اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Salah satu cara menutup kepala yang sering diwar-warkan bagi kaum lelaki adalah dengan memakai serban yang juga merupakan pakaian sunnah yang kerap diperdebatkan.
Bagi yang fanatic janganlah sampai menghukum saudara sendiri berdosa, seolah-olah pemakaian serban tersebut suatu yang dimestikan dan wajib disisi Allah SWT, padahal hukum pemakaiannya hanyalah dikira sebagai sunnah fe’li (perbuatan) Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Serban juga tidak hanya dikhususkan dan terhad pada umat Islam sahaja, banyak agama lain turut memakainya seperti Hindu, Sikh dan Arab Jahiliyah.
.
“Pemakaian serban itu adalah dengan cara melilitkan serban pada ‘Qalansuah’ (kopiah).
Tidak dinafikan masyarakat Arab memakai serban termasuk musyrikin Quraisy dan kabilah2 Arab yang lain.
Tapi Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam membezakan cara lilitannya sebagaimana ahli Hadis meriwayatkan baginda mengajar Sayyidina Ali cara memakai dan membuat lilitan serban sebelum mengutus menantunya itu ke Khaibar dlm ekspedisi dakwah.” (al Mubarakfuri, Tuhfah al Ahwazi, Jld 5, ms 336 dari Imam atTabarani, dihasankan oleh Imam as Suyuti).
Cara Memakai Serban
Pelbagai cara pemakaian serban, ia bergantung kepada sanad yang diterima, kekadang teknik pemakaiannya sedikit berbeza dari segi teknik, tetapi tetap mempunyai hujung serban yang dilepaskan ke belakang.
Panjang ekor serban kelihatan berbagai tetapi janganlah lebih sehasta iaitu hadnya cukuplah sekadar boleh diletakkan di atas bahu.
Sesuatu perbuatan kalau dibuat dengan ilmu tentu lebih tinggi penghayatannya.
Ukuran serban Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak disebut dalam mana-mana hadith yang mahsyur.
Satu riwayat dari Tabrani menyebut 7 dhira(hasta). Baijuri r.a. Memetik dari Ibn hajar bahawa hadith ini tidak ada asas. Allamah Jazari r.a. berkata, “Telah daku pelajari kitab-kitab Sirah tetapi daku tidak dapati hadith yang menyatakan ukurannya.”
Imam Nawawi r.a. melaporkan, “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallammempunyai 2 helai serban, satu kecil berukuran 6 hasta (7 hasta menurut Munawi r.a. dan Mulla Ali Qari r.a.) dan satu lagi 12 hasta.”
Pengarang Madkhal menyatakan panjang serban Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ialah 7 hasta. Ukuran lain tidak pula disebut.
Memakai serban adalah ‘sunnah da’iman’ (yang berterusan). Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Pakailah amamah (serban) selalu kerana ia menambah (kesopanan) seseorang.” (Fathul Bari)
Berikut merupakan ilustrasi pemakaian serban yang dipraktikkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para ilmuwan Islam.
Memakai serban jenis ilustrasi ini memerlukan kain yang agak panjang sebab ia perlu dililitkan beberapa kali.
Amat mudah meraih pahala, niatkan saja memakai serban kerana sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Insya’Allah moga-moga Allah mengurniakan pahala sunnah.
Boleh juga disertai memakai kain mafla yang selalu diletakkan di bahu yang juga sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Harus jaga niat sentiasa.
Moga-moga terhindar daripada perasaan riya’ dan takabbur.
Pelindung Kepala
Adalah sunnah bagi kaum lelaki memakai ‘penutup kepala’. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri memakai pelbagai jenis pelindung kepala mengikut situasi-situasi tertentu.
Topi besi Rasulullah SAW |
Ketika beribadat berserban putih dan pelbagai warna serban dalam urusan biasa seperti kelabu dan hijau, juga dalam keadaan santai, Baginda lebih selesa dengan hanya berkupiah sahaja.
Namun begitu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak memakai sebarang pelindung kepala ketika dalam ihram.
Memang dan sunnah Nabi kita memakai serban tetapi jangan dilupa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga memakai topi besi ketika menunggang kuda perang.
Dalam dunia sekarang, kita hendaklah memakai helmet ketika menunggang atau membonceng motosikal.
Keselamatan diri adalah lebih penting malahan wajib bagi kita menjaga nyawa yang diamanahkan Allah SWT, sedangkan memakai serban adalah sunnah.
Buangkanlah perasaan terlalu taksub, bongkak, riak dan takbur untuk menunjuk diri alim dengan berserban sambil menunggang motor atau beralasan satu mujahadah.
Apasalahnya jika memakai helmet dan setelah sampai kedistinasi pakailah semula serban.
Lainlah jika antum memakai serban bersama topi besi seperti zaman perang Era Nubuwwah.
Kubah Masjid Nabawi |
Disebabkan di sanalah banyak melahirkan ulama-ulama hadis terkemuka seperti Imam Bukhari dan Imam Termizi r.a. yang sangat teliti dalam mengambil, menganalisa dan mengamalkan hadis-hadis sehingga bentuk kopiah pun mereka tetap menuruti sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Post a Comment