Soalan:
Sebelah pihak mahu melaksanakan hukum hudud, sebelah pihak pula tidak mahu. Lagi satu berkaitan rejam. Seorang tokoh mengatakan rejam itu bukan hudud.
Jawapan:
Pertama sekali apabila kita menyebut tentang hudud, ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan tentangnya.
Pertama, adakah kita tahu apa itu hudud dan apa itu hukum-hukum Allah SWT, ataupun ringkasnya kedudukan hudud didalam syariat Islam.
Ada beberapa topik yang perlu kita selesaikan. Pertama, hudud itu apa?
Yang digambarkan dan digembar-gemburkan, hudud itu adalah potong tangan, rejam orang sampai mati, pancung, sebat dengan rotan, salibkan seperti dalam peristiwa al-hirabah, itu yang digambarkan tentang hudud.
Kita tidak menceritakan kefahaman yang benar kepada masyarakat tentang hudud. Begitu juga kepada orang-orang bukan muslim tentang apakah itu hukum had di sisi Allah SWT.
Para ulama apabila memberikan takrifan hudud mereka mengatakan,
عقوبة مقدرة شرعا على معصية يُغلَّب فيها حق الله
Maksudnya: “Satu hukuman yang muqaddar (telah ditentukan i.e. kaedah pelaksanaan, jumlah, dll) di sisi syarak, ke atas sesuatu maksiat yang dilakukan, tertumpu kepada perkara yang membabitkan hak Allah.”
Inilah yang membezakan antara hudud dan ta’zir. Di sana ada hak Allah, dan di sana ada hak manusia.
Hak manusia ini juga yang membezakan antara hudud dengan qisas.
Qisas lebih banyak membabitkan hak-hak manusia seperti hidung dibalas hidung, mata dibalas mata, iaitu dengan membalas balik dan diseimbangkan di antara hak manusia.
Adapun hukum hudud membabitkan hak Allah.
Apa kaitan mencuri dengan potong tangan?
Secara logiknya jika boleh barang itu dikembalikan semula kepada tuannya dilihat lebih bagus.
Tetapi di dalam hudud hukuman tetap mesti dilaksanakan dan ianya tidak boleh dimaafkan.
Tidak boleh diselesaikan dengan cara lain, hukuman tetap dikenakan ketika mana hal tersebut telah sampai kepada pemerintah.
Apabila sampai kepada pemerintah, pemerintah wajib melaksanakan hukuman tersebut.
Sebab sabda Nabi SAW,
تَعَافَوْا الْحُدُوْدَ فِيْمَا بَيْنَكُمْ فَإِذَا أَبْلَغَتِ الحُدُوْدُ السُّلْطَانَ فَلَعَنَ اللهُ الشَّافِعَ وَ الْمُشَفَّعَ
“Saling memaafkanlah di antara kalian, namun jika urusannya telah diangkat kepada pemerintah maka Allah melaknat orang yang memberi syafaat (menyelesaikan tanpa melaksanakan hukuman) dan yang diberi kemaafan).” (riwayat An-Nasa-i, pada kitab: Memotong Tangan Pencuri, Bab: “Batasan Tempat Menyimpan” no: 4885)
Kedua-duanya dilaknat oleh Allah; yang mencuri dan yang dicuri barangnya juga dilaknat kerana berusaha untuk tidak melaksanakan hukum tersebut.
Tujuan hukum hudud yang paling jelas adalah untuk menjaga maqasid syariah iaitu untuk menjaga lima perkara yang asas; agama, jiwa, harta benda, nasab keturunan, dan untuk menjaga akal.
Contoh hukum hadd dan kaitannya dengan maqasid syariah;
- Mencuri hukumnya potong tangan, hukuman mencuri adalah bertujuan untuk menjaga harta.
- Zina bagi orang bujang hukumnya sebat dengan seratus kali sebatan, tujuannya adalah untuk menjaga nasab keturunan. Adapun bagi penzina yang sudah berkahwin, hukumnya rejam.
Rejam termasuk dalam hukum had (hudud)
Rejam termasuk dalam hukum had. Umar Al-Khatthab RA menyebut di dalam riwayat Imam Al-Bukhari secara jelas,
عَنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ يَقُولُ قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ وَهُوَ جَالِسٌ عَلَى مِنْبَرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَدْ بَعَثَ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْحَقِّ وَأَنْزَلَ عَلَيْهِ الْكِتَابَ فَكَانَ مِمَّا أُنْزِلَ عَلَيْهِ آيَةُ الرَّجْمِ قَرَأْنَاهَا وَوَعَيْنَاهَا وَعَقَلْنَاهَا فَرَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجَمْنَا بَعْدَهُ فَأَخْشَى إِنْ طَالَ بِالنَّاسِ زَمَانٌ أَنْ يَقُولَ قَائِلٌ مَا نَجِدُ الرَّجْمَ فِي كِتَابِ اللَّهِ فَيَضِلُّوا بِتَرْكِ فَرِيضَةٍ أَنْزَلَهَا اللَّهُ وَإِنَّ الرَّجْمَ فِي كِتَابِ اللَّهِ حَقٌّ عَلَى مَنْ زَنَى إِذَا أَحْصَنَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ إِذَا قَامَتِ الْبَيِّنَةُ أَوْ كَانَ الْحَبَلُ أَوِ الِاعْتِرَافُ
Dari Abdullah bin ‘Abbas, dia berkata, Umar bin Al Khaththab berkata, -dan beliau duduk di atas mimbar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam-,
“Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan membawa kebenaran, dan menurunkan Al Kitab (Al Qur’an) kepadanya.
Kemudian di antara yang diturunkan kepada beliau adalah ayat rajam.
Kita telah membacanya, menghafalnya, dan memahaminya.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melaksanakan rajam, kitapun telah melaksanakan rajam setelah beliau (wafat).
Aku khuwatir jika zaman telah berlalu lama terhadap manusia, akan ada seseorang yang berkata,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melaksanakan rajam, kitapun telah melaksanakan rajam setelah beliau (wafat).
Aku khuwatir jika zaman telah berlalu lama terhadap manusia, akan ada seseorang yang berkata,
‘Kita tidak dapati (hukum) rajam di dalam kitab Allah’, sehingga mereka akan sesat dengan sebab meninggalkan satu kewajiban yang telah diturunkan oleh Allah.
Sesungguhnya rajam benar-benar ada di dalam kitab Allah terhadap orang yang berzina, padahal dia telah menikah, dari kalangan laki-laki dan wanita, jika bukti telah tertegak, atau terbukti hamil, atau pengakuan.”
(Riwayat Bukhari, Muslim, dan lainnya)
Hukum rejam adalah bagi penzina yang telah berkahwin.
Banyak hadis-hadis bahkan hal ini telah dinukilkan secara ijma’ oleh para ulama kecuali beberapa ilmuwan kontemporari yang mereka melihat agak kurang sesuai hukum rejam dilaksanakan pada ketika ini maka mereka mengalihkan rejam itu daripada hukuman had kepada hukuman ta’zir.
Dengan alasan-alasan seperti iman orang pada hari ini tidak kuat, tidak mampu membaling batu dengan cepat sampai mati.
Dengan alasan-alasan sedemikian rupa dan suasana.
Perkara seperti ini tidak kena, sebab ini adalah hukum had (ketetapan Allah) yang tidak boleh diubah. Firman Allah SWT,
تِلْكَ حُدُودُ اللّهِ فَلاَ تَعْتَدُوهَا وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللّهِ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
“Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim.” (surah Al-Baqarah: 229)
Ini adalah ketetapan yang datang dengan kadarnya daripada syara’.
Sebab itu ulama-ulama terdahulu telah ijma’ di dalam masalah ini dan tidak ada khilaf di kalangan mereka.
Sebab itu ulama-ulama terdahulu telah ijma’ di dalam masalah ini dan tidak ada khilaf di kalangan mereka.
Seterusnya hukum al-hirabah (merompak) juga bertujuan menjaga harta dan nyawa.
Merompak berbeza dengan mencuri. Mencuri dilakukan secara senyap manakala rompakan dilakukan secara terbuka seperti kes ragut, samun dan sebagainya.
Allah SWT menyatakan hukumannya di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Maa-idah,
إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَن يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم مِّنْ خِلَافٍ أَوْ يُنفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ۚ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا ۖ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
“Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan orang yang membuat kerosakan di muka bumi, mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka secara bersilang atau dibuang dari negeri. Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka di dunia, dan di akhirat mereka mendapat siksaan yang besar.” (surah Al-Maa-idah, 5: 33)
Ini kerana merompak boleh mendatangkan hal yang bahaya kepada orang yang dirompak sehingga boleh terjadi kematian.
Kita tidak boleh merasa teruk atau merasa kejam akan hukuman tersebut.
Haram berada di hati umat Islam walau sedikit pun perasaan merasa kejam akan undang-undang Islam.
Bayangkan sekiranya sekumpulan orang dapat menangkap peragut, apa yang mereka akan buat kepada peragut tersebut?
Kita telah lihat sendiri bagaimana orang membelasah peragut dan kita sendiri tidak sanggup melihatnya.
Seperti yang boleh dilihat dari rakaman-rakama video, mereka sepak kepala, patahkan tangan peragut, dan membelasah dengan cara yang lebih teruk lagi.
Itu bukan cara Islam tetapi lebih kejam daripada binatang.
Islam menyuruh hukuman dijatuhkan dengan cara yang terhormat, bukan dengan cara yang menghinakan.
Islam menjatuhkan hukuman dengan cara yang menginsafkan manusia, tetapi cara yang digunakan pada hari ini sekadar membuat orang takut.
Apabila hukuman tersebut tidak menginsafkan dan tidak mendekatkan manusia dengan Allah SWT, mereka mungkin akan melakukan jenayah dengan cara yang lain agar tidak ditangkap.
Ketika dilaksanakan hukum had, dibacakan ayat Al-Quran tentang hudud, diperdengarkan kepada manusia tentang kesalahan pelakunya yang melanggar perintah Allah SWT dan Allah berkehendak agar dilaksanakan hukuman ini.
Dan setelah hukuman dilaksanakan didoakan semoga Allah mengampunkan dosanya.
Malah mayat orang yang dihukum bunuh dimuliakan yakni diuruskan dengan baik, tidak boleh dihina, dicaci, dicerca dan seumpamanya.
Malah mayat orang yang dihukum bunuh dimuliakan yakni diuruskan dengan baik, tidak boleh dihina, dicaci, dicerca dan seumpamanya.
Ini adalah kerana dia telah sanggup menjalani hukuman dan semoga Allah menerima taubatnya.
Hukum had bagi peminum arak yang dilaksanakan oleh Nabi adalah sebatan 40 rotan, pada zaman Umar beliau RA menambah 40 rotan lagi.
Hukum hududnya adalah sebatan 40 kali rotan, manakala ta’zirnya adalah 80 kali rotan. Mengapa Umar menambah bilangan sebatan?
Bukan saja-saja tetapi di sana ada hadis Nabi SAW di mana baginda bersabda yang maksudnya,
“Sesiapa meminum arak maka pukullah dia, kemudian jika dia meminumnya lagi maka pukullah dia, kemudian jika dia meminumnya lagi, pukullah dia lagi, kemudian jika dia meminumnya lagi maka bunuhlah dia.”
Tidak ada manfaat lagi hidupnya di muka bumi.
“Sesiapa meminum arak maka pukullah dia, kemudian jika dia meminumnya lagi maka pukullah dia, kemudian jika dia meminumnya lagi, pukullah dia lagi, kemudian jika dia meminumnya lagi maka bunuhlah dia.”
Tidak ada manfaat lagi hidupnya di muka bumi.
Hasil dari hadis ini, Umar bin Al-Khatthab RA berijtihad bahawasanya jika seseorang itu tidak mendengar, masih meminum arak, maka dinaikkan sedikit kadar sebatan.
Asal kadar sebatan hudud yang ditetapkan adalah 40 kali sebatan.
Lebih daripada 40 sebatan itu kembali kepada pemerintah di mana ia dipanggil hukum ta’zir.
Hukum qadzaf yakni menuduh seorang muslim yang lain berzina.
Firman Allah SWT,
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang suci (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang-orang saksi, maka rotanlah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali rotan, dan janganlah kamu terima kesaksian yang mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.” (surah An-Nuur: 4)
Ini adalah di antara hukum had yang Allah SWT tetapkan dan untuk mensabitkannya bukanlah senang.
Bukan orang mencuri terus ditangkap dan tangannya perlu dipotong pada keesokan harinya.
Perlu melihat barang apa yang dicuri. Kalau dia mencuri kereta BMW, tidak dipotong tangannya sebab kereta BMW tersebut bukan disimpan dalam almari.
Kereta itu diletakkan di luar rumah, tidak kira ia dikunci atau tidak.
Barang yang tersimpan rapi di dalam almari atau peti besi itulah yang dikira dan termasuk dalam hukum ini. Itu pun dikira dengan kadar dinar emas.
Kemudian perlu dilihat pada saksi dan banyak lagi perkara yang dibahaskan oleh para ulama, antaranya jika tiada saksi tetapi ada qarinah, adakah dijatuhkan hukum hudud ataupun ta’zir.
Ada yang mengatakan hudud tidak boleh dilaksanakan kerana hudud mempunyai ketetapan maka hukum berpindah kepada ta’zir.
Inilah cara Islam.
Inilah cara Islam.
Bukan apabila ditangkap sahaja pesalah terus dipotong tangannya.
Berlaku di Saudi di mana seorang lelaki membunuh seorang lelaki lain yang ada isteri dan anak.
Ketika lelaki A itu membunuh lelaki B, isteri kepada lelaki yang dibunuh itu sedang mengandungkan anak.
Hukum bagi kesalahan ini adalah qisas. Firman Allah SWT berkaitan qisas,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالأُنثَى بِالأُنثَى فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاء إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ذَلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ فَمَنِ اعْتَدَى بَعْدَ ذَلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ . وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَاْ أُولِيْ الأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, qisas diwajibkan atasmu berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh. Orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka, barangsiapa yang mendapat kemaafan dari saudaranya, hendaklah mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diyat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Rabbmu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih. Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.” (surah Al-Baqarah, 2: 178-179)
Apabila telah sabit kesalahan, betapa Islam mengajar bahawa mengampunkan kesalahan itu lebih baik.
Maka ditunggu bayi si mangsa yang masih di dalam kandungan itu sehingga dia lahir dan kemudian sehingga anak itu besar untuk menanyakan kepadanya apakah dia memaafkan kesalahan orang yang membunuh bapanya.
Sekiranya didapati ada seorang sahaja di kalangan ahli keluarga mangsa yang memaafkan, walaupun semua yang lain tidak memaafkan, hukumnya tetap selesai dan dianggap kesalahan itu telah dimaafkan.
Subhanallah, indahnya hukum Islam. Kemaafan itu lebih didahulukan daripada balasan.
Keindahan ini yang tidak diceritakan kepada masyarakat umum.
Pada zaman Umar Al-Khatthab, Umar tidak memotong tangan orang yang mencuri ketika musim kemarau.
Ini menunjukkan pelaksanaan hukum ini diraikan mengikut suasana.
Sekiranya suasana tidak menutup pintu-pintu yang membawa kepada kemaksiatan, hukuman masih belum boleh dijatuhkan.
Maka kefahaman agama harus diberi keutamaan.
Tutup ruang-ruang untuk melakukan maksiat dan jenayah.
Sebab itu hukuman ini banyak dilaksanakan setelah hijrah Nabi SAW di mana pada ketika itu orang telah faham tentang Islam.
Ini perkara-perkara yang perlu dititik beratkan. Penjelasan yang paling penting dalam tempoh yang seperti ini.
Jika tiada penjelasan dan masing-masing berkeras dengan pendirian masing-masing, ianya hanya membawa kepada perpecahan dan pergaduhan yang tidak kunjung sudah sesama umat Islam.
Sumber
Post a Comment