SELASA, 2:04 PETANG. 07-04-2009, 11 RABI’UL AKHIR 1430.
TAMAN KEMAJUAN LIKAS, KOTA KINABALU, SABAH.
BASMALAH WALHAMDALAH
NEGARA ISLAM TERPECAH-PECAH KEPADA BERBAGAI WARNA POLITIK.
Ada Sunni Demokrasi dan ada Syiah Demokrasi. Ada Sosialis, ada Demokrasi Beraja. Negara yang benar-benar Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak ada kerana asas menuju bernegaranya bukan dakwah dan siasah Syar’i mahu pun ‘jihad qital’.
---
SABTU, 12:43 TENGAH MALAM. 02-05-2009, 7 JAMADIL AWWAL 1430.
TAMAN KEMAJUAN LIKAS, KOTA KINABALU.
BASMALAH WALHAMDALAH
NEGARA ISLAM YANG TERPECAH-PECAH KEPADA BERBAGAI WARNA SIASAH menjadikan umat dan Negara Islam lemah, tidak berdaya berbuat apa-apa kecuali hanya mampu saling salah menyalahkan serta saling berselisihan pendapat.
Negara kuffar dan kafirin mengaut keuntungan yang luar biasa besarnya di atas perpecahan kaum muslimin ini.
Menghurai panjang lebar hal ini tidak ada gunanya. Yang penting bagi kita ialah merawat penyakit perpecahan ini dengan formula yang ampuh.
Berbagai teori dan hipotesis sudah dikemukakan, namun tidak ada satu pun yang berhasil. Bahkan hasilnya, bertambah besar jurang perpecahan dan makin menjadi-jadi kelemahan kaum muslimin.
Sepertinya adalah lebih baik tidak berusaha mempersatukan umat kerana dengan berusaha mempersatukan umat bukan akan menghasilkan persatuan bahkan terbuka peluang lebih besar untuk menjadi bertambah lebar perpecahan.
Gayanya seperti memperbaiki rumah tua. Mahu dibaiki sekeping papan, al hasil rosak jadinya. Setepatnya, rumah keberadaan kaum muslimin hari ini seperti rumah tua yang sudah reput-reput segala bahagiannya, menanti ranap semuanya.
Maka tidak ada jalan lain melainkan membangun rumah baru maksudnya bangun seorang MUJADDID yang dapat membangun kembali umat ini dalam wajah baru.
Mahu tidak mahu kita perlu kepada seorang mujaddid. Mujaddid pula bukanlah barang ciptaan manusia. Ulama’ boleh dicetak, itu pun belum pasti menjadi ulama’ pewaris Nabi.
Di antara sekian banyak ulama’, sedikit sahaja yang menjadi pewaris Nabi. Di antara sekian sedikit pewaris Nabi, hanya seorang untuk satu abad yang menjadi mujaddid. Mujaddidlah yang menjadi mesin penjana iman umat Muhammad.
Dialah arkitek yang merancang untuk membangun semula umat yang sudah lemah ini.
DI MANA DIA? SIAPA DIA?
DIALAH YANG KITA NANTI-NANTIKAN.
Kerja membangun semula umat ini bukan kerja orang perseorangan. Kerja ini perlu tenaga besar, tenaga kuat dan tenaga ramai. Perlu bekerja secara gotong-royong.
Bahasa Al Quran disebut ‘Ta’awwun’. Tetapi semua ini perlu kepada lokomotif yang kuat. Dialah mujaddid yang akan menarik semua gerabak menuju destinasinya.
Lokomotif itu belum muncul pada hari ini sedangkan kita telah sangat memerlukannya. Kita memerlukan mujaddid lebih daripada orang koma memerlukan alat bantuan hayat.
Umat muslimin hari ini sudah koma semuanya. Yang benar-benar sihat sebagai mu’min sejati hanya seramai bilangan jari. Maka untuk yang koma, semuanya ini memerlukan bantuan hayat.
Antum boleh bayangkan berapa banyak alat bantuan hayat yang perlu dipersiapkan untuk menyambung hidup yang kebanyakkannya sudah koma ini.
Mahu tidak mahu yang diperlukan saat ini ialah alat bantuan hayat yang canggih yang jika dilepaskan ke udara saja dan siapa saja yang menghirupnya akan dapat pulih daripada komanya, dapat pulih seperti sediakala.
Kekuatan ini hanya ada pada Isa a.s dan Al Mahdi. Pada orang lain tidak ada. Isa a.s lah yang menghidupkan burung yang dibuat dari tanah.
Maka Isa a.s lah yang dapat menghidupkan umat Muhammad yang sudah koma ini. Al Mahdi pula dengan keberadaannya akan menjadikan bumi ini hijau dan subur seluruhnya.
Maka mahu tidak mahu Al Mahdi dan Isa a.s lah yang kita tunggu sebagai mujaddid terakhir buat menghidupkan umat Muhammad yang sudah koma belaka ketika ini.
Post a Comment