Jom kita mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sambutan “Valentine’s Day” atau “Hari Kekasih” ini untuk pengetahuan dan panduan diri kita sendiri, keluarga, anak-anak dan umat Islam seluruhnya, InsyaAllah.
Hukum dan Fatwa mengenainya
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 memutuskan :
“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”
Kenapa ianya DiHARAMkan???
- Mengenang dan mengagungkan tokoh Barat yang bernama Saint. Valentino, dia dibunuh pada 14 Februari 270 M.
- Ianya disambut untuk memperingati hari kejatuhan kerajaan Islam Cordova pada 14 Februari 270M.
- Mendekati ke arah penZINAan.
Firman Allah s.w.t :
“Dan janganlah kamu dekati ZINA, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk” {Surah Al-Isra’ 17:32}.
- Ianya adalah bukan daripada Budaya Hidup Islam.
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
- Islam menegah umatnya meniru atau mengikut budaya Barat.
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka”
[Hadis Riwayat Abu Daud]
- Kasih sayang dan keCINTAan yang UTAMA adalah untuk Allah s.w.t dan RasulNYA.
Islam menggalakkan umatnya agar sentiasa berkasih sayang sesama Islam tetapi hendaklah mengikut batas syariat yang telah ditetapkan dan berkasih sayang dengan yang halal bagi kita, cthnya : Keluarga, Suami Isteri, Anak-anak dll., bukan untuk yang tiada pertalian halal (lelaki/perempuan) bagi kita.
Ilustrasi oleh iluvislam.com |
Tambahan, penulis juga ingin berkongsi artikel soal jawab yang dibaca dari penulisan Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman yang bertajuk “Hukum Rai Valentine & Jual Bunga”.
Antara petikan penulisan beliau ialah, hari tersebut menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara’ kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan’ dan dengan perlakuan seks bebas yang kononnya bagi membuktikan ‘ketulenan’ cinta seseorang kepada kekasihnya.
Semoga sedikit sebanyak huraian dan penjelasan mengenai sambutan ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Muslim kita agar kita lebih berhati-hati dan menyelidik sesuatu perkara dengan lebih jelas dan tidak terikut-ikut dengan budaya dan ajaran dari agama selain daripada Islam, InsyaAllah.
~Wallahua’lam~
Post a Comment