Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

January 2015
40 Hadis Akhir Zaman Abdul Rahman Chao Abu Bakar As-Siddiq r.a Ahmad Deedat Akhbar Akhir Zaman Akidah Ahli As-Sunnah Wal-Jamaah Mengikut Manhaj Salaf As-Soleh Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Al Malhamah Al Kubra Al-Faedah Al-Farabi Al-Khazini Al-Qassam Al-Quran Alam Barzakh Alkitab Amalan Terbalik Apa Itu Iman Arnold Fandor Asmaa’ullaahul Husnaa Audio Babi Bacaan Al-Quran bangsa Rum Biarawati Bible Bid'ah Bidadari Bolasepak Bujang Cara Hidup Islam Carissa D. Lamkahouan Chika Nakamura Dajjal Laknatullah Dakwah Dakwah Maya Dalil-Dalil Tentang Tauhid Damaskus Dato Syeikh Muhammad Fuad Al Maliki Daulah Islam Doa Download Dr. Ibrahim bin Muhammad Al-Buraikan Dukun Dunia Islam Dunia Oh Dunia Eric Gabriel Mason Facebook Note Fakta Ilmiah False Flag Fathul Bari Featured Felix Y. Siauw Felixia Yeap Filem 2012 Freemason Global Warming Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid Hablum Minallah Hadis Hadis Akhir Zaman Hadis Qudsi Hafiz Hajar Aswad Haji Haram Hidayah Hijab Hudud Hukum & Fatwa Ibn Qayyim Ibn Tufail Ibnu Hajar Al-Asqalani Ibu Bapa Illuminati Imam Al-Bukhari Imam Al-Ghazali Imam Bukhari Imam Habib Abdullah Haddad Imam Mahdi Imam Muslim Imam Nawawi Iman Bertambah Dan Berkurang Infaq Injil IS ISIS Islam Islam di Malaysia Islam Itu Indah Isra' Mikraj Istilah Dalam Islam Jabhatul Islamiyyah JAKIM Jana Petersen Jihad Jimak Jom Hafal Jurusalem Kaabah Kafir Kebenaran Islam Kebesaran Allah Keindahan Islam Kesempurnaan Iman Adalah Kesempurnaan Agama Keutamaan Kasih Sayang Khilafah Kiamat Kisah & Teladan Kisah Cinta Kisah Mualaf Kisah Para Nabi Kisah Para Sahabat Kiswah Kitab Allah Kitab Hadis Kitab Jual Beli Kitab Pemerintahan Korea Kristian Kuasa Allah Kubur Lelaki Live HD Loo Jo Yee Luqman Al-Hakim Madinah Maksud Ilah Dalam Al-Quran Mantan Pendeta Masjid Jamek Umawi Masjid Sana'a Masjidil Aqsa Mazdakisme Mekah Mentalqin Maut (Orang Nazak) Meteor MLM Motivasi Movie Muhammad Nashiruddin Al-Albani Mujahid Mujahidin Mukasyafatul Qulub Mukjizat Mukmin Sejati Munakahat Musa Caplan Muslimah Nabi Isa AS Nabi Muhammad SAW Nabi Saleh AS Nasihat Natasha Farani Neraka Niqab Nuzul al-Quran Onani Panduan Panduan Mengenal Kalimah Tauhid Panji Hitam Paulus Pemerintah Pemimpin Pendakwah Sabah Pendidikan Pengetahuan Penghinaan Kepada Islam Penyembuhan Islam Perancangan Jahat Yahudi Perang Armageddon Peribadi Rasulullah SAW Perkahwinan Perniagaan Pondok Sungai Durian Pope Projek Menghafal 10 Ayat Awal Surah Al-Kahfi Puasa Pulau Pinang Purdah Ramadhan Rasulullah SAW Renungan Riba Rukun Iman Rukun Islam Ruqyah Saddam Hussein Sahabat Nabi Sahabat Yamima Saham Akhirat Sahih Sahih Bukhari Sakit Perut Salaf Salaf As-Soleh Sejarah Hidup Nabi Muhammad SAW Sejarah Imam Sejarah Islam Selawat Selebriti Semasa Serban Sheikh Imran Hosein Soal Jawab Agama Solat Suami Suara Mualaf Subahanallah Sufi Sultan Perak Sungai Furat Sunnah Rasulullah Surah Al-Khafi Surah Palsu Surat Al-Kahf Suriah Syaitan Syam Syarah Hadis Syarat Kedua: YAKIN Syarat Keempat: IKHLAS Syarat Keenam: BERSERAH Syarat Kelima: MENERIMA Syarat Ketiga: PERCAYA Syarat Ketujuh: CINTA Syarat Pertama: ILMU Syarat-Syarat Kalimah Laa Ilaaha Illallah Syiah Syria Tahlil dan Doa Selamat Tanya Jawab Tarawih Taubat Tauhid Tazkirah Teknologi Tentera Amerika Terjemahan Hadits Shahih Muslim Terrorist The Cave Tilawah Al-Quran Tokek Tokoh Islam Tuan Guru Haji Musa Tujuan Para Nabi Dan Para Rasul Diutus Tutorial Ulama Umum Unta Update Terkini Gaza Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman Ustaz Abdul Halim Abas Ustaz Azhar Idrus Valentine’s Day Video Wahabi Wali Allah Wanita Waraqah bintu Naufal Windows 8 Yahudi Yakjuj dan Makjuj Yesus Zikir Zulkifli M Ali

"Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang muslimin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati." - Surah Ali'Imran: 13

"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." Surah As Saff: 4








Al Malhamah Al Kubra atau Armageddon adalah satu peristiwa besar yang akan terjadi nanti iaitu peperangan yang paling besar dan dahsyat dalam sejarah ketamadunan manusia sejak dari Nabi Adam a.s. sehingga umat penghujung akhir zaman di muka bumi ini. 

Peperangan yang melibatkan isu politik (kuasa besar dunia) dan isu agama samawi (Nasrani, Yahudi dan Islam) dimulai dengan persahabatan atau perjanjian aman tetapi ia sebenarnya adalah ‘PALSU’ dan tipu helah (bagi Islam yang melihat dengan ‘Mata Hati’) sehingga semua penduduk dunia menyangka dan menyatakan bahawa kita akan hidup aman damai dengan termeterinya beberapa perjanjian damai yang pada hakikatnya selepas itu kita (Ahlul Sunnah wal Jamaah) akan dicabuli oleh musuh-musuh yang benci terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


Armageddon
Perkataan ini yang bersal dari Ibrani (Hebrew) dan terdiri daripada dua perkataan, iaitu :

Ar
Yang membawa maksud sebuah gunung atau bukit

Mageddo atau Megiddo 
Nama dari sebuah lembah di Palestin yang mana lembah ini merupakan sebuah medan pertempuran yang akan tercetusnya perang ini. Ia membentang dari dataran Mageddo di utara sampai ke Edom di Selatan yang jaraknya sekitar 200 batu sampai ke Laut Putih (Tengah) di bahagian Barat dan Bukit Mohab di Timur yang jaraknya 100 batu .

Para ahli peperangan berpendapat bahawa kawasan ini merupakan tempat yang strategik, setiap panglima tentera dan angkatan yang dapat menguasai tempat ini akan dapat mematahkan setiap serangan yang datang.

Perkataan Armageddon bukanlah sebuah perkataan yang asing dikalangan para ahli kitab yang membaca dan mengamalkan kitab Taurat, Zabur, Injil yang lama berasal dari penulisan Ibrani dan disebut juga di dalam kitab tersebut mengenai akan berlakunya peperangan hebat ini.

Ahli kitab ini adalah golongan Yahudi dan Nasrani yang beramal dengan kitab asal.

Hancurnya bangsa Yahudi adalah satu tanda dari datangnya hari qiamat. Hal ini ditandai dengan berkecamuknya perang besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk Zionist Israel dan akan diakhiri oleh pertempuran dahsyat yang dikenal sebagai Armageddon, dimana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo/Mageddon, Palestin.

Disebutkan dalam Kitab Yahya (John The Baptist) (89/13), bahawa sebagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga dari mereka akan musnah.

Sedangkan dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan:”Akan berlangsung tujuh bulan sehingga rumah Israel menjadi kubur mereka (orang-orang mereka yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi”.

Kerana peristiwa ini akan terjadi di lembah Megiddo, Palestin, yang sekarang menjadi wilayah jajahan Israel (Yahudi & Nasrani Zionist) maka merekalah orang pertama yang akan merasakan panasnya nyalaan api peperangan.

Dalam teks Kitab Injil ada mengatakan “Roh-roh syaitan akan mengumpulkan pasukan dari seluruh dunia di Armageddon”.


Perang ini juga dikatakan sebagai perang habis-habisan dan terakhir dengan menggunakan seluruh kekuatan dari pelbagai aspek peralatan senjata moden yang canggih.

Kemungkinan perang ini adalah Perang Dunia ke-3, (Perang Nuklear berdasarkan kepada ramalan beberapa pakar termasuklah Sheikh Imran N. Hosein).

Menurut kajian dan pendapat Sheikh Hamza Yusuf, keadaan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti zaman pertengahan kesemua teknologi yang kita miliki sekarang ini akan musnah dan berlaku perubahan yang amat ketara dalam sistem kehidupan manusia, siri peperangan seterusnya (Perang Dunia ke-4), bala tentera akan hanya menunggang kuda bersertakan pedang, panah, lembing dan alatan senjata lama.

"Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang ke empat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah." 
- Louis Lord Mountbatten -

"Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia III akan diperjuangkan, tetapi Perang Dunia IV akan diperjuangkan dengan kayu dan batu."
- Albert Einstein -

Pendapat para ahli kitab tentang Perang Armageddon:

1. Dalam kitab Wahyu (Revealition) pasal 16 ayat 16 dikatakan,

“Dan roh-roh syaitan akan mengumpulkan sekalian tentara di dunia di sebuah tempat bernama Armageddon” (Injil, hal. 388, penerbit Daar Ats Tsaqafah, Mesir)

2. Ronald Reagen pernah berkata,

“Sesungguhnya generasi ini tepatnya adalah generasi yang akan melihat Perang Armageddon.” (Kitab Ramalan dan Politik)

3. Segala sesuatu pasti akan berakhir dalam beberapa tahun, dimana akan terjadi Perang Dunia yang paling besar, iaitu Perang Armageddon atau perang di dataran Mageddo. (“Kitab Drama Berakhirnya Zaman” oleh Oral Robertus dan “Kitab Akhir Dunia Yang Paling Besar” oleh Hall Lindus, mereka mempercayai tahun 2000 adalah berakhirnya dunia)

4. Jimmy Sujjest berkata,

“Aku berkeinginan agar aku dapat mengatakan bahawa kita akan mencapai perdamaian. Akan tetapi aku percaya bahawa perang Armageddon akan datang. Sesungguhnya Armageddon akan datang dan bertemu di lembah Mageddo. Ia akan datang. Mereka boleh saja menandatangani perjanjian-perjanjian perdamaian (kata sepakat persefahaman) yang mereka inginkan. Namun, sesungguhnya hal itu tidak akan merealisasikan apa-apa pun. Sebab, hari tersebut akan tetap datang.” (Kitab Janji yang Benar dan Janji yang Dusta)

5. Gerry Folwel, seorang pemimpin fundamentalis Nasrani berkata,

“Sesungguhnya Armageddon adalah sebuah hakikat (realiti) dan sangat nyata, akan tetapi kita bersyukur kerana ia akan terjadi pada akhir hari sejagat.” (Kitab Ramalan dan Politik)

6. Shofeld berkata,

“Sesungguhnya orang-orang Nasrani yang ikhlas hendaklah bergembira dengan peristiwa ini, kerana pertempuran yang terakhir ini (Armageddon) akan bermula, maka Isa al Masih akan segera mengangkat mereka ke awan, dan mereka akan diselamatkan oleh al Masih serta tidak akan menghadapi kesusahan apa pun yang terjadi di bumi.” (Kitab Ramalan dan Politik)


Sebenarnya, baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah memperingatkan kita akan peperangan besar (Al Malhamah Al Kubra) di akhir zaman ini. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali pokok gharqad(yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa perang akhir zaman iaitu waktu hampir qiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam.

Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada perang akhir zaman.

Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.










Israel akan memberi dan menerima benih dan bantuan kewangan sekiranya ada pihak yang ingin berkempen menanam pohon Gharqad, segala info ada di: Jerusalem Post, Trees For The Holy Land dan Tree Planting Center




Dari Nafi' Bin 'Atabah, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

Kamu akan memerangi semenanjung Arab, lalu Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menaklukkannya untuk mu. Setelah itu Parsi, dimana Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menaklukkannya untuk mu. Kemudian Rum, dimana Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menaklukkannya untuk mu. Kemudian kamu akan memerangi Dajjal, dimana Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menaklukkannya untuk mu.
(Hadis Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Dari Abu Daud, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

Sesungguhnya kemah besar kaum muslimin di hari pertempuran sengit ada di Ghoutah, di sebelah kota bernama Damascus, salah satu kota terbaik di Syam
(Hadis Riwayat Abu Darda')

Tempat Dabiq di Syria, sebelah utara Aleppo (Halab) dan al-A'maq adalah menuju pantai selatan Yaman.

Hal ini jelas dari menggabungkan dua hadis bahawa Bani Ishak adalah orang-orang dari Rum (Constantinople atau kerajaan Byzantine, bole rujuk Surah Ar Rum (30) tentang maklumat ini dan kerajaan Rum sekarang ini berpusat di Selatan Russia berdekatan Turki dan Greece bukannya ROME di ITALY) yang telah menerima Islam dan akan dikejar oleh Rum yang akan turun di Dabiq atau Al-A'maq, tapi dari lain hadis itu adalah jelas bahawa itu adalah tempat berhampiran Aleppo.

Hal ini ditunjukkan dalam hadis yang dilaporkan oleh Abu Dawud (Shahih Jaami as-Sagheer, no. 2116.), Menceritakan yang sanadnya dari Abu-Dardaa, bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Bandar di mana umat Islam akan mengumpulkan pada hari al-Malhamah (pertempuran besar) adalah di tanah al-Ghutah (tempat yang memiliki sungai-sungai dan pohon dikelilingi oleh pergunungan) di sebuah kota yang bernama Damsyik, dari yang terbaik bandar As-Syam (Syria)




Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda.

Qiamat takkan terjadi sehingga bangsa Romawi singgah di Al-A'maq atau di Dabiq. Lalu mereka diserbu oleh bala tentera dari Madinah, yang merupakan penduduk dunia yang terbaik waktu itu. 
(Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam,

Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". 
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah r.a., telah bersabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam,

Tidak akan terjadi hari qiamat, sehingga kaum Rum turun di kota Amaq dan di Dabiq (dekat Damascus). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rum, Biarkanlah (jangan kamu semua halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, “Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami.” Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat subuh sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." 
(Hadis Riwayat Muslim)

Terdapat banyak koleksi hadis-hadis berkenaan Al Malhamah Al Kubra yang disabdakan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan’, boleh rujuk Kitab al Fitan, Ibnu Katsir.

Sebelum terjadi peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini. Terdapat banyak peristiwa menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam tetapi kita fokus kepada dua peristiwa ini, Pencerobohan ke Atas Iraq dan Serangan Israel ke atas Gaza. Terdapat sebuah hadis yang menakjubkan yang mengungkap peristiwa ini jelas sama seperti yang berlaku kini.

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Pernahkah kamu mendengar tentang sebuah bandar sebahagian yang berada di tanah dan sebahagian yang terletak di tepi laut?" 

Mereka berkata, 
"Ya, Wahai Rasulullah".

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berkata,
"Hari qiamat tidak akan berlaku sehingga sampai 70000 dari Bani Ishaq ada dalam serangan itu. Ketika mereka datang ke sana, mereka akan turun dan tidak akan berperang dengan senjata dan tidak pula mereka melemparkan tombak apapun. 

Mereka akan berkata,
"Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan (Allahu Akbar) Allah Maha Besar", dan satu setengah dari itu akan jatuh dan kemudian mereka akan mengatakan itu untuk kedua kalinya, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan (Allahu Akbar) Allah Maha Besar", dan bantuan akan diberikan kepada mereka, dan mereka akan memasukinya, dan mereka akan mengumpul dan membahagikan harta rampasan ketika pembawa berita akan datang kepada mereka, berkata, " Dajjal telah muncul (seorang Yahudi) ", sehingga mereka akan meninggalkan segala sesuatu dan kembali (ke Syam).
(Hadis Riwayat Muslim)

Tentang "Bani Ishaq" (Anak-anak Ishaq) disebutkan dalam hadis ini, Ibnu Katsir menulis dalam bukunya "an-Nihayah fil Fitan-wal-Malaahim", melalui "Ashraat kita-Saa'ah"Yusuf bin Abdullah al-Waabil :

Hal ini menunjukkan bahawa ar-Rum (bererti Byzantine Timur) akan menjadi Muslim pada akhir waktu, dan mungkin penaklukan Constantinopel (Istanbul) akan melalui tangan-tangan mereka, sebagai hadis tersebut telah menyatakan, bahawa 70,000 dari Bani Ishaq dalam serangan itu. Dan Ibnu Katsir juga menunjukkan dalam hasil kajian yang sama bahawa "ar Rum" adalah dari keturunan al-ees, Putra Ishaq (Isaac) bin Ibrahim, Khalil a.s.
Dalam satu hadis yang panjang..

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

"Hari qiamat tidak akan datang sampai Rum akan mendarat di al-A'maaq atau dalam Dabiq. Suatu tentera yang terdiri daripada (tentera) terbaik dari orang-orang di bumi pada waktu itu akan datang dari Madinah (untuk melawan mereka).Ketika mereka akan menetapkan diri dalam barisan, maka Rum akan berkata: "Jangan berdiri di antara kami dan mereka (umat Islam) yang mengambil tahanan dari antara kita, marilah kita bertarung dengan mereka", dan Muslim akan berkata: "Sebenarnya, dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala, kita tidak akan mendapatkan selain daripada anda dan dari saudara-saudara kami yang mungkin anda melawan mereka". Mereka kemudian akan berperang dan satu pertiga tentera akan melarikan diri, yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak akan mengampuninya. Satu pertiga dari mereka akan menerima syahid yang terbaik di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dan satu pertiga lagi menerima kemenangan dan menakluk Constantinopel. Dan ketika mereka akan sibuk dalam membahagikan barang rampasan perang (di antara mereka sendiri) selepas menggantung pedang mereka pada pohon-pohon zaitun, Iblis akan menangis: Dajjal telah terjadi di antara keluarga anda. Mereka kemudian akan meninggalkan (untuk kembali ke Syam/Syria), tetapi akan menjadi sia-sia. Dan ketika mereka kembali ke Syria, ia (Dajjal) akan keluar saat mereka akan masih mempersiapkan diri untuk pertempuran dan menyusun kedudukan ...

(Hadis Riwayat Muslim)



Dalam kuasa veto dunia dimiliki oleh dua pihak yang berbeza (bukan kuasa veto di PBB kerana di PBB hanya dimiliki oleh USA) mahupun sebahagian dari mereka adalah Kafir Laknatullah, satu pihak dari pakatan US, Nato & Israel dan satu pihak lagi pakatan Russia, China & ‘Republik Islam’, mungkin dapat ditafsirkan beberapa hadis dan keadaan dunia semasa ini benar dan ada ketepatannya apabila sebahagian republik Islam menuju kerjasama dengan pihak Kafir yang menentang pihak Bani Israel dan pihak Kafir tersebut adalah berlatar belakang dari tamadun Rum atau Byzantine atau Constinople, rujuk surah ar Rum (30) untuk lebih memahami maksud dan tafsir hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berkaitan isu-isu semasa yang berlaku dalam dunia hari ini yang dipenuhi oleh fitnah, apa-apa pun Allahu a ‘lam, Allah Subhanahu Wa Ta'ala lebih Mengetahui..







Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahaman rahsia ilmuNYA kepada kita semua, dalam segala hal, Allahu a'lam..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Taliqon - Khurasan - Panji Hitam - Afghanistan


Seperti mana yang kita ketahui Afghanistan adalah sebuah 'negara' Islam yang 'miskin'. Negara ini sering diperangi oleh kuasa Barat dengan alasan pusat 'penganas'.

Seperti yang kita sedia maklum, antara isu yang paling panas dimainkan adalah berkaitan pergerakkan pejuang Taliban, pengganas Al Qaeda dan juga watak utama musuh kepada Amerika iaitu Osama Bin Laden.

Tentera British-India menyerang kubu Ghazni kubu pada 22 Julai 1839
Imbas kembali sejarah peperangan Afghanistan di zaman moden, pertama kali melibatkan kekuatan tentera perikatan Anglo-British melalui tiga siri serangan berskala besar.

Serangan pertama bermula dari tahun 1839–1842, yang melibatkan jumlah ketenteraan seramai lebih dari 21,000 orang dan akhirnya Anglo-Britih tewas dengan jumlah kematian seramai 16,500 orang.

Punca terjadinya peperangan ini adalah berkaitan campur tangan kuasa luar terhadap kedaulatan Afghanistan yang sebenarnya tidak memberi apa-apa faedah kepada Afghanistan melainkan kemusnahan, kehancuran dan perpecahan.

British mendakwa, Russia atau dulu dikenali sebagai Union of Soviet Socialist Republics (USSR) mahu menawan India berikutan Russia sedang memperluaskan wilayah jajahannya di Asia Tengah, dan India adalah aset terpenting ekonomi British kerana India adalah pusat hasil ekonomi yang datang dari Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara.

Maka demi mempertahankan kepentingan asetnya, British mahu menawan Afghanistan dan mahu meletakkan bonekanya bagi menjaga dan menjadikan Afghanistan sebagai benteng pertahanan melindungi India dari serangan Russia.

 Tentera British (4th Brigade) bergambar di tapak Pertempuran Masjid Ali, pada 22 November 1878
Serangan kedua Anglo-British berlaku pada pada tahun 1878–1881, ia meliputi empat fasa yang mengadungi 20 kali peperangan. Serangan fasa pertama melibatkan lebih 40,000 orang tentera dan dipecahkan kepada tiga kumpulan dengan menggunakan strategi taktikal sehingga akhirnya kemenangan pertempuran kali ini berpihak kepada Anglo-British. 

Punca serangan kedua oleh Anglo-British ke atas Afghanistan adalah masih sama demi kepentingan British terhadap India dari serangan Russia.

Serangan terakhir atau kali ketiga oleh Anglo-British ke atas Afghanistan bermula pada 6 May 1919 dan berakhir pada 8 Ogos 1919 setelah kedua-dua pihak bersepakat mahu berdamai, atau dalam kata lain Anglo-British tewas untuk menawan wilayah Afghanistan, tetapi demi menjaga kepentingannya terhadap India, maka British menawarkan Perjanjian Rawalpindi iaitu 'perjanjian damai' terhadap Afghanistan dan larangan untuk mana-mana pihak dari menyerang antara satu sama lain.



Pada 25 Disember 1979, Russia (USSR) diapi-apikan atau dihasut oleh perikatan Amerika-British-Arab untuk berperang dengan para mujahidin Islam Afghanistan yang banyak menentang dasar dan polisi Afghanistan-Russia.

Sebenarnya hubungan dua hala antara kerajaan Afghanistan (yang berfahaman Marxis) dan Russia adalah sangat baik, malah Russia banyak membantu menyediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur kepada pembangunan negara Afghanistan sejak dari tahun 1919, sebagai langkah untuk menangkis ancaman Anglo-British.

Peperangan ini merupakan sebahagian dari 'Perang Dingin' dan para mujahidin Islam Afghan sebenarnya telah mendapat latihan ketenteraan dari CIA berlokasi di Pakistan dan di China. Selain itu para mujahidin telah ditaja dari segi kewangan oleh Amerika, Arab Saudi, dan British. Setelah hampir selama hampir 10 tahun berperang akhirnya pada 15 Februari 1989, Russia menyerah kalah dan mengundur diri dari Afganistan.

Kesan peperangan ini Russia mengalami kehancuran dan perpecahan, dan ini lah matlamat utama perikatan Amerika-British-Arab ke atas kuasa Russia yang sentiasa menjadi penghalang kepada sesuatu agenda.


Pada 7 Oktober 2001, satu operasi ketenteraan Amerika yang dikenali sebagai Operation Enduring Freedom dilancarkan, bersama-sama dengan sekutunya iaitu N.A.T.O dan lain-lain termasuk lah negara kita Malaysia (kelihatan terpaksa menyediakan kemudahan logistik dan ruang udara kerana lokasi yang strategik di Asia Tenggara).

Jumlah keseluruhan negara yang terlibat dalam misi ini adalah sebanyak 60 buah negara. Operasi ini adalah sebagai tindak balas Amerika dan Barat terhadap 'serangan' pada 11 September, 2001.

Berdasarkan kepada 'dakwaan dan bukti' yang dikemukakan oleh pihak Amerika, ia jelas membolahkan Afghanistan diserang dengan mandat dari PBB bagi menentang pergerakkan pengganas Al-Qaeda dan para pejuang Taliban, dan sekaligus berusaha menghapuskan pusat pengganas.

Misi ini masih berterusan sehingga ke hari ini, namun setelah Amerika mengistiharkan kematian Osama Bin laden pada 2 Mei 2011 melalui Operation Neptune Spear yang dilakukan di sempadan Afghanistan-Pakistan, pihak Amerika, NATO dan sekutunya telah mengurangkan jumlah anggota tentera dan mula beralih ke Asia Barat, Afrika Utara dan Asia Pacific dengan alasan misi di Afghanistan telah berjaya dan misi seterusnya menghapusakan saki baki pengganas. 

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


Dari satu sudut kajian, apakah sebenarnya tujuan di sebalik gembar-gembur peperangan pihak British, Russia dan Amerika selama ini ke atas Afghanistan?

Benarkah mereka sememangnya memerangi watak Osama Bin Laden, Al Qaeda dan Taliban demi kepentingan dan kebaikan penduduk dunia?

Atau ada bahaya lain yang sebenarnya lebih difahamai, diketahui dan dicurigai oleh mereka?

Lalu faktor Osama Bin Laden, Al Qedah dan Taliban sengaja dibesar-besarkan agar Barat mempunyai alasan yang kukuh untuk terus melaksanakan agenda neokolonialismanya ke atas Afghanistan.


Untuk menjawab persoalan yang 'dibangkitkan', kita harus mengetahui apa yang 'ada' di negara Afghanistan sehingga menyebabkan kuasa Barat memeranginya tanpa ada 'rehat' bagi bumi itu, dan sudah pasti tipu helah (fitnah) telah digunakan sejak dari ratusan tahun lalu. 

Kewujudan beberapa 'alat, watak dan peristiwa' direka cipta bagi mengaburi 'mata' umat duniawi akan hal yang sebenar yang dimatlamatkan. 

Maka, bagi memahami serba sedikit berkaitan bumi Afghanistan dan hala tuju kuasa Barat ke atasnya, perlulah kita mengetahui latar belakang negara ini berdasarkan kepada kajian ilmu akhir zaman kerana dunia kini telah berada di hujung akhir zaman berpandukan petanda-petanda yang telah dizahirkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dan sudah pasti apa yang diperangi oleh kuasa Barat selama ini bukanlah demi kepentingan wilayah taklukan, mengaut keuntungan hasil buminya, menjaga kepentingan sejagat atau pun mahu menghapuskan kegiatan pengganas. 

Tetapi lebih jelas misi 'penghapusan' akan sesuatu hal, bukannya golongan atau pergerakkan militan secara specifik kerana agenda yang berlaku melibatkan konflik dan manipulasi segala aspek yang wujud di Afghanistan. 


Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan terhadap identiti bangsa dan kaum di Afghanistan, bangsa Pashtuns yang kini majoritinya menetap di negara Afghanistan dan sebahagian di Pakistan adalah satu kaum berketurunan dari Nabi Ibrahim a.s. dan kemudian salasilah keturunan dikaitkan dengan anaknya iaitu kaum Nabi Ishaq a.s., kemudian ke Nabi Yaaqub a.s., Nabi Yusuf a.s., Nabi Musa a.s, dan Nabi Harun a.s. yang berasal dari keluarga besar Bani Israel yang 'hilang' haluan setelah negara Israel yang dicipta oleh Nabi Daud a.s. dihancurkan oleh musuh dan mereka diusir keluar dari Tanah Suci oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala akibat sebahagian daripada mereka tidak beriman, bertaqwa dan bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala atas nikmat yang diberikan.




Di dalam perspektif kajian Islam akhir zaman, berdasarkan kepada hadis ini terdapat lima zaman peradapan manusia yang telah ditetapkan kerangka atau fasanya oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dari zaman permulaan kehidupan manusia (turunya Nabi Adam a.s. ke bumi) sehinggalah tibanya hari qiamat nanti, setiap zaman ada utusannya kecuali pada fasa kehidupan yang keempat, umat Islam hidup 'tergantung'.. Dari Nuaman bin Basyir r.a., dari Huzaifah al Yamani, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, 
kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian, adanya atas kehendak Allah, 
kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”
(Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah)

“Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit , adanya atas kehendak Allah, 
kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”
(Mulkan ‘Adhan)

“Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong, adanya atas kehendak Allah, 
kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya."
 (Mulkan Jabariyyan)

“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian .”
(Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah)

“Kemudian beliau (Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam) diam”.

Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Imam al Baihaqi

Huraian berkaitan hadis ini akan diperhalusi dan diperincikan di bahagian bawah nanti, perkara utama yang mahu ditekankan adalah empat zaman yang telah dan sedang dilalui oleh umat manusia. Sebelum kita memasuki zaman yang kelima, iaitu zaman kegemilangan Islam, akan bangkit pejuang-pejuang Islam Panji Hitam bersama dengan Imam al Mahdi dan Nabi Isa a.s. untuk membina sebuat peradapan manusia yang agung lagi hebat yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala, tetapi umat manusia akan melalui zaman tersebarnya fitnah yang sangat halus dan disertakan dengan kehidupan yang dipenuhi kezaliman, penindasan, kekejaman, kebencian, permusuhan dan persengketaan antara satu sama lain bagai hujan turun membasahi bumi. Terdapat beberapa ringkasan kolesksi hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berkaitan panji hitam,

"Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya"
(Hadis riwayat at-Tarmidzi)

"Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji"
(Hadis Riwayat Al-Hafiz Abu Naim)

"Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun." 
(Sunan Ibnu Majah)

Malah terdapat sangat banyak hadis yang menyebut tentang Imam Mahdi sehingga para ulamak menganggapnya sebagai salah satu daripada hadis yang sampai ke peringkat “tawatur ma’nawi”.

Ada diantara tokoh hadis menyebutkan bahawa bilangan hadis yang menyebutkan tentang Mahdi itu melebihi 50 hadis, sementara yang lain pula ada mengatakan melebihi 90 hadis selain daripada atsar para sahabat. Di antara sahabat dan tabi’in yang dipastikan telah meriwayatkan hadis tentang Mahdi ini ialah:

(1) Sayyidina Uthman bin Affan r.a.
(2) Sayyidina Ali r.a.
(3) Abdullah bin Abbas r.a.
(4) Abdullah bin Umar r.a.
(5) Talhah bin Ubaidillah r.a.
(6) Abdullah bin Mas’ud r.a.
(7) Abu Hurairah r.a.
(8) Abu Sa’id Al Khudri r.a.
(9) Anas bin Malik r.a.
(10) Ummu Habibah r.a.
(11) Ummu Salamah r.a.
(12) Tsauban r.a.
(13) Abdullah bin Al Harits bin Jaz’in r.a.
(14) Jabir bin Abdullah r.a.
(15) Abdur Rahman bin ‘Auf r.a.
(16) Huzaifah bin Al Yaman r.a.
(17) Abu Umamah r.a.
(18) ‘Auf bin Malik r.a.
(19) Qurrah Al Muzany r.a.
(20) Ammar bin Syu’aib r.a. dari ayahnya daripada datuknya.
(21) Ali Al Hilaly r.a.
(22) Sa’id bin Musayyab r.a.
(23) Qatadah r.a.
(24) Syahr bin Hausyab r.a. dan lain-lain lagi.

Hadis-hadis yang diriwayatkan ada yang bertaraf sahih, ada hasan dan ada yang dha’if (lihat At Ta’liqu As Shahih ‘Ala Misykat Al Mashaabih–J.6,ms.197–karangan Maulana Muhammad Idris Khandahlawi).

Sementara tokoh-tokoh yang meriwayatkan hadis-hadis tentang Al Mahdi secara terang dan jelas dengan menyebutkan nama atau gelaran “Al Mahdi” di dalam kitab mereka pula ialah seperti berikut:

(1) Imam Abu Daud w. 275h
(2) Imam Tirmidzi w. 279h
(3) Ibnu Majah w. 273h
(4) Abdur Razzak bin Hammam bin Nafi’ w. 211h
(5) Haakim w. 405h
(6) Imam Ahmad w. 241h
(7) Imam Abu Bakr Al Bazzar w. 292h
(8) Imam Abu Bakr bin Abi Syaibah w. 235h
(9) Abul Qassim At Tabaraani w. 360h
(10) Abu Ya’la Al Maushili w. 307h dan lain-lain.

(Maulana Muhammad Badri Alam Mirthi – Tarjuman As Sunnah j.4 ms. 337)

Di bawah akan diperturunkan beberapa hadith yang diriwayatkan oleh mereka yang tersebut itu:

1. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

“Bagaimana agaknya kamu bila Isa Ibnu Maryam turun di antaramu dan pada ketika itu imam kamu adalah salah seorang daripada kamu”. 
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Dari Jaabir katanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

“Akan ada di akhir ummatKu seorang khalifah yang mengaut harta dengan banyak (untuk diberikan kepada orang ramai) dan tidak membilangnya sama sekali”. 
(Hadith Riwayat Muslim)

3. Dari Ibnu Mas’ud secara marfu’ bahawa, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

“Sekiranya tidak tinggal kecuali hanya sehari sahaja daripada umur dunia ini nescaya Allah Subhanahu Wa Ta'ala memanjangkan hari itu untuk menghantarkan padanya seorang lelaki dariku (dari ahli keluargaku) yang mana namanya sama dengan namaKu dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana sebelumnya ia dipenuhi dengan kezaliman dan kekejaman”.
(Hadith Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

4. Dari Ummu Salamah r.a.,Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

“Al Mahdi itu adalah daripada ahli keluargaku dari anak cucu Fatimah”.
(Hadith Riwayat Abu Daud)

5. Dari Abu Sa’id Al Khudri, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

“Mahdi itu adalah daripadaku, luas dahinya, tinggi dan halus hidungnya, dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana ia sebelum itu dipenuhi dengan kezaliman dan kekejaman. Ia akan berkuasa selama tujuh tahun”. 
(Hadith Riwayat Tirmidzi dan Abu Daud)

6. Sayyidina Ali pernah memandang kepada anaknya seraya berkata: 

“Sesungguhnya anakku ini adalah penghulu sebagaimana telah dikatakan oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kepadanya (Al Hasan). Daripada keturunannya akan lahir seorang yang dinamakan dengan nama Nabi kita. Ia menyerupai Baginda pada budi pekertinya dan tidak menyerupainya pada rupa parasnya”. 
(Hadith Riwayat Abu Daud)

7. Abu Daud meriwayatkan daripada Ali r.a. daripada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sabda:

“Sekiranya hanya tinggal sehari sahaja dari umur dunia ini pasti Allah akan menghantar seorang daripada ahli rumahku, ia akan memenuhi dunia ini dengan keadilan sebagaimana dunia sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman”. 
(Hadith Riwayat Abu Daud – Kitab Al Mahdi j.2 ms. 232)

8. Abu Daud meriwayatkan daripada Ummi Salamah r.a. isteri Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam daripada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sabda:

“Akan berlaku perselisihan ketika matinya seorang khalifah, ketika itu akan keluarlah seorang penduduk Madinah lari ke Makkah lalu ia didatangi oleh penduduk Makkah. Mereka mengeluarkannya dengan memaksa lalu berbai’ah kepadanya (untuk menentang) satu pasukan tentera daripada Syam. Tentera itu ditelan oleh bumi di satu kawasan padang pasir antara Makkah dan Madinah. Bila perkara itu dilihat oleh orang maka ia didatangi oleh ‘Abdal Syam dan beberapa kumpulan dari Iraq untuk berbai’ah dengannya. Kemudian muncul seorang pemuda daripada Quraisy. Bapa saudara sebelah ibunya daripada qabilah Kalb yang akan menghantar tentera untuk menentang orang itu (Al Mahdi) tetapi tenteranya (Al Mahdi) dapat mengalahkan mereka. Kerugian bagi orang yang tidak menyaksikan harta ghanimah qabilah Kalb. Dia (Al Mahdi) akan membahagikan harta ghanimah itu dan beramal mengikut sunnah Nabi mereka di kalangan manusia. Ketika itu Islam tersebar dengan luas. Dia akan memerintah selama tujuh tahun kemudian wafat dan jenazahnya disembahyangkan oleh orang-orang Islam. Abu Daud berkata: “Setengah perawi meriwayatkan daripada Hisyam sembilan tahun, setengah perawi pula meriwayatkan tujuh tahun”. 
(Hadith Abu Daud j.2 ms.232)

9. Tirmizi meriwayatkan daripada Abi Sa’id Al Khudri katanya: 

“Kami bimbang akan berlaku sesuatu fitnah sesudah kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kami, kerana itu kami bertanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, sebagai menjawab Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berkata: 

“Sesungguhnya di kalangan ummatKu ada Al Mahdi. Ia akan muncul, dia akan hidup selama lima atau tujuh atau sembilan”. Zaidlah yang ragu. 

Berkata Abu Sa’id kami bertanya: 
“Apakah yang dimaksudkan lima, tujuh atau sembilan itu? 

“Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab, 
“Tahun”. 

Kemudian Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menceritakan: 
“Orang datang kepadanya seraya berkata: “Wahai Mahdi! Berikan kepada saya”. Maka dapat dia mengaut harta dengan tangan dan diisi ke dalam kain orang itu sebanyak yang termampu dibawanya”. 
(Hadith Tirmizi j.2 ms.45 Bab Kemunculan Mahdi)

10. Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas’ud katanya: 

“Ketika kami berada di samping Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tiba-tiba dalam beberapa orang anak muda dari Bani Hasyim. Bila mereka dilihat oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berlinanglah air matanya dan berubahlah air mukanya langsung kami bertanya, “Kami adalah ahli keluarga yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala pilih untuk kami akhirat melebihi dunia. Sesungguhnya ahli keluargaku nanti akan menghadapi berbagai-bagai ujian, pengusiran dan penghalauan sehingga datang dari pihak Timur bersama mereka bendera-bendera hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikan maka mereka berperang sehingga mendapat kemenangan lalu diberikan kepada mereka apa yang dahulu mereka minta tetapi mereka tidak mahu pula sampailah mereka berikan bendera itu kepada seorang pemuda dari keluargaku. Ia akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana mereka (penduduk dunia) memenuhinya dengan kezaliman. Sesiapa yang sempat bertemu dengan mereka maka hendaklah ia datang kepada kumpulan itu walaupun dalam keadaan mengengsot di atas salji.” 
(Sunan Ibnu Majah ms 299) 

11. Ibnu Majah juga meriwayatkan daripada Sayyidina Ali r.a. katanya, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

“Mahdi itu adalah dari ahli keluargaku. Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan melayakkannya hanya dalam satu malam.” 
(Sunan Ibnu Majah) Hadith riwayat Ibnu Majah ini juga dikemukakan oleh Tarmizi, Abu Daud dan Hakim. 

12. Hakim meriwayatkan dari Abu Hurairah katanya, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

“Nanti akan keluar seorang yang dipanggil “Sufyani” dari tengah Damsyik. Kebanyakan yang mengikut mereka ialah dari qabilah Kalb. Dia akan membunuh orang sehingga membelah perut perempuan dan membunuh kanak-kanak. Maka berhimpunlah qabilah Qais untuk menentang mereka. Qabilah Qais dikalahkan sehingga tidak tinggal seorang pun dari mereka. Ketika itu keluar seorang dari ahli rumahku di Harrah. Berita kemunculannya akan sampai kepada Sufyani maka Sufyani dan bala tenteranya pergi untuk menyerangnya. Di satu padang pasir mereka ditelan oleh bumi dan tidak terselamat seorang pun dari mereka kecuali seorang yang menceritakan tentang mereka.” 
(Ini hadith sahih mengikut syarat Bukhari dan Muslim tetapi mereka berdua tidak mengemukakan di dalam kitab masing-masing) (Mustadrak Hakim j.4 ms 250)

13. Hakim meriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. katanya, 

“Akan berlaku fitnah yang mana daripada fitnah itulah lahir seorang manusia sebagaimana lahirnya emas di lombong. Oleh itu janganlah kamu memaki penduduk Syam. Tetapi makilah orang-orang yang zalim dari mereka kerana di kalangan mereka ada Abdal. Allah akan melepaskan hujan ke atas mereka sehingga menenggelamkan mereka dan mereka menjadi lemah sehingga mereka dapat dikalahkan oleh musang-musang. Ketika itu Allah akan menghantarkan seorang dari keluarga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersama 12,000 tenteranya jika mereka sedikit dan 15,000 jika mereka banyak. Tanda atau alamat mereka ialah “amt-amt”. Mereka akan berperang di bawah 3 panji-panji dan dilawan oleh tentera-tentera di bawah 7 panji-panji. Setiap panglima yang memimpin tentera di bawah panji-panji itu tamakkan kerajaan. Mereka akan berperang kemudian akan dikalahkan. Kemudian Allah akan melahirkan seorang dari keturunan Bani Hasyim. Dengan itu Allah mengembalikan kemesraan kehidupan penuh nikmat kepada manusia. Mereka terus berada dalam keadaan itu sampailah keluar dajjal.” 
(Mustadrak Al-Haakim j.4 ms 553). 

Di dalam riwayat ini walaupun tidak disebutkan nama dengan jelas tetapi dari riwayat Sayyidina Ali r.a. juga dikemukakan oleh Abu Daud (j.2 ms.232) dan Tirmizi (j.2 ms.16) ada disebutkan nama atau gelaran orang yang diutuskan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala itu dengan jelas. 

14. Diriwayatkan oleh Muhammad bin Al Hanafiyyah katanya, 

“Kami pernah berada di samping Ali r.a. lalu ada seorang bertanya beliau tentang Al Mahdi. Maka Sayyidina Ali r.a. berkata, “Jauh.” Kemudian dia melipat jarinya 7 dan berkata, “dia akan keluar di akhir zaman ketika mana seorang yang berkata, “Allah! Allah!” dibunuh. Allah menghimpunkan satu golongan yang bertompokan seperti awan. Allah memesrakan di antara hati mereka. Mereka tidak takut dengan sesiapa dan tidak gembira dengan sesiapa pun. Dia masuk menemui mereka seramai bilangan ahli Badr. Orang-orang dahulu tidak mendahului mereka dan orang-orang kemudian tidak mendapat kedudukan mereka. Bilangan mereka juga seramai pengikut Thalut yang menyeberangi sungai bersamanya.” 
(Mustadrak Al-Hakim j.4 ms. 554)

15. Daripada Abu Sa’id Al Khudri katanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

“Qiamat tidak akan berlaku selagi bumi tidak dipenuhi dengan kekejaman dan kederhakaan. Kemudian keluar dari ahli rumahku orang yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana sebelumnya ia di penuhi dengan kezaliman dan kederhakaan.” 
(Mustadrak Hakim j.4 ms.557) 

Riwayat yang sama tersebut dalam Sunan Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah. Walaupun nama atau gelaran tidak tersebut dengan jelas namun ulamak hadith memasukkan hadith ini di bawah Bab Al Mahdi. Para pensyarah hadith juga mengatakan yang dimaksudkan dengan “orang itu” dalam hadith itu ialah “Al Mahdi.”

16. Diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al Khudri katanya, “Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

“Al Mahdi itu adalah dari kalangan kami Ahlul Bait”. Hidungnya mancung bongkok, dahinya luas. Dia akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana dunia sebelum itu dipenuhi dengan kezaliman dan kekejaman. Dia hidup selama (sambil) Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam membuka jari sebelah kiri dan dua jari sebelah kanan iaitu jari telunjuk dan jari tengah dan melipatkan jari daripadanya.” 
(Mustadrak Hakim j.4 ms.557)

17. Daripada Abu Sa’id Al Khudri katanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

“Bala akan menimpa umat ini sehingga seseorang tidak akan mendapati satu pun tempat perlindungan daripada kezaliman. Ketika itu Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menghantar seseorang dari keturunanku dari ahli rumahku. Allah s.w.t. akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana sebelum itu bumi telah dipenuhi dengan kezaliman dan kekejaman. Penghuni bumi dan penghuni langit senang dengannya. Langit tidak akan menahan titisannya sedikitpun melainkan akan dicurahnya melimpah ruah. Bumi tidak akan menahan sedikitpun airnya melainkan akan dikeluarkannya sehingga orang-orang yang hidup berkata, “Kalaulah orang-orang yang telah mati ada bersama mereka! Dia akan hidup selama 7 tahun atau 8 atau 9 tahun.”
(Musannaf Abdul Razak j.11 ms.372)

18. Diriwayatkan daripada Ibn Sirin daripada Abi Al Jalad katanya, 

“Fitnah akan berlaku kemudian akan disusuli oleh fitnah yang lain pula. Fitnah yang kemudian lebih hebat daripada sebelumnya, bagaikan cemeti disusuli mata pedang. Kemudian berlaku pula satu fitnah yang lain. Ketika itu tidak ada satu pun perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t. melainkan dihalalkan. Kemudian manusia akan berhimpun pada orang yang paling baik di antara mereka iaitu seorang yang tandanya akan datang kepadanya dengan mudah (dengan sendiri) ketika mana dia berada di rumahnya.” Perawi-perawi hadith ini semuanya tsiqah. 
(Musannnaf Abdul Razzak j.11 ms.372) 

19. Daripada Jaabir bin Abdillah katanya, 

“Ada seorang imam akan memimpim (di akhir zaman nanti). Dia tidak mengira (membilang) wang yang diberikan kepada orang ramai tetapi mengaut (wang untuk diberikan kepada mereka).” 
(Ibid j.11 ms.372) 

Hadith ini sahih. Maulana Habiburrahman A’zami di dalam hasyiahnya menulis bahawa hadith ini dikeluarkan oleh Al Bazzar dan Muslim daripada Abi Sa’id dan Jabir. Walaupun hadith ini mauquf tetapi ulamak hadith sepakat mengatakan sesuatu yang tidak dapat ditanggap dengan qias diceritakan oleh sahabat adalah menyamai hadith marfu’ atau dikira sebagai hadith marfu’ apalagi jika dilihat bahawa hadith ini ada diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al Khudri secara marfu’ juga kendatipun tidak disebutkan nama atau gelaran di dalam hadith tersebut tetapi tindakan Abdul Razzak, Muslim dan lain-lain memasukkan hadith ini dalam Bab Kemunculan Mahdi maka ia menunjukkan bahawa lafaz “Imam” yang dimaksudkan didalam hadith ini ialah Al Mahdi. 

20. Diriwayatkan daripada Ali bin Abdillah bin Abbas katanya, 

“Al Mahdi tidak akan muncul selagi tidak terbit sesuatu tanda bersama matahari.” (Ibid j.11 ms.373)

21. Abu Sa’id Al Khudri berkata bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

“Terimalah berita gembira denngan kedatangan Al Mahdi. Ia adalah dari Quraisy dari anak cucuku. Dia keluar ketika mana perselisihan di kalangan manusia berleluasa dan banyak gempa bumi berlaku. Dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana ia sebelum itu dipenuhi dengan kezaliman dan kekejaman. Penghuni bumi dan langit senang dengannya. Dia akan membahagikan-bahagikan harta dengan adil dan sama rata. Dia akan memenuhi hati manusia dengan rasa puas hati dan akan mengisi mereka dengan keadilan sehingga dia menyuruh orang yang menyeru, menyerukan, “Setiap yang ada hajat datanglah kepadaku.” Maka tidak ada yang datang melainkan seorang sahaja. Orang itu pun pergi meminta (sesuatu) darinya. Dia lantas berkata, “Pergilah kepada penjaga gedung untuk diberikan olehnya kepadamu.” Orang itu pun pergilah kepada penjaga gedung dan berkata, “Saya dihantar oleh Al Mahdi kepadamu untuk diberikan harta.” Penjaga gedung itu pun berkata, “Kautlah!” Orang itu pun terus mengaut tetapi tidak berdaya membawanya langsung ia meletakkan dan membawa sekadar yang termampu olehnya. Dia pun keluar. Setelah keluar dia menyesal dan berkata, “Akulah orang yang paling tamak dari ummat Muhammad ini. Semua orang dipanggil untuk mengambil harta tetapi tiada sesiapapun selainku mengambilnya. Maka dia mahu mengembalikannya kepada penjaga gedung harta yang diambilnya. Penjaga gedung itu pun berkata, “ Bila kami memberikan sesuatu kami tidak akan mengambilnya lagi.” Dia (Al Mahdi) hidup dalam keadaan ini selama 7 atau 8 atau 9 tahun dan tidak ada kelebihan lagi kehidupan sesudahnya.” 
(Mudtakhab Kanzul Ummal di tepi Musnad Imam Ahmad j.6 ms.29) 

22. Daripada Tsauban katanya, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

“Bila kamu lihat panji-panji hitam dari pihak Khurasan maka pergilah kepadanya kerana di situ ada Khalifah Allah Al Mahdi.” (Ibid j.5 ms.177)

23. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

“Sesudahku ada beberapa orang khalifah dan sesudah beberapa orang khalifah itu akan ada beberapa orang Amir, sesudah Amir itu akan ada beberapa orang Raja dan sesudah beberapa orang Raja itu akan ada beberapa orang Diktator. Kemudian akan keluar seorang dari ahli rumahku. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana ia sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman. Selepasnya akan memerintah seorang Qahthaaniy maka demi Tuhan yang mengutuskan daku dengan sebenar! Tidaklah ia kurang daripadanya (Al Mahdi).” 
(Ibid j.6 ms.300) 

24. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

“Seorang lelaki akan dibai’ahkan di antara Rukun dan Makam. Baitullah ini tidak akan dihalakan oleh sesiapa pun untuk berperang padanya. Bila manusia menganggap halal berperang padanya, maka semua akan binasa. Kemudian akan datang orang Habsyah, mereka semua akan merobohkan Baitullah ini sehingga tidak dapat dibangunkan lagi buat selama-lamanya. Merekalah yang mengeluarkan gedungnya.” (Ibid j.6 ms.32) 

25. Daripada Ali r.a. katanya, 

“Al Mahdi tidak akan muncul selagi sebahagian kamu tidak meludah ke muka sebahagian yang lain.” (Ibid j.6 ms.33)

26. Daripada Ali r.a katanya, 

“Bila keluar tentera Sufyaani di Kufah maka ia akan dihantar untuk mencari penduduk Khurasan dan orang-orang Khurasan yang akan keluar mencari Al Mahdi. Mereka akan bertemu dengan kumpulan yang menjulang panji-panji hitam dan bertemu dengan Al Hasyimi. Pasukan tentera itu akan dikepalai oleh Syu’ib bin Soleh. Peperangan di antara Hasyimi dan Sufyaani akan berlaku di pintu Istakhar dengan hebat sekali tetapi akhirnya kumpulan bendera hitam dapat mengalahkan tentera Sufyaani. Tentera Sufyaani akan cabut lari. Pada ketika itu ramai orang yang mencita-citakan Al Mahdi dan mereka mencarinya.” (Ibid j.6 ms33) 

27. Daripada Ali r.a. katanya, 

“Al Mahdi itu adalah seorang pemuda Quraisy yang berkulit putih kemerahan dan bertubuh kemas.” (Ibid j.6 ms.24) 

28. Daripada Ali r.a katanya, 

“Akan dihantar tentera ke Madinah. Mereka akan menangkap keluarga Nabi s.a.w. dan akan dibunuh ramai daripada lelaki dan perempuan Bani Hasyim. Ketika itu Al Mahdi dan Mubayyidh akan lari dari Madinah dan Mekah.” (Ibid j.6 ms.33)

29. Imam Ahmad, Tirmizi dan Nu’aim bin Hammad menukilkan dari Abu Hurairah katanya, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

“Akan keluar daripada Khurasan panji-panji hitam. Tidak ada satu apa pun akan dapat menahannya sampailah panji-panji itu dipacak diatas Ilya’.” (Al Hawi Li Al Fatawi j.2 ms.60) 

30. At Tabrani menukilkan di dalam Mu’jam Al Ausath daripada Ibnu Umar bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pernah memegang tangan Ali r.a. seraya berkata, 

“Akan keluar dari sulbi dia ini (dari keturunannya) seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan. Bila kamu lihat keadaan itu hendaklah kamu ikuti pemuda At Tamimi. Dia akan datang dari Timur dan dialah yang memegang bendera Al Mahdi.” (Ibid j.2 ms.62) 

31. Abu Nua’im meriwayatkan daripada Jaabir katanya, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

“Isa anak Maryam akan turun. Maka berkatalah pemimpin mereka, Al Mahdi, “Silalah menjadi imam sembahyang untuk kami!” tetapi Nabi Isa berkata, “Sesungguhnya sebahagian kamu adalah pemimpin kepada sebahagian yang lain (Baginda menyatakan begitu sebagai menyatakan penghormatan Allah kepada ummat ini)”. (Ibid j.2 ms.64)


32. Ibn Majah, Ar Ruyani, Ibn Khuzaimah, Abu ‘Awaanah, Haakim dan Abu Nua’im meriwayatkan daripada Abi Umamah katanya,

“Pernah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berucap di hadapan kami. Baginda menyebutkan dajjal dan juga bahawa Madinah akan menolak kekotoran daripadanya sebagaimana penyembur api menolak kotoran daripada besi, hari itu dipanggil hari pembersihan. Ummu Syarik bertanya “Di manakah oramg-orang Arab pada masa itu ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Mereka pada masa itu sedikit dan Imam mereka ialah Al Mahdi, seorang lelaki yang soleh. Sedang Imam mereka tampil ke hadapan untuk menjadi Imam sembahyang Subuh tiba-tiba turun kepada mereka Isa Ibn Maryam pada waktu subuh itu. Imam itu pun undur kebelakang supaya Isa tampil ke hadapan (untuk menjadi imam). Maka Isa pun meletakkan tangannya diantara dua belikat Imam itu kemudian berkata kepadanya, “Pergilah ke hadapan dan imamkanlah sembahyang kerana iqamat tadi untukmu. Maka Imam mereka itulah yang menjadi imam sembahyang kepada mereka”. (Ibid j.2 ms.65) 

33. Daraqutni menukilkan dalam sunannya daripada Muhammad bin Ali katanya, 

“Sesungguhnya Mahdi kita itu mempunyai dua tanda yang tidak pernah terjadi semenjak Allah s.w.t menjadikan langit dan bumi. Bulan gerhana pada malam pertama bulan Ramadhan kemudian matahari pula gerhana pada pertengahan bulan Ramadhan itu. Kedua-dua tanda ini tidak pernah berlaku semenjak Allah s.w.t. menjadikan langit dan bumi” (Sunan Ad Daraqutni j.2 ms.65)

34. Abu Nua’im meriwayatkan dari Abi Umamah katanya, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

“Di antara kamu dan orang-orang Rum akan berlaku 4 kali perdamaian. Pada kali keempatnya berlaku di tangan salah seorang daripada keluarga Hiraqlu. Perjanjian itu berterusan selama 7 tahun”. 

Ada seorang sahabat bertanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, 
“Wahai Rasulullah! Siapakah Imam orang ramai (orang Islam) pada hari itu?” 

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab, 
“Al Mahdi daripada anak cucuku. Dia berumur 40 tahun, mukanya bagai bintang yang bersinar-sinar, di pipi sebelah kanannya terdapat tahi lalat hitam, dia memakai dua jubah Qatwaniyyah bagaikan pemuda Bani Israel. Dia mengeluarkan gedung-gedung dan menakluk negeri-negeri syirik”. (Al Hawi Li Al Fatawi j.2 ms.66)

35. Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Muhammad bin Al Hanafiyyah katanya, 

“Akan keluar panji-panji hitam anak cucu Al Abbas. Kemudian keluar daripada Khurasan panji-panji hitam yang lain. Songkok mereka hitam, pakaian mereka putih. Mereka dipimpin oleh pemuda yang dipanggil Syua’ib bin Soleh daripada Bani Tamim. Mereka akan mengalahkan tentera Sufyaani sehinggalah sampai ke Baitulmaqdis. Dia meratakan jalan untuk kekuasaan Al Mahdi dan membantunya dengan 300 orang tentera daripada Syam. Jarak masa di antara keluarnya dengan masa ia menyerahkan kepimpinan kepada Al Mahdi ialah 72 bulan.” (Ibid j.2 ms.68) 

36. Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Alqamah katanya, 

“Akan keluar membawa panji-panji Al Mahdi seorang anak muda, nipis janggutnya, kuning warna kulitnya. Jika dia memerangi gunung akan bergoyanglah gunung hingga sampai ke Ilya’ (di Palestin).” (Ibid j.2 ms.68) 

37. Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Sayyidina Ali r.a. katanya, 

“Bendera-bendera akan keluar untuk memerangi tentera Sufyaani. Di kalangan mereka ada pemuda Bani Hasyim. Di tapak tangan kirinya ada tanda. Tenteranya diketuai oleh seorang dari Bani Tamim dipanggil Syua’ib bin Soleh. Dia akan mengalahkan tentera-tentera Sufyaani”. (Ibid j.2 ms.69)

38. Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud katanya, 

“Bila terhenti perdagangan dan jalan-jalan fitnah banyak berlaku, akan keluarlah 7 orang ulamak dari pelusuk dunia yang berlainan (tempatnya) dengan tidak berjanji. Setiap orang dari mereka dibai’ahkan oleh 300 dan belasan orang lelaki sehinggalah mereka berjumpa di Mekah. Maka bertemulah 7 orang itu. Sebahagian mereka bertanya kepada sebahagian yang lain,

“Apakah yang membuatkan kamu datang ke sini?”

Mereka berkata,

“Kami datang mencari orang yang sepatutnya fitnah-fitnah ini tenang di tangannya dan Konstantiniyyah akan ditaklukinya. Kami mengenalinya dengan namanya, nama ayahnya, nama ibunya dan tenteranya. Maka ketujuh orang ulamak itu bersepakat di atas perkara tersebut. 

Mereka pun mencarinya dan menemuinya di Mekah. Mereka berkata kepadanya, 
“Engkaulah fulan bin fulan?” 

Dia menjawab 
“Tidak; Bahkan saya adalah daripada Ansar”. 

Sehinggalah dia melepaskan diri dan lari daripada mereka. Tujuh orang ulamak itu pun menggambarkan sifat-sifatnya kepada orang-orang yang mengetahui tentangnya dan mengenalinya, maka dikatakan, 

“Itulah orang yang kamu cari! Dia sudah pergi ke Madinah”. 

Mereka pun pergi mencarinya di Madinah tetapi dia melarikan diri pula. Mereka datang pula ke Mekah mencarinya dan menemuinya lalu berkata, 

“Engkau fulan bin fulan?

Ibumu fulanah binti fulan? 

Padamu ada tanda begini….begini….engkau telah melarikan diri daripada kami sekali. Sekarang hulurkanlah tanganmu untuk kami berbai’ah denganmu.” Dia berkata, 

“Aku bukan orang yang kamu cari itu!

Sehingga ia melarikan diri daripada mereka. Mereka mencarinya semula di Madinah, dia pula datang ke Mekah. Kemudian mereka menemuinya di Mekah dekat Rukun dan Maqam. Mereka pun berkata kepadanya, 

“Engkaulah tangggung dosa kami dan darah-darah kami dipikul olehmu jika engkau tidak hulurkan tanganmu untuk kami berbai`ah denganmu. Ini tentera-tentera Sufayaani telahpun menghadap untuk mencari kita. Mereka dipimpin oleh seorang lelaki daripada Hiram”. 

Maka dia pun duduk di antara Rukun dan Makam Ibrahim serta menghulurkan tangan lalu dibai’ahkan kepadanya. Ketika itu Allah campakkan perasaan kasih sayang kepadanya di dalam hati manusia dan dia pun bersama golongan yang bagaikan singa-singa di waktu siang dan bagaikan rahib-rahib di waktu malam.” (Ibid j.2 ms.72)

39. Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Abi Thufail bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menggambarkan sifat Al Mahdi. Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menyebutkan bahawa terdapat sedikit kegagapan pada lidahnya. Bila dia terlambat untuk mengatakan sesuatu (kerana gagap) dia akan memukul peha dengan tangan kanannya. Namanya seperti namaku dan nama ayahnya seperti nama ayahku.
(ibid j.2 ms.73) 

40. Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Ali r.a. daripada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, 

“Mahdi itu adalah seorang daripada cucuku. Dia akan berperang mengikut sunnahku sebagaimana aku berperang mengikut wahyu”. 
(Ibid j.2 ms.74)



Terdapat segelintir umat Islam yang salah dalam membuat tafsiran dari Ulama Islam seperti Ibn Khaldun dan Dr. Muhammad Iqbal yang menolak kepercayaan tentang kemunculan Imam al-Mahdi.

Tidak terdapat keraguan bahawa terdapat juga umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang dikurniakan dengan ilham mimpi dan pemerhatian hati nurani tentang pengetahuan terhadap kemunculan Imam al-Mahdi di akhir zaman.

Walau bagaimanapun, kita harus meneliti dahulu setiap maklumat akhir zaman secara bijaksana dan hikmah, dan tiada paksaan untuk mana-mana individu dalam mempercayai tentang kemunculan Imam al-Mahdi di akhir zaman.

Harus diakui bahawa terdapat banyak keraguan dan kesamaran yang jelas terhadap bahan-bahan ilmiah di pasaran sekarang tentang kemunculan Imam al-Mahdi di akhir zaman.

Ia merupakan suatu 'kisah' dan bukan sepenuhnya terbit dari fakta yang sebenar. Apa yang sepatut dan seharusnya dikaji dan diteliti oleh setiap dari kita adalah petunjuk yang sahih dan benar yang terkandung dalam al-Quran & Hadis.

Dengan pendekatan menggunakan 2 sumber ini, kita mestilah bijak dalam membuat hubung kait dalam kehidupan kini yang kita huni di akhir zaman supaya dengan NUR dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala, kita dapat membuat gambaran yang sebenar tentang kehidupan yang kita huni sekarang dengan fasa-fasa kedatangan Imam al-Mahdi.

Subjek kemunculan Imam al-Mahdi adalah merupakan subjek terpenting di akhir zaman untuk dikaji dan diselidiki.

Di dalam data yang dikumpul dari 2 sumber ini (al-Quran & Hadis), ia memberi gambaran yang jelas tentang integrasi yang jelas terkandung tentang perkara-perkara yang penting yang akan berlaku di akhir zaman, iaitu kembalinya Isa a.s al-Masih yang benar, dan kemunculan agung yang hampir serentak oleh Imam al-Mahdi.

Harus diingati, dengan Kebijaksanaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah menciptakan Dajjal al-Massih yang palsu sebagai balasan terhadap orang-orang Yahudi yang kufur kepada-Nya.

Misi Dajjal al-Masih yang palsu tidak akan selesai selagi tiada seorang manusia yang mengistiharkan dirinya Al-Masih yang dijanjikan di Jerusalem.

Apa yang pasti, di saat kita bernafas sekarang ini, tidak akan berlaku lagi pengistiharan ini kerana misi Dajjal al-Masih yang palsu belum lagi selesai sepenuhnya.

Harus difahami bahawa hanya TINGGAL SATU sahaja lagi dari 4 misi-misi Dajjal al-Massih yang palsu sebelum berlaku pengistiharan agung itu. Antara misi yang sudah berjaya ialah memerdekakan Tanah Suci Jerusalem dari golongan bukan Yahudi (Gentiles), membawa pulang orang-orang Yahudi ke Tanah Suci Jerusalem setelah mereka disingkirkan Allah 2000 tahun lalu dan menubuhkan Negara Haram Israel.

Misi terakhir adalah menjadikan Negara Israel sebagai kuasa besar dunia (Zaman Emas sama seperti zaman Nabi Daud a.s & Nabi Sulaiman a.s) yang akan berlaku kurang 40 tahun lagi. Allah Maha Mengetahui. *rujuk Sea of Galilee.

Ketika berjaya melaksanakan keempat-empat misi tersebut, barulah Dajjal al-Masih yang palsu mengistiharkan dirinya al-Masih yang dijanjikan.Maka ketika inilah, saat yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam di akhir zaman iaitu ketibaan Imam al-Mahdi seperti yang terkandung dalam Hadis-Hadis berikut:

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 

Jika kamu semua melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk
(Hadis Riwayat Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Dunia tidak akan hilang (qiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluarga ku (keturunan ku) yang namanya sama dengan namaku
(Hadis Riwayat at Tarmizi)


Di dalam buku Jerusalem di dalam al Quran karya Sheikh Imran Hosein menyatakan bahawa sekarang ini, fasa Dajjal 'sehari sama seperti sebulan' hampir ke penghujungnya dan fasa Dajjal 'sehari sama seperti seminggu' akan muncul pada bila-bila masa sahaja.

Petunjuk yang jelas adalah jika kita ingin mengenalpasti dimanakah Dajjal berada adalah dengan melihat siapakah yang berkuasa di dunia sekarang ini.

Mungkin fasa 'sehari sama seperti setahun' itu kita dapat mengagaknya adalah Britain kerana mereka merupakan kuasa besar dunia sebelum Perang Dunia dan matawang Pound Sterling menjadi matawang utama dunia. 

Manakala, sudah tentunya dengan Nur dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala, kita akan dapati bahawa fasa 'sehari sama seperti sebulan' adalah Amerika Syarikat yang berkuasa selepas Perang Dunia dengan US Dollar menjadi matawang utama dunia. Untuk memindahkan Dajjal kepada negara fasa yang seterusnya iaitu 'sehari sama seperti seminggu', perang mesti 'diadakan' (iaitu Armageddon?) dan matawang baru mesti 'dicipta' (iaitu kemungkinan besar digital money / electronic money ada juga menyatakan dinar emas dan dirham perak akan kembali digunakan).

Petunjuk lain bahawa kita semakin hampir dengan fasa Dajjal 'sehari sama seperti seminggu' adalah kejatuhan matawang dunia negara fasa Dajjal 'sehari sama seperti sebulan' (US Dollar) dan hura-hara yang berlaku di negara-negara Arab kini yang bakal mencetuskan perang yang berterusan!

Persoalannya, adakah kita dapat menjejaki di manakah Dajjal ketika fasa 'sehari sama seperti seminggu'?

Setelah berakhirnya fasa Dajjal 'sehari sama seperti seminggu', barulah dunia akan menyaksikan kemunculan Dajjal al-Masih sebagai individu yang telah digambarkan oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di dunia yang nyata.

Ini menunjukkan saat-saat ketibaan Imam al-Mahdi semakin hampir yang masanya adalah sesingkat 'seminggu'. 

Ingatlah dalam sebuah hadis yang paling penting bagaimana Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah memberitahu bahawa apabila Dajjal dilepaskan di dunia, ia akan hidup di Bumi selama 40 hari.

Tanya kami; 
“Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, 

Jawab Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
“Selama 40 hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.

Tanya kami; 
“Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, 

Jawab Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
“Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya
(Hadis Riwayat Muslim)

Walaubagaimanapun, ketiga-tiga manusia agung ini (Nabi Isa a.s, Dajjal, Imam al-Mahdi) tidak akan muncul dalam tempoh 10 hingga 15 tahun lagi kerana beberapa faktor.

Pertama, Israel belum lagi meluaskan wilayah takluknya di Negara Arab seperti yang terkandung didalam Taurat (yang ditulis semula) menyatakan bahawa Tanah Suci Jerusalem menganjur dari Sungai Nil di Mesir hingga Sungai Euphrates di Iraq untuk membolehkan al-Masih memerintah Israel dan dunia. (Sekarang ini anda tahu apakah faktor berlakunya hura-hara di Tanah Arab?).

Kedua, Israel belum lagi menggantikan Amerika sebagai 'Superpower' dunia iaitu negara yang memerintah dunia sama seperti Britian dan Amerika.

Ketiga, tidak ada seorang pun orang Yahudi yang telah mengistiharkan dirinya adalah al-Masih yang dijanjikan untuk orang-orang Yahudi kerana 4 misi yang disebutkan tadi belum lagi dilunaskan.

Dan dengan semua petunjuk dan perkaitan yang dikemukakan inilah menunjukkan juga bahawa Imam al-Mahdi tidak akan muncul lagi dalam tempoh 10 hingga 15 tahun ini kerana (Allah Subhanahu Wa Ta'ala Maha Mengetahui) Imam al-Mahdi akan muncul disaat fasa Dajjal 'sehari sama seperti seminggu' telah berakhir.

Harus diingat bahawa kemunculan Imam al-Mahdi adalah selari dengan kembalinya Nabi Isa a.s ke dunia. Kalian tidak dipaksa untuk mempercayai semua ini dan berpeganglah kepada pendapat dan pegangan masing-masing untuk tempoh masa 3 atau 4 dekad dari sekarang.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 

Bagaimana keadaanmu jika Isa bin Maryam turun kepada kamu dan imammu (al-Mahdi) adalah diantara kamu;

Maka ketika ia (Dajjal) membuat seperti itu, tiba-tiba Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengutus Isa Ibnu Maryam, dia akan turun di menara Putih (Al-Mannaratul Baidha) yang terletak di timur Damsyik dengan memakai pakaian (pakaian dasar dan pakaian pelapis) yg dicelup dengan wangi-wangian yang berwarna kekuning-kuningan, sambil meletakkan dua telapak tangannya di atas sayap dua malaikat.

Apabila ia mengangguk-anggukan kepalanya,maka jatuhlah titisan air dan apabila ia mengangkat kepalanya,maka jatuhlah darinya butir-butir mutiara
(Hadis Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Demi Allah yang menggenggam jiwaku, tidak lama lagi Isa putra Maryam akan turun kepadamu sebagai hakim yang adil. Dia akan mematahkan salib, membunuh babi dan memansuhkan Cukai, dan (waktu itu) harta melimpah ruah, sehingga tidak ada seorang pun yang mau menerima zakatnya (zaman tiada seorang pun layak untuk menerima zakat), dan sehingga satu kali sujud (nilainya) lebih baik daripada dunia seisinya
(Hadis Riwayat Muslim)

Nabi Isa a.s al-Masih tidak akan kembali selagi mana Dajjal al-Masih belum lagi selesai menunaikan misi-misinya dan belum lagi membuat pengistiharannya sebagai al-Masih yang dijanjikan.

Dunia hanya mempunyai kurang dari 3 atau 4 dekad untuk menyaksikan peristiwa yang maha hebat ini. (*Google keadaan paras terkini Sea of Galilee).

Dengan kemunculan Nabi Isa a.s yang akan membunuh Dajjal dan memusnahkan Ya'juj dan Ma'juj. Maka setelah tamatnya fasa-fasa kemuculan Dajjal al-Masih yang palsu, Dunia akan ditadbir dibawah sistem Khalifah Islam (Nabi Isa a.s dan Imam al-Mahdi) yang berpusat di Tanah Suci Jerusalem / Baitulmaqdis dan mempunyai matawang dunia yang baru iaitu kembalinya penggunaan dinar emas dan dirham perak.

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

"Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya".
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)





Sebahagian dari tanda-tanda akhir zaman adalah dikatakan bahawa kepercayaan tentang adanya Dajjal dan Imam Mahdi memang memiliki dasar yang kuat dalam hadis-hadis, baik Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, dan lain-lain. Masalah Dajjal, turunnya Isa bin Maryam, dan Munculnya Al-Mahdi adalah berkaitan dengan tanda-tanda hari qiamat.

Bilanya terjadi saat itu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri tidak mengetahuinya, akan tetapi beliau banyak memberi gambaran tentang tanda-tanda saat itu supaya umatnya lebih bersedia dan membuat persiapan yang benar dan betul, di antaranya adalah kemunculan Dajjal, turunnya Isa a.s dan Al-Mahdi.

Hudhaifa b. Usaid Ghifari meriwayatkan, Rasulullah mengatakan hari qiamat tidak akan datang sehingga muncul 10 tanda dan beliau menyebutkan : munculnya asap, Dajjal, makhluk melata, terbitnya matahari dari barat, turunnya Isa bin Maryam as, Ya'juj Ma'juj, retakan tanah di tiga tempat, Barat, Timur dan di Arabia.
(Hadis Riwayat Muslim, kitab Al-Fitan)

Imam Mahdi dan Isa bin Maryam

Berkaitan dengan Imam Mahdi & Isa bin Maryam as, pelbagai riwayat menunjukkan sebagai berikut : Imam Mahdi tidaklah sama dengan Isa as.

Imam Mahdi bukanlah Isa bin Maryam, tetapi orang lain. Imam Mahdi akan turun dari kalangan Ahlul Bait (keturunan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam).

Hal ini berdasarkan berbagai hadis Abu Daud, Trimidzi, Ahmad, Al-Hakim, dan lain-lain.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 

"Meskipun waktu yang tersisa untuk dunia tinggal hanya SEHARI (sebelum Hari Pembalasan), Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan memperpanjang hari itu, untuk memberi seorang raja dari Ahlul Baitku yang akan dipanggil dengan namaku. Dan dia akan mengisi dunia dengan kedamaian dan keadilan setelah sebelumnya penuh dengan kezaliman dan tirani".
(Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzi, Ahmad, Hakim dan lain-lain)

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Al-Mahdi adalah dari kita, anggota Ahlul-Bait"
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Al-Mahdi adalah dari keluargaku, keturunan Fatimah"
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibn Majah, al-Baihaqi)

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 

"Kami Bani Abdul Mutalib adalah pemimpin dari penghuni syurga, iaitu aku sendiri (Rasulullah), Hamzah, Ali, Ja'far, Hasan, Husain, dan Al-Mahdi"
(Hadis Riwayat Ibn Majah dan Hakim)

Nama Imam al-Mahdi adalah sama dengan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, iaitu Muhammad Bin Abdullah.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Dunia tidak akan hancur, hingga muncul seseorang di kalangan Arab yang namanya sama dengan namaku"
(Hadis Riwayat Tarmidzi)

Sebahagian riwayat menyatakan Al-Mahdi keturunan al-Hasan, sedang riwayat lain dari al-Husain.

Imam Mahdi akan membawa kedamaian, keadilan dan sangat dermawan. Setelah sebelumnya terdapat berbagai kesulitan dan kezaliman. Masa kepemimpinan Al-Mahdi antara 7 - 9 tahun.

Sebagaimana hadis di atas, juga disebutkan di antaranya:

Dia membahagi-bahagikan harta dengan adil. Dia akan menghapus segala macam cukai, dan menyeru ke jalan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan pedang (dengan tegas). Siapa yang mengikuti seruannya selamat dan siapa yang membangkang akan dibunuh. Dia menghukum dengan hukum agama yang murni.

Dari Jabir Ibn Abdillah., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Akan datang di akhir waktu seorang khalifah yang akan berkongsi banyak harta kepada orang-orang tanpa perhitungan"
(Hadis Riwayat Muslim)

Syekh Al-Akbar Muhyiddin Ibn ‘Arabi, di dalam salah satu karya utamanya, Futuhat Al-Makkiyyah mengatakan, “Ketahuilah bahwa Al-Mahdi itu pasti keluar, namun ia tidak akan keluar kecuali apabila dunia sudah penuh dengan kezaliman dan dialah yang akan melenyapkan kezaliman itu dan menggantikannya dengan keadilan”

"Di akhir zaman (sekarang), umatku akan mengalami masalah yang sangat berat yang belum pernah terjadi, sehingga manusia tidak dapat mencari jalan keluar. Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta'ala memunculkan seorang dari Ahlul Baitku, yang akan mengisi dunia dengan keadilan setelah sebelumnya dipenuh kezaliman. Penghuni bumi dan langit akan mencintainya. langit akan menurunkan air di mana pun, dan bumi akan memberi apa yang diperlukan dan akan mencari hijau di mana pun".
(Hadis Riwayat Hakim dan Haitami)

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Al-Mahdi akan muncul dalam umatku. Dia akan muncul selama sedikitnya 7 tahun dan paling banyak 9 tahun. Umatku akan mengalami perasaan yang tidak dialami sebelumnya. Akan terjadi limpahan makanan, yang tidak perlu disimpan sama sekali, harta pada saat itu berlimpah, sehingga jika seorang manusia meminta Mahdi, dia akan berkata: "Ini, ambil" 
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Isa bin Maryam akan muncul dan solat bersama Al-Mahdi. 

Di beberapa riwayat, yang menjadi imam adalah Al-Mahdi.

Jabir Ibn Abdillah al-Ansari r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 

"Suatu kelompok dari umatku akan berperang untuk kebenaran hingga mendekati hari qiamat ketika Isa bin Maryam akan turun, dan pemimpin mereka akan meminta dia untuk mengimami solat, tetapi Isa menolak dan berkata: 

"Tidak, sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah menjadikan pemimpin untuk lainnya dan Dia memberikan rahmatnya kepada mereka".
(Hadis Riwayat Muslim, Ahmad, dan lain-lain)

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Bagaimana keadaanmu jika Isa bin Maryam turun kepada kamu dan imammu adalah diantara kamu"
(Hadis Riwayat Bukhari)

Ibn Hajar menyatakan :

"Imam Mahdi adalah dari umat ini, dan Isa as turun dan solat di belakangnya".
(Fathul Bari, syarah riwayat Bukhari)

Ibn Hajar dalam Al-Sawaiq, mengambil Abu al-Husain al-Ajiri : Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah diriwayatkan melalui banyak rantai yang melebihi darjat mutawatir bahawa dia (Al-Mahdi) adalah Ahlul Baitnya, akan mengisi dunia dengan kebaikan, dan Isa bin Maryam akan turun pada saat itu dan dia (Al-Mahdi) akan membantu Isa membunuh Dajjal di Palestin (Jerusalem) dan dia (Al-Mahdi) akan memimpin dunia dan Isa akan solat di belakangnya.

Sehubungan dengan Al-Mahdi, Al-Sayid Sabiq, ulama Ikhwanul Muslimin dalam Al- 'Aqa'id al-Islamiyyah, menyatakan : " Gagasan mengenai Al-Mahdi adalah betul-betul sah, dan itu adalah salah satu keyakinan Islam yang harus dipercayai"

Fatwa yang diberikan di Mekkah oleh Rabitatul 'Alamil Islami) on Oct. 11, 1976 (23 Shawwal 1396), menyatakan : Para hafidz (penghafal hadis) dan Ulama hadis telah mengesahkan bahawa terdapat hadis sahih dan hasan mengenai Al-Mahdi. Kebanyakan hadis-hadis ini melalui banyak rawi (mutawatir). Tidak diragukan bahawa kedudukan riwayat ini adalah sahih dan mutawatir. Dan bahawa kepercayaan akan Al-Mahdi adalah salah satu kepercayaan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Hanya orang tidak tahu Sunnah dan pembuat bid'ah yang menolaknya.

Dajjal

Menurut berbagai riwayat, Dajjal akan muncul di akhir zaman dan berbuat berbagai kerosakan.

Ciri-ciri Dajjal menurut Sahih Muslim (Kitab Al-Fitan) adalah :

1- memiliki satu mata pembohong, mata kanannya buta (mata hati)

2- dahinya tertuli K-F-R (kafir), di mana setiap Muslim yang beriman dapat melihatnya

3- akan membawa air dan api, di mana air berasa api, sedang api berasa air dalam versi lain, membawa (gambaran) syurga dan neraka, syurga yang dibawa ternyata neraka dan sebaliknya.(fahaminya secara metafora/majaz)

4- Dan lain-lain tanda menurut hadis-hadis

Dajjal berbuat berbuat pelbagai kerosakan terhadap kaum Mukminin, sehingga dinyatakan oleh hadis :

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy r.a., beliau berkata; Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda:

"Sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menjaga orang-orang mukmin”
(Hadis Riwayat Muslim)

Begitu beratnya bencana Dajjal, sehingga kita disunahkan membaca doa dalam setiap solat (sesudah tahiyat Akhir) :

"..Allahumma inni a'udzubika min 'adzabi jahanam, wamin 'adzabil qabri, wamin fitnatil mahya wal mamaati, wa min syarri fitnatil masihid-dajjal.."

"Ya Allah, sungguh kami berlindung dari adzab neraka jahanam, adzab kubur, fitnah hidup dan mati, serta dari buruknya bencana Dajjal"
(Hadis Riwayat Al-Jamaah, kecuali Bukhari)

Imam al-Mahdi: Keturunan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dari TIMUR! “The Man From East”

Imam Mahdi berasal dari keturunan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, dari Puteri Fatima r.a.. Datuknya adalah Husain bin Ali r.a. dan ayahnya adalah Imam Hasan Al-Askari bin Ali Al-Naqi bin Muhammad Al-Taqi bin Imam Ali Al-Ridha bin Imam Musa Al-Kazhim bin Imam Ja’far Al-Shadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Imam Ali Zainal Abidin bin Imam Husain bin Imam Ali bin Abi Thalib r.a..

Namanya sama dengan nama Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Dia dibai'at oleh kaum Muslimin di antara Rukun dan Maqam (keduanya ada di dalam lingkungan Masjidil Haram, Makkah). Rupanya mirip dengan rupa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. 

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam: 
Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam.

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:
Pembawa bendera Al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari TIMUR

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:
Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu Al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan Al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 
Daripada al-Hasan, bahawa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari TIMUR. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya.

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah TIMUR yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun.Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam: Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah Al-Mahdi.

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam: 
Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah TIMUR, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk Al-Mahdi,yakin pemerintahnya.

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:
Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah Al-Mahdi.

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:
Orang ramai daripada TIMUR akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada Al-Mahdi.

Kesemua Kompilasi Hadis Sahih (Hr. Ibnu Majah/Abu Nuaim/Al-Hakim/At-Tarmizi/Abu Daud/An-Nasaai/Al-Baihaqi/Al-Husin)

Bersabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:

INDEX 1) 
“Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki.

INDEX 2) 
Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa’-ur-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki.

INDEX 3) 
Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki.

INDEX 4) 
Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki.

INDEX 5) 
Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa Alaihis Sallam) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam.” 
(Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam sejarah pemerintahan Khilafah Islam sehingga hari ini, pemerintah Islam di bawah institusi Khilafah Islamiah pernah dipimpin oleh 104 khalifah. Mereka (para khalifah) terdiri daripada 5 orang Khalifah dari Khulafa' Rasyidin, 14 Khalifah dari dinasti Umayyah, 18 Khalifah dari dinasti ‘Abbasiyyah, diikuti dari Bani Buwaih 8 orang khalifah, dan dari Bani Saljuk 11 orang khalifah.

Dari sini pusat pemerintahan dipindahkan ke Kaherah, yang dilanjutkan oleh 18 orang Khalifah. Setelah itu Khalifah berpindah kepada Bani Uthman (Uthmaniyyah).

Dari Bani ini terdapat 30 orang Khalifah. Umat masih mengetahui nama-nama para Khulafa' Rasyidin dibandingkan dengan yang lain.

Walaupun mereka juga tidak lupa dengan Khalifah ‘Umar bin ‘Abd al-’Aziz, Harun ar-Rasyid, Sultan ‘Abdul Majid, Sultan Muhammad al-Fateh serta khalifah-khalifah yang masyhur dalam sejarah.



PANJI AL-LIWA (BENDERA PUTIH)

Sebelum kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, sejarah Nabi Adam a.s hingga Nabi Isa a.s bahawasanya mereka-mereka ini diutuskan sebagai mewakili zaman-zaman dimana manusia (umatnya) hilang petunjuk dan kebenaran untuk mengenal Pencipta.

Tidak ramai dari kita yang sedar bahawa kita telah ditipu oleh Darwin dan ahli falsafah Barat yang menyatakan permulaan dunia ini bermula dengan zaman paleolitik, mesolitik, neolitik dan logam.

Semua ini adalah suatu PEMBOHONGAN.! Saudaraku sekalian, untuk melihat setiap zaman yang wujud di dunia ini dari kaca mata Islam, lihat kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul yang diutuskan kepada mereka. Adam a.s adalah manusia pertama.

Binaan pertama adalah Kaabah. Qabil dan Habil sudah tahu menutup auratnya. Ini adalah petanda bahawa manusia terawal sudah tahu membuat perkara-perkara asas dalam kehidupan mereka untuk survival.

Adakah mereka-mereka ini dikatakan orang-orang gua yang tidak berilmu dan berkain?

Selepas Adam a.s, diutuskan Idris a.s hinggalah kepada Isa a.s, setiap mereka mempunyai umat mereka sendiri dan sebab mereka diutuskan tidak lain tidak bukan adalah untuk memberi petunjuk kebenaran kepada umat mereka yang telah melupakan tuhan setelah mereka menikmati sedikit kemewahan & kemajuan yang mereka kecapi, sehingga mereka sanggup menolak utusan Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang menyebabkan mereka telah ditimpa bala yang maha dahsyat sehinggakan kita menganggap bahawa mereka tidak tahu membina dan mencipta sesuatu pun serta menetap di dalam gua.

Al Quran adalah pegangan kita, satu-satu buku panduan yang menceritakan perkara yang lepas, yang sedang dan yang akan berlaku. Sebuah manual yang hebat dari Allah untuk umat manusia.

Ahli fisolofi Barat tidak wujud ketika zaman-zaman-litik itu, mana mungkin mereka boleh membuat andaian tersebut tanpa adalah satu panduan yang tepat.

Mereka hanya menggunakan akal dan daya pemikiran seseorang manusia yang selalu membuat kesilapan atas andaian logika berdasarkan beberapa penemuan arkeologi. Lihat, fikir dan amati di dalam hati, nescaya, mata hati kita sedikit demi sedikit akan terbuka. InshaAllah.

Sebuah hadith menyatakan bahawa zaman umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah dibahagikan kepada 5 bahagian/fasa mengikut kerangka masa tertentu:

“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit (Mulkan ‘Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya."

“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah).”

“Kemudian beliau (Nabi) diam”.
(Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Huzaifah)

Menerusi hadith ini, marilah kita sama-sama mengimbau kembali sejarah khilafah dan khalifah Islam bermula dari zaman Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Fasa Pertama) hinggalah pada zaman kita dilahirkan sekarang ini (Fasa Keempat).

A) Fasa Pertama:
Masa Kenabian.(Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam)
Kota Madinah + Matawang Dinar dan Dirham

1) Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam - 
Dakwah di Makkah 13 tahun & Madinah 10 tahun = 23 tahun. (570 M - 632 M)

B) Fasa Kedua:
Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khulafa' Rasyidin)
Kota Madinah + Matawang Dinar dan Dirham


Taklukan Khalifah Islam Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar)

2) Saidina Abu Bakar, 632-634 M
3) Saidina Umar Al-Khatab, (Umar І) 634-644 M
4) Saidina Uthman Affan, 644-656 M
5) Saidina Ali Abi Talib, 656-661 M

Setelah mereka, khalifah berpindah ke tangan Bani Umayyah yang berlangsung selama lebih dari 89 tahun. Khalifah pertama adalah Mu’awiyyah. Sedangkan khalifah terakhir adalah Marwan bin Muhammad bin Marwan bin Hakam. Masa kekuasaan mereka sebagai berikut:

C) Fasa Ketiga:
Kerajaan yang Mengigit* (Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniyyah)

*Mengigit: menyerahkan kuasa pemerintahan kepada keturunan mereka. +Dinar/Dirham

# Khalifah Umayyah (661 M - 1031 M)


Peta Jajahan Takluk Khilafah Islam Umayyah.

(Afghanistan, Algeria, Andorra, Armenia, Azerbaijan, Bahrain, China, Cyprus, Egypt, France, Georgia, Gibraltar(UK), India, Iran, Iraq, Israel, Jordan, Kazakhstan, Kuwait, Kyrgyzstan, Lebanon, Libya, Mauritania, Morocco, Oman, Pakistan, Palestine, Portugal, Qatar, Russia, Saudi Arabia, Sudan, Spain, Syria, Tajikistan, Tunisia, Turkey, Turkmenistan, United Arab Emirates, Uzbekistan, Yemen & Western Sahara)

Panji Khilafah Umayyah

Khalifah Umayyah di Damascus

6) Muawiyah I ibn Abi Sufyan, 661 M – 680 M
7) Yazid I ibn Muawiyah, 680 M – 683 M
8) Muawiyah II ibn Yazid, 683 M – 684 M
9) Marwan I ibn al-Ḥakam, 684 M – 685 M
10) Abd al-Malik ibn Marwan, 685 M – 705 M
11) al-Walid I ibn Abd al-Malik, 705 M – 715 M
12) Suleiman ibn Abd al-Malik, 715 M – 718 M
13) Umar ibn Abd al-Aziz, 717 M – 720 M (The Best King)
14) Yazid II ibn Abd al-Malik, 720 M – 724 M
15) Hisham ibn Abd al-Malik, 724 M – 743 M
16) al-Walid II ibn Yazid II, 743 M – 744 M
17) Yazid III ibn al-Walid, 744 M
18) Ibrahim ibn al-Walid, 744 M
19) Marwan II ibn Muhammad (ruled from Harran in the Jazira) 744 M – 750 M

Emir Umayyah di Cordoba

20) Abd ar-Rahman I, 756 M – 788 M
21) Hisham I, 788 M – 796 M
22) al-Hakam I, 796 M – 822 M
23) Abd ar-Rahman II, 822 M – 852 M
24) Muhammad I of Córdoba, 852 M – 886 M
25) Al-Mundhir, 886 M – 888 M
26) Abdallah ibn Muhammad 888 M – 912 M
27) Abd ar-Rahman III, 912 M – 929 M

Khalifah Umayyah di Cordoba

28) Abd ar-Rahman III, as caliph, 929 M – 961 M
29) Al-Hakam II, 961 M – 976 M
30) Hisham II, 976 M – 1008 M
31) Mohammed II, 1008 M – 1009 M
32) Suleiman, 1009 M – 1010 M
33) Hisham II, restored, 1010 M – 1012 M
34) Suleiman, restored, 1012 M – 1017 M
35) Abd ar-Rahman IV, 1021 M – 1022 M
36) Abd ar-Rahman V, 1022 M – 1023 M
37) Muhammad III, 1023 M – 1024 M
38) Hisham III 1027 M – 1031 M

# Khalifah Abbasiyah (750 M – 1258 M & 1261 M -1513 M)



Peta Jajahan Takluk Khilafah Islam Abassiyah.

(Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Bahrain, Cyprus, Egypt, France, Georgia, Greece, Iran, Iraq, Israel, Italy, Jordan, Kazakhstan, Kuwait, Kyrgyzstan, Lebanon, Libya, Malta, Morocco, Oman, Pakistan, Palestine, Portugal, Qatar, Russia, Saudi Arabia, Spain, Syria, Tajikistan, Tunisia, Turkey, Turkmenistan, United Arab Emirates, Uzbekistan & Yemen)




Panji Khilafah Abbasiyah.

Khalifah Abbasiyah di Baghdad

39) Abu al-Abbas al-Saffah, 750 M - 154 M
40) Abu Ja'far al-Manshur, 754 M – 775 M
41) Al-Mahdi, 775 M – 785 M
42) Musa al-Hadi, 785 M – 786 M
43) Harun ar-Rasyid, 786 M – 809 M
44) Al-Amin, 809 M – 813 M
45) Abdullah al-Makmun, 813 M – 833 M
46) Al-Mu'tashim Billah, 833 M – 842 M
47) Al-Watsiq, 842 M – 847 M
48) Al-Mutawakkil, 847 M – 861 M
49) Al-Muntashir, 861 M – 862 M
50) Al-Musta'in, 862 M – 866 M
51) Al-Mu'taz, 866 M – 869 M
52) Al-Muhtadi, 869 M – 870 M
53) Al-Mu'tamid, 870 M – 892 M
54) Al-Mu'tadhidh, 892 M – 902 M
55) Al-Mu'tafi, 902 M – 908 M
56) Al-Muqtadir, 908 M – 932 M
57) Al-Qahir, 932 M – 934 M
58) Al-Radhi, 934 M – 940 M
59) Al-Muttaqi, 940 M – 944 M
60) Al-Mustakfi, 944 M – 946 M
61) Al-Muthi'ilah, 946 M – 974 M
62) Al-Ta'i, 974 M – 991 M
63) Al-Qadir, 991 M – 1031 M
64) Al-Qayyim, 1031 M – 1075 M
65) Al-Muqtadi, 1075 M – 1094 M
66) Al-Mustazhir, 1094 M – 1118 M
67) Al-Mustarsyid, 1118 M – 1135 M
68) Ar-Rasyid, 1135 M – 1136 M
69) Al-Muktafi, 1136 M – 1160 M
70) Al-Mustanjid, 1160 M – 1170 M
71) Al-Mustadhi, 1170 M – 1180 M
72) An-Nashir, 1180 M – 1225 M
73) Azh-Zhahir, 1225 M – 1226 M
74) Al-Mustanshir, 1226 M – 1242 M
75)Al-Musta'shim, 1242 M – 1258 M

Khalifah Abbasiyah di Kaherah

76) Al-Mustansir, 1261 M – 1262 M
77) Al-Hakim I (Cairo), 1262 M – 1302 M
78) Al-Mustakfi I of Cairo, 1303 M – 1340 M
79) Al-Wathiq I, 1340 M – 1341 M
80) Al-Hakim II, 1341 M – 1352 M
81) Al-Mu'tadid I, 1352 M – 1362 M
82) Al-Mutawakkil I, 1362 M – 1383 M
83) Al-Wathiq II, 1383 M – 1386 M
84) Al-Mu'tasim, 1386 M – 1389 M
85) Al-Mutawakkil I (restored), 1389 M – 1406 M
86) Al-Musta'in, 1406 M – 1414 M
87) Al-Mu'tadid II, 1414 M – 1441 M
88) Al-Mustakfi II, 1441 M – 1451 M
89) Al-Qa'im, 1451 M – 1455 M
90) Al-Mustanjid, 1455 M – 1479 M91) Al-Mutawakkil II, 1479 M – 1497 M
92) Al-Mustamsik, 1497 M – 1508 M
93) Al-Mutawakkil III, 1508 M – 1517 M

#Khalifah Uthmaniyyah (1299–1923) 


Peta Jajahan Takluk Khilafah Islam Uthmaniyyah

(Seljuk Sultanate of Rûm, Eastern Roman Empire, Empire of Trebizond, Despotate of the Morea, Despotate of Epirus, Duchy of the Archipelago, Karamanoğlu, Second Bulgarian Empire, Serbian Despotate, Mamluk Sultanate, Kingdom of Hungary, Algeria and Tunis, Turkey, Hellenic Republic, Kingdom of Egypt, Bosnia and Herzegovina, Serbia, Albania, Kingdom of Romania, Bulgaria, British Cyprus, British Mesopotamia, British Palestine, French Algeria, French Tunisia, French Syria & Italian North Africa)



Panji Khilafah Uthmaniyyah.

Khalifah Uthmaniyyah

94) Uthman I, 1281 M - 1326 M
95) Orhan I, 1326 M - 1359 M
96) Murad I, 1359 M - 1389 M
97) Bayezid I, 1389 M - 1402 M
98) Interregnum 1402 M - 1413 M 
99) Mehmed I, 1413 M - 1421 M
100) Murad II, 1421 M - 1444 M
101) Mehmed II, 1444 M - 1445 M (Sultan Muhammad al-Fateh)
102) Murad II, 1445 M - 1451 M
103) Mehmed II, 1451M - 1481 M (Conquered Constantinople in 1453)
104) Beyazid II, 1481 M - 1512 M
105) Selim I, 1512 M - 1520 M
106) Suleiman I, 1520 M - 1566 M
107) Selim II, 1566 M - 1574 M
108) Murad III, 1574 M - 1595 M
109) Mehmed III, 1595 M - 1603 M
110) Ahmed I, 1603 M - 1617 M
111) Mustafa I, 1617 M - 1618 M
112) Uthman II, 1618 M - 1622 M
113) Mustafa I, 1622 M - 1623 M
114) Murad IV, 1623 M - 1640 M
115) Ibrahim I, 1640 M - 1648 M
116) Mehmed IV, 1648 M - 1687 M
117) Suleiman II, 1687 M - 1691 M
118) Ahmed II, 1691 M - 1695 M
119) Mustafa II, 1695 M - 1703 M
120) Ahmed III, 1703 - 1730 M
121) Mahmud I, 1730 M - 1754 M
122) Uthman III, 1754 M - 1757 M
123) Mustafa III, 1757 M - 1774 M
124) Abd-ul-Hamid I, 1774 M - 1789 M
125) Selim III, 1789 M - 1807 M
126) Mustafa IV, 1807 M - 1808 M 
127) Mahmud II, 1808 M - 1839 M
128) Abd-ul-Mejid I, 1839 M - 1861 M
129) Abd-ul-Aziz, 1861 M - 1876 M
130) Murad V, 1876 M
131) Abd-ul-Hamid II, 1876 M - 1909 M
132) Mehmed V (Reşad), 1909 M - 1918 M
133) Mehmed VI (Vahideddin), 1918 M - 1922 M
134) Abd-ul-Mejid II, 1922 M - 1924 M (Last Caliphs of Ottoman)



Sultan Abdul Hamid II,Khalifah Uthmaniyah terakhir

3rd March 1924, 

Sistem pemerintahan Khilafah Islamiah dimusnahkan oleh musuh-musuh Islam yang bertopengkan Islam






D) Fasa keempat : 

Kerajaan yang Menyombong (Negara Bangsa Yang Merdeka) [1924-20**] +Matawang Kertas Berasaskan RIBA'. 



Negara-negara Bangsa Hari Ini

Selepas Perang Dunia Pertama, Khilafah Islam terakhir Turki Ottoman telah dihapuskan oleh British pada 1924.

Bermula dari itu, Khilafah Islam Turki Ottoman berpecah dan negara-negara Islam baru terbentuk satu per satu hasil dari pepecahan tersebut.

Maka terbentuklah kemerdekaan untuk setiap negara yang berpecah dari sistem Khalifah Islam Turki Ottoman seperti Di (Tanah Arab) Arab Saudi, Palestin, Jordan, Lebanon, Syria, Iraq, Iran, Bahrain, Qatar, Kuwait, UAE, Oman & Yemen. Di (Afrika) Morocco, Algeria, Tunisia, Libya, Sudan, Mesir, Ethiopia.

Di (Eropah Timur) Andorra, Armenia, Azerbaijan, Cyprus, Georgia, Gibraltar (UK), Kazakhstan, Kyrgyzstan, Mauritania, Tajikistan, Turkey, Turkmenistan, Uzbekistan & Western Sahara. Di (Asia Selatan) Pakistan, Afghanistan, Wilayah Kashmir, Maldives.

Di zaman ini, Pemerintah Islam yang menjalankan pemerintahan Islam di sesebuah negara tidak lagi dipanggil Khalifah atau Emir dan pusat pemerintahan mereka tidak lagi dipanggil Khilafah kerana mereka tidak lagi berdaulat di bawah satu panji, tidak lagi berada di bawah satu Emir/Khalifah & tidak lagi berlaku pemusatan kuasa oleh sistem Khilafah.

Lihatlah kuasa yang memerintah Arab Saudi (Wahabi Nation), kuasa yang mengikis Islam di Turki (Islam Secular of Young Turks), kuasa yang mengugat perpaduan Islam di Iran (Syiah Nation) & kuasa yang menangkis suara Ikhwanul Muslimin/Azhar University di Mesir (Anwar Sadat, Ghamal Nasir & Hosni Mubarak).

Tak lupa Malaysia kita yang dihadiahkan oleh British sedang mereka (British) mentertawakan kita semua semasa perkataan 'Merdeka' dilaungkan penuh semangat pada 31 Ogos. Percayalah.


Hakikat yang setiap umat Islam perlu tahu bahawa ini semua berlaku sewaktu Dajjal berada di dalam dimensi masa sehari sama seperti setahun. (rujuk artikel terdahulu fasa kedatangan Dajjal). 

Dajjal berjaya memisahkan kekuasaan Islam kepada wilayah berasingan yang mempunyai bendera dan sempadan mewujudkan negara bangsa. 

Ia menyebabkan berlakunya sifat kebangsaan hasil dari persempadanan (bangsa) dan menghakis sifat kekhalifahan (agama) dan akhirnya setiap negara yang wujud menampakkan seolah-olah mereka menyombong antara satu sama lain. Zaman inilah dinamakan Zaman Kerajaan Menyombong. 

Zaman ini telah bermula dan sedang dihuni oleh kita pada hari ini dan akan berakhir tidak lama lagi. Ya ! tidak lama lagi ! Allahu A'lam. 

Di zaman ke-empat ini lah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan umatnya akan menghadapi satu fitnah yang besar yang tidak pernah ditimpa oleh umat-umat lain dan terdahulu. Itulah fitnah al-Masih ad-Dajjal. 

Ini kerana, di zaman ini lah merupakan peringkat terakhir Dajjal mencari pengikut-pengikutnya ke Neraka kerana ia tidak mungkin berlaku pada zaman ke-lima kerana Islam sudah kembali ke puncak setelah Taghut ditewaskan.


Tanah Arab dipecah-pecah menjadi wilayah yang akhirnya menjadi negara-negara bangsa

Maka bermula pada 1924, Zaman ini yang kita semua huni ini semakin terkehadapan dan semakin maju dengan pencapaian demi pencapaian dalam segala bidang yang dilakukan sehingga kehebatannya mengatasi zaman-zaman dan umat-umat terdahulu.

Inilah zaman yang dikenali sebagai zaman Moden. Islamic Eschatology menamakan ia sebagai Tamadun Ya'juj dan Ma'juj. Untuk memudahkan anda semua dalam memberi kefahaman Dajjal dan Ya'juj dan Ma'juj, ialah Dajjal boleh diibaratkan sebagai 'Manager' dan Ya'juj dan Ma'juj adalah 'employee' kepada Dajjal.

Untuk menanti kehadiran Dajjal setelah Sea of Galilee kering, kerja-kerja menyediakan tapak pemerintahan Dajjal diserahkan kepada Ya'juj dan Ma'juj.

Sekarang, ramai yang sudah mengerti asasnya bukan? tapak pemerintahan Dajjal adalah terletak di Jerusalem dan disitu terletak negara Islam Palestin.

Untuk membolehkan Dajjal memerintah dari 'throne' Nabi Daud a.s dan Nabi Sulaiman a.s, maka Negara Islam Palestin mesti dihapuskan, Siapakan yang menghapuskannya? mereka adalah Zionist International.

Dan sekarang, makin ramai yang sudah mengerti satu per satu bukan? maka, siapakah Ya'juj dan Ma'juj itu? anda sudah boleh menekanya.

Ingat, tugas Ya'juj dan Ma'juj tidak tertumpu kepada membina asas negara Yahudi untuk menanti kedatangan Dajjal sahaja, akan tetapi dalam masa yang sama mereka harus memastikan bahawa musuh mereka (yakni Islam) ditundukkan terlebih dahulu.

Tunduk disini bermaksud tidak menentang segala perilaku dan perbuatan mereka malah kita akan dialpakan dan dilalaikan.

Caranya, maka pelbagai produk, bahan makanan, hiburan, gaya hidup tidak bertuhan dan corak ekonomi (riba) yang di aplikasikan dan digunapakai oleh kebanyakan negara Islam pada hari ini (akan tetapi mereka tidak sedar !)

Dan sekali lagi, makin ramai yang sudah mengerti semuanya bukan? Alhamdulillah. kami berharap agar sahabat semua mampu melihat dunia sama seperti mana kita melihat. kami hanya mampu untuk bicara ilmu ini secara panjang lebar, tetapi tidak mampu untuk mengubah persepsi dan kaca mata sudut pandang kalian kerana Nur itu adalah milik Allah.

Hanya dengan Nur lah anda mampu melihat dunia yang sebenar. Tidak cukup hanya dengan ilmu Islamik dan Sejarah. Tidak dinafikan, Sejarah dan Islamik Knowledge (Al-Quran+al-Hadis) adalah subjek terpenting di Akhir Zaman, zaman dimana kita sedang bernafas sekarang dan zaman anak kita bakal dan telah dilahirkan.

E) Fasa Kelima : 

Khilafah yang mengikuti jejak kenabian. (20** - 21**) +Dinar/Dirham


PANJI AR-RAYAH (PANJI HITAM) 
Khilafah Terakhir al-Mahdi

135) al-Mahdi. (Khilafah Islam terakhir di Jerusalem)

Khilafah Islam terakhir akan terbentuk sebagai suatu klimak kepada tanda-tanda besar Kiamat, Ia terjadi apabila semua Negara Islam bersatu berdaulat di atas nama Khalifah Islam Imam al-Mahdi kurang 50 tahun lagi (Sea of Galilee kering) iaitu berakhirnya dimensi masa Dajjal sehari sama seperti seminggu.

Ketika itu, 3 orang manusia agung akan muncul bermula dengan al-Masih ad-Dajjal, Imam al-Mahdi dan al-Masih Isa a.s. Allahu a'lam..









Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahaman rahsia ilmuNYA kepada kita, dalam segala hal, Allahu a'lam.. insha Allah.

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget