Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

Sejarah Hidup Imam Nawawi

Nama sebenar Imam Nawawi adalah Abu Zakaria Yahya bin Sharaf.  

Beliau dilahirkan di Nawa, sebuah kampong yang terletak tidak jauh dari Kota Damsyik di Syria.  

Beliau dilahirkan pada tahun 631 Hijrah bersamaan tahun 1233 Masehi. 

Nama Nawawi adalah sempena nama kampongnya, Nawa.

Imam Nawawi mendapat pendidikan awalnya di Nawa.  

Pada usia 19 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya ke Damsyik.  

Pada mulanya, beliau amat minat dengan ilmu perubatan tetapi kemudian menukar minat dan pelajarannya ke dalam bidang agama Islam.

Selepas menamatkan pelajarannya, beliau terus menetap di Damsyik. 

Disana, beliau mula menulis kitab-kitab agama disamping memberikan ceramah kepada orang ramai.

Selepas beberapa tahun, Imam Nawawi pulang ke kampong halamannya.  

Beliau meninggal dunia pada tahun 676 Hijrah (bersamaan 1278 Masehi). 

Beliau hidup membujang sampai ke akhir hayatnya. 

Sepanjang  45 tahun usianya itu, dia asyik menumpukan kehidupannya di dalam bidang agama.

Antara karya-karya agongnya ialah:
  1. Riyadhus Solihin
  2. Syarah Syahih Muslim
  3. Al- Adhkar
  4. Al-Minhaj
  5. At-Tibyan fi Adab Hamalat ai-Quran
  6. Al-Irshad wal-Taqrib fi Ulum al- Hadith
Kitab Riyadh al-Salihin menjadi bahan rujukan bagi ustaz-ustaz yang dijemput memberikan tazkirah di masjid-masjid atau surau-surau di Malaysia. 

Masjid Sirajuddin al-Anuar, Kg. Batu Belah, Klang juga mengadakan pengajian tentang kitab yang masyur ini di bawah bimbingan Yang Berbahagia Dato’ Nahwari bin Haji Hashim. 

Majlis tazkirah itu diadakan sebulan sekali, iaitu pada hari Jumaat malam Sabtu minggu pertama, selepas sembahyang maghrib.

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget