Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

Thailand

AHAD, 1 PAGI. 13-05-1990, 17 SYAWAL 1410.
SUNGAI BURUNG, BALIK PULAU, PULAU PINANG. 

BASMALAH WALHAMDALAH

PERANCANGAN DAN STRATEGI DI THAILAND 
oleh Akhi Baharudin (Mahasiswa USM).

NEGARA GAJAH PUTIH INI agak sulit sedikit. 

Telah berzaman menjadi sejarah, mereka cukup anti dengan Islam. 

Zaman Kesultanan Melayu yang silam, mereka hanya mahu tunduk tanpa menyerah kepada Allah. 

Zaman ini sejarah akan berulang. 

Kami ada satu cara agar Islam mudah berkembang di Thailand. 

Rakyat Thailand yang begitu komited dengan agama Buddhanya sangat menyanjung tinggi dua golongan, Sami atau pun Tok Cha mereka dan Raja. 

Rasul s.a.w bila berhadapan dengan masalah ini, menggunakan strategi tarik satu, kaut semua. 

Kurangkan dakwah kepada kelas bawahan. 

Target kalian hendaklah besar, tangkap ketua mereka. 

Carilah pakar agama Buddha yang sudah menyerah kepada Allah dan jadikan dia ayam tambatan kita yang dilepaskan di gelanggang, bersabung dengan sami-sami Siam itu. 

Merekalah yang lebih layak berhadapan dengan Sami mereka sendiri. 

Paling baik, cari Sami yang sudah insaf, asuh mereka hidup mengikut cara kita dan lepaskan kembali ke tengah golongan Sami Buddha konco-konco mereka dahulu. 

Peringatan, Sami Siam tersangat kuat ilmu hitamnya. 

Tersilap langkah kalian pasti tewas. 

Namun Ilmu Allah lagi tinggi. 

Tempatkan orang-orang yang sudah dikenal pasti tinggi kerohaniannya, kuat dan yakin beramal dengan wirid di pusat-pusat kita di Thailand. 

Pekerjaan besar perlu persediaan yang besar. 

Kalian sudah lama membuang masa menjala ikan bilis. 

Sekarang waktunya memukat jerung. 

Namun ingatlah, pukat mesti kejap, kapal mesti kukuh, agar jerung yang ditangkap tidak terlepas dan membaham anak kapal. 

Hubungi Raja Siam melalui projek pertanian. 

Raja Siam cinta kepada pertanian. 

Mohon kepada beliau secara rasmi melalui syukbah pertanian untuk membuat penyelidikan hasil kerja baginda. 

Tulis besar-besaran untuk publisiti. 

Beransur-ansur tonjolkan cara hidup Islam yang harmonis dan dinamis kepada seluruh isi istana. 

Kalau orang putih boleh menjadi pengasuh anak mereka, mengapa kita tidak? 

Ikhtiarkan agar anak mereka dapat kita didik dan asuh. 

Semua ini nampak seperti dongeng sahaja. 

Tetapi kalau kalian dapat berbuat, Allah saja yang akan menunjukkan keberhasilan.


وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". (At Tawbah[9]: 105) 

Ingatlah, merancang dari sekarang jika ingin benar-benar memasuki era antarabangsa. 

Target kita biar besar, tarik kepalanya nanti ekornya akan mengikut. 

Bukankah Rasul s.a.w menghantar delegasi baginda terus kepada ketuanya? 

Soal diterima atau tidak, itu nombor dua. 

Pokoknya, Risalah Tuhan telah kita ketengahkan. 

Yang menerima akan menjadi ingatan sejarah selama-lamanya. 

Seperti Madinah dan Habsyah yang menerima ddengan rela sejarahnya harum semerbak.

Menerima dengan terpaksa, sejarahnya dicatat jua, namun tidak sehebat yang pertama. 

Yang menolak sejarah, menjaddi saksi mereka tumbang dan hancur berantakan tanpa ampun lagi. 

Ulang-ulangkan sejarah besar ini dalam misi dakwah antarabangsa abad ke-20 ini. 

Kami serahkan kepada antum delegasi yang bakal merubah sejarah Asia Tenggara.

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget