Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

Pengeringan Sungai Furat, Hadis dan Kini

Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: Hari Kiamat tidak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan gunung emas yang mendorong manusia berperang. Sebanyak 99 daripada 100 orang akan terbunuh (dalam pertempuran) dan setiap daripada mereka berkata, Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup. (Hadits Riwayat Bukhari).

Dalam riwayat lainnya, Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda bermaksud: Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Eufrat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu. (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).

Imam Bukhari Rahmatullahu 'alaihi juga meriwayatkan hadits lainnya, bahawa Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda bermaksud: "Segera Sungai Eufrat memperlihatkan kekayaan (gunung emas), maka siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun daripadanya."


Imam Abu Daud Rahmatullahu 'alaihi juga meriwayatkan hadits yang sama maksudnya.

Dalam hadits itu Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar iaitu Turki, Syria, dan Iraq itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas.

Selain itu, dalam kitab Al-Burham fi Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, diungkapkan bahawa keringnya Sungai Eufrat merupakan saat datangnya Imam al-Mahdi sebagai Khalifah Umat Islam Akhir Zaman.

Hadis di atas membicarakan tentang Sungai Eufrat. Dalam bahasa Arab dikenali dengan nama al-Furat atau air paling segar. Menurut Dr. Syauqi Abu Khalil dalam Atlas al-Hadis an-Nabawi, menyatakan Eufrat adalah sungai yang mengalir dari timur laut Turki.

"Sungai itu membelah pergunungan Toros, lslu melewati Syria di kota Jarablus, melewati Iraq di kota al-Bukmal dan bertemu Sungai Tigris di al-Qurnah yang bermuara di Teluk Arab," ujar Dr. Syauqi.

Kata beliau lagi, panjang sungai itu mencapai 2,375 kilometer. Dua anak sungainya iaitu, al-Balikh dan al-Khabur sudah mengering airnya. Pada masa Nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wa sallam meramal masa depan Sungai Eufrat melalui sabdanya, Wilayah Sunur di daerah Mediterranean itu masih dikuasai oleh dua kekuatan besar iaitu Parsi dan Byzantine. Sungai Eufrat adalah garis batas sempadan alam dari dua kerajaan tersebut.

Selain berada di kawasan Syria dan Iran, kekuasaan Parsi ternyata juga mencakupi daerah Yaman hingga daerah di sekitar Laut Merah. Sedangkan Byzantine mencakupi sebahagian Syria (bahagian utara) dan Turki hingga ke Eropah.

GUNUNG EMAS ITU MINYAK

Sememangnya ramai yang mentakwilkan bahawa gunung emas atau perbendaharaan emas itu merujuk kepada minyak. Pergolakan di Iraq memang tidak dapat dinafikan banyak berkisar kepada konflik perebutan kuasa minyak.



Namun samada ia ditakwilkan kepada minyak atau diambil secara literal merujuk kepada emas bukanlah menjadi soal terpokok. Sepertimana yang akan dilihat dalam presentasi ini, sebenarnya kedua-dua takrifan adalah relevan apabila dilihat rentetan peristiwa konflik di Iraq secara keseluruhan.

Soal terpokoknya di sini ialah;

1. Pengeringan Sungai Furat sudah lama berlaku secara berperingkat.

2. Peperangan demi peperangan yang meragut sedemikian banyak nyawa sudah lama berlaku di wilayah Iraq.

3. Kita sudah berada di ambang meledaknya peperangan pada skala besar-besaran iaitu dengan kadar yang dibayangkan dalam hadits (99/100 terkorban) Sungai Furat.

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget