Pengertian bahasa - baharu atau khabar atau berita
  • Pengertian umum - Perkataan, perbuatan pengakuan dan sifat-sifat Rasulullah SAW.
  • Pengertian Istilah - Setiap ucapan ('kaul), perbuatan ((Fi'li), pengakuan (ta'krir) dan sifat-sifat + yang disandarkan kepada Rasulullah SAW
Hadis sebagai sumber hukum

Hadis adalah sumber hukum kedua selepas Al Quran

Perbezaan Al Quran dengan hadis

Al Quran
  • Lafaz dan makna daripada Allah Taala
  • Wahyu disampaikan melelui malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW
  • Sumber hukum pertama
  • Disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya
  • Tidak boleh membaca ketika berhadas besar
  • Ayat Al Quran dibaca dalam solat
Hadis Nabawi
  • Lafaz dan makna daripada Rasulullah SAW
  • Perbuatan, perkataan dan pengakuan Rasulullah SAW
  • Sumber hukum kedua
  • Tidak disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya
  • Boleh membaca ketika berhadas besar
  • Tidak boleh dibaca dalam solat
Hadis Qudsi
  • Lafaz daripada Rasulullah SAW dan maknanya daripada Allah Taala
  • Wahyu Allah yang diungkapkan kembali oleh Rasulullah SAW
  • Sumber hukum kedua
  • Tidak disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya
  • Boleh membaca ketika berhadas besar
  • Tidak boleh dibaca dalam solat
Perawi hadis

Pengertian

Seorang yang menerima dan menyampaikan hadith daripada Rasulullah SAW

Syarat-syarat perawi hadis
  •  Islam
  •  Ber'akal
  •  Baligh
  •  'Adil
  •  Kuat hafazan
  •  Menjada Tulisan
  •  Waspada
الطرف
صحيح Hadith Sahih

Taraf hadith sahih adalah kuat dan wajib beramal dengannya.

Hadit sahih adalah hadith yang tiada keraguan dari segi sanad dan perawinya. 

Hadith sahih adalah menjadi sumber hukum dan panduan dalam ibadah fardhu.

Hadis Dhaif

Hadis daif adalah hadith lemah tidak boleh menjadi sumber hukum tetapi sering menjadi panduan untuk menambahkan amalan-amalan sunat

Contoh Hadis Hassan dan Lemah

Bab Isytihar penikahan

عَنْ عَائِشَةَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
قَالَ اَعْلِنُوا هَذَا النِّكَاحَ وَاجْعَلُوهُ فِى الْمَسَاجِدِ
وَاضْرِبُوا عَلَيهِ الدُّفُوفَ

Dari Aisyah r.a bahawa nabi s.a.w. bersabda :

Syiarkan nikah ini dan adakanlah di masjid-masjid dan pukullah untuknya rebana-rebana" [Hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi. Hadis Hassan] 
قَالَ النَّبِى (ص) ثَلاثَ لا يُؤخَّرْنَ وَهُنَّ الصَلاةُ
اِذَا اَتَتْ وَالْجَنَازَةُ اِذَا حَضَرَتْ وَالاُيِّمُ اِذَا وَجَدَتْ كُفْؤًا

Sabda Nabi s.a.w.

"Tiga perkara tidak boleh dilambatkan iaitu solat apabila tiba waktunya. Jenazah bila telah siap dan perempuan bila telah ditemukan pasangan yang sekufu Hadis riwayat Baihaqi" - Hadis ini memiliki sanad yang lemah.

Hadith Mursal

Menurut istilah adalah hadith yang gugur perawi dari sanadnya setelah tabi’in. 

Seperti bila seorang tabi’in mengatakan,”Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda begini atau berbuat begini”.

Imam Syafi’I berpendapat bahwa hadith-hadith mursal para tabi’in senior dapat diterima apabila terdapat hadits mursal dari jalur lain, atau dibantu dengan perkataan shahabat (qaulush-shahaby).
Ahli hadits dan ahli fiqih berpendapat bahwa hadits mursal adalah dha’if.

Bagaimana hadith disampaikan?

رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صحابى
تابعى

تبع التابعى

الراوى

البخارى أو مسلم
Jumlah Hadith

Tidak diketahui sebenarnya. Golongan sunnah mengambil hadith-hadith daripada imam-imam seperti Bukhari, Muslim, Tarmizi, Nasai dan Ibnu Majjah. 

Golongan Syiah pula cenderung mengambil hadith-hadith daripada Saidina Ali.
Nilai kitab hadis

Kitab-kitab hadis yang terkumpul daripada kegiatan ulama-ulama berabad-abad lamanya terciptalah ratusan ataupun ribuan kitab hadis. 

Namun yang sampai kepada kita adalah sesikit sahaja. 

Hasil penyelidikan ulama dan ahli hadis mereka sepakat mengakui Kitab hadis Bukhari dan Muslim adalah lebih kuat, sudah pasti sahih dan tidal dapat dibantah lagi.

Barang siapa yang meremehkan hadis-hadis yang terkandung dalam kedua-dua kitab itu dianggap bid'ah atau menyeleweng.

IMAM-IMAM HADITH

Imam Al Bukhari

Nama beliau ialah Muhammad , anaknya bernama Abdullah. Oleh itu ia digelar Abu Abdullah. Ayah beliau Ismail yang digelar Abul Hasan. 

Tempat kelahiran beliau ialah disebuah desa Bukhara yang dahulunya ditakluki oleh Soviet. Sejak kecil beliau hafal Quran dan suka mendengar hadith. 

Belum sampai umur baligh beliau dapat menghafal dengan lancar puluhan ribu hadith. Setelah beliau matang dan memiliki ilmu dan kemampuan yang diperlukan ,beliau mula menyaringkan hadith. 

Beliau kemudian mengumpulkan hadith yang telah disaringkan dalam sebuah kitab yang dinamakan "Al Jaami'ush Shahih" yang membuatkan 600,000 hadith Beliau meninggal dunia di Madinah pada 1138 dan dikebumikan di Baqi.

Imam Bukhari pernah berkata : "Kutulis kitab ini dari 1080 orang dan diantara mereka itu sama sekali tiada seorangpun, melainkan ia adalah ahkli hadis dan semuanya mengatakan bahawa iman itu adalah kata dan perbuatan, dapat bertambah dan dapat pula berkurang. 

Kalau aku hendak meletakkan atu menulis sebuah hadith sahaja dalam kitab 'Sahih', maka sebelum aku memegang pena aku mandi dulu , kemudian bersembahyang dua rakaat".

Imam Ahmad Ibn Hanbal

Naba lengkap beliau adalah Ahmad bin Muhammad bin Hambal bin Hilal bin Asad Al Marwazi Al Baghdadi/ Ahmad bin Muhammad bin Hanbal . 

Ia lahir di Marw (saat ini bernama Mary di Turkmenistan, utara Afganistan dan utara Iran) di kota Baghdad, Iraq. 

Ilmu yang pertama kali dikuasai adalah Al Qur'an hingga ia hafal pada usia 15 tahun, ia juga mahir baca-tulis dengan sempurna hingga dikenal sebagai orang yang terindah tulisannya. 

Lalu, ia mulai menumpukan belajar ilmu hadith di awal umur 15 tahun itu pula. Ia telah mempelajari Hadith sejak kecil dan untuk mempelajari Hadith ini. 

Ia pernah pindah atau merantau ke Syam (Syiria), Hijaz, Yaman dan negara-negara lainnya sehingga ia akhirnya menjadi tokoh ulama yang bertakwa, saleh, dan zuhud. Abu Zur'ah mengatakan bahwa kitabnya yang sebanyak 12 buah sudah dihafalnya di luar kepala. 

Ia menghafal sampai sejuta hadits. Imam Syafi'i mengatakan tetang diri Imam Ahmad sebagai berikut: "Setelah saya keluar dari Baghdad, tidak ada orang yang saya tinggalkan di sana yang lebih terpuji, lebih shaleh dan yang lebih berilmu daripada Ahmad bin Hambal"

Abdur Rozzaq Bin Hammam yang juga salah seorang guru beliau pernah berkata, "Saya tidak pernah melihat orang se-faqih dan se-wara' Ahmad Bin Hanbal"

Imam Ahmad bin Hanbal hafal 1 juta hadits dengan sanad dan hukum matannya, namun Imam Ahmad hanya sempat menulis sekitar 20 ribu hadits saja pada musnadnya, maka kira kira 980.000 hadits yang ada padanya tak sempat tertuliskan, dan Imam Ahmad bin Hanbal adalah murid dari Imam Syafii.

Sumber

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget