Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

June 2014
40 Hadis Akhir Zaman Abdul Rahman Chao Abu Bakar As-Siddiq r.a Ahmad Deedat Akhbar Akhir Zaman Akidah Ahli As-Sunnah Wal-Jamaah Mengikut Manhaj Salaf As-Soleh Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Al Malhamah Al Kubra Al-Faedah Al-Farabi Al-Khazini Al-Qassam Al-Quran Alam Barzakh Alkitab Amalan Terbalik Apa Itu Iman Arnold Fandor Asmaa’ullaahul Husnaa Audio Babi Bacaan Al-Quran bangsa Rum Biarawati Bible Bid'ah Bidadari Bolasepak Bujang Cara Hidup Islam Carissa D. Lamkahouan Chika Nakamura Dajjal Laknatullah Dakwah Dakwah Maya Dalil-Dalil Tentang Tauhid Damaskus Dato Syeikh Muhammad Fuad Al Maliki Daulah Islam Doa Download Dr. Ibrahim bin Muhammad Al-Buraikan Dukun Dunia Islam Dunia Oh Dunia Eric Gabriel Mason Facebook Note Fakta Ilmiah False Flag Fathul Bari Featured Felix Y. Siauw Felixia Yeap Filem 2012 Freemason Global Warming Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid Hablum Minallah Hadis Hadis Akhir Zaman Hadis Qudsi Hafiz Hajar Aswad Haji Haram Hidayah Hijab Hudud Hukum & Fatwa Ibn Qayyim Ibn Tufail Ibnu Hajar Al-Asqalani Ibu Bapa Illuminati Imam Al-Bukhari Imam Al-Ghazali Imam Bukhari Imam Habib Abdullah Haddad Imam Mahdi Imam Muslim Imam Nawawi Iman Bertambah Dan Berkurang Infaq Injil IS ISIS Islam Islam di Malaysia Islam Itu Indah Isra' Mikraj Istilah Dalam Islam Jabhatul Islamiyyah JAKIM Jana Petersen Jihad Jimak Jom Hafal Jurusalem Kaabah Kafir Kebenaran Islam Kebesaran Allah Keindahan Islam Kesempurnaan Iman Adalah Kesempurnaan Agama Keutamaan Kasih Sayang Khilafah Kiamat Kisah & Teladan Kisah Cinta Kisah Mualaf Kisah Para Nabi Kisah Para Sahabat Kiswah Kitab Allah Kitab Hadis Kitab Jual Beli Kitab Pemerintahan Korea Kristian Kuasa Allah Kubur Lelaki Live HD Loo Jo Yee Luqman Al-Hakim Madinah Maksud Ilah Dalam Al-Quran Mantan Pendeta Masjid Jamek Umawi Masjid Sana'a Masjidil Aqsa Mazdakisme Mekah Mentalqin Maut (Orang Nazak) Meteor MLM Motivasi Movie Muhammad Nashiruddin Al-Albani Mujahid Mujahidin Mukasyafatul Qulub Mukjizat Mukmin Sejati Munakahat Musa Caplan Muslimah Nabi Isa AS Nabi Muhammad SAW Nabi Saleh AS Nasihat Natasha Farani Neraka Niqab Nuzul al-Quran Onani Panduan Panduan Mengenal Kalimah Tauhid Panji Hitam Paulus Pemerintah Pemimpin Pendakwah Sabah Pendidikan Pengetahuan Penghinaan Kepada Islam Penyembuhan Islam Perancangan Jahat Yahudi Perang Armageddon Peribadi Rasulullah SAW Perkahwinan Perniagaan Pondok Sungai Durian Pope Projek Menghafal 10 Ayat Awal Surah Al-Kahfi Puasa Pulau Pinang Purdah Ramadhan Rasulullah SAW Renungan Riba Rukun Iman Rukun Islam Ruqyah Saddam Hussein Sahabat Nabi Sahabat Yamima Saham Akhirat Sahih Sahih Bukhari Sakit Perut Salaf Salaf As-Soleh Sejarah Hidup Nabi Muhammad SAW Sejarah Imam Sejarah Islam Selawat Selebriti Semasa Serban Sheikh Imran Hosein Soal Jawab Agama Solat Suami Suara Mualaf Subahanallah Sufi Sultan Perak Sungai Furat Sunnah Rasulullah Surah Al-Khafi Surah Palsu Surat Al-Kahf Suriah Syaitan Syam Syarah Hadis Syarat Kedua: YAKIN Syarat Keempat: IKHLAS Syarat Keenam: BERSERAH Syarat Kelima: MENERIMA Syarat Ketiga: PERCAYA Syarat Ketujuh: CINTA Syarat Pertama: ILMU Syarat-Syarat Kalimah Laa Ilaaha Illallah Syiah Syria Tahlil dan Doa Selamat Tanya Jawab Tarawih Taubat Tauhid Tazkirah Teknologi Tentera Amerika Terjemahan Hadits Shahih Muslim Terrorist The Cave Tilawah Al-Quran Tokek Tokoh Islam Tuan Guru Haji Musa Tujuan Para Nabi Dan Para Rasul Diutus Tutorial Ulama Umum Unta Update Terkini Gaza Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman Ustaz Abdul Halim Abas Ustaz Azhar Idrus Valentine’s Day Video Wahabi Wali Allah Wanita Waraqah bintu Naufal Windows 8 Yahudi Yakjuj dan Makjuj Yesus Zikir Zulkifli M Ali

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH SETIAP MALAM
abuanasmadani.com

Klik untuk perbesarkan
Bagi seorang mukmin apabila berada pada bulan Ramadhan akan berhadapan dengan dua jihad di dalam dirinya.

Pertama jihad di siang hari dengan berpuasa dan kedua jihad pada malam hari dengan Qiyamullail.

Sesiapa yang berjaya melakukan dua jihad ini dengan melaksanakan hak-haknya dengan sabar dan sempurna maka ganjarannya amat besar tidak terhingga.

Baginda Rasulullah SAW telah memberikan galakan untuk melakukan solat tarawih (qiyam Ramadhan) dengan sabda Baginda:

((مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)) [متفق عليه]

Maksudnya: “Sesiapa yang bangun (solat) pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan Ihtisab (mengharapkan pahala) maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lepas”. [HR: Al-Bukhari dan Muslim].
Memadai bagi kita dengan fadhilat Tarawih yang bersumberkan dari Hadis yang Sahih dan berauthoriti ini untuk kita beribadat dan menggalakkan umat Islam beribadat.

Malangnya masih ada lagi sebahagian pendakwah yang menyebarkan hadis rekaan ini kepada masyarakat, dan orang awam pun turut menyebarkannya melalui segala media dengan kemudahan pelbagai alat yang ada hari ini.

Oleh itu kami berharap agar masyarakat faham; 

Jangan dibaca dan disebarkan hadis palsu fadhilat solat tarawih setiap malam, nanti kita termasuk dalam golongan yang berdusta ke atas Nabi SAW, seperti yang dilarang keras oleh Baginda.

Sebagai peringatan, setiap jemaah hendaklah menyempurnakan solat terawih bersama imam supaya namanya tertulis dalam kalangan orang-orang yang Qiyam (orang yang berdiri solat).

 

Di Bawah ini petikan kajian Jabatan Mufti.

Pertama:
Fatawa Brunei: Fadhilat Sembahyang Tarawih

Soalan:

Unit Kajian Dan Penyelidikan, Bahagian Kajian Dan Penerbitan, Pusat Da’wah Islamiah sedang menjalankan kajian mengenai dengan hadis fadhilat sembahyang Tarawih, kitab Durrah AI-Nashihin (terbitan Mesir tahun 1949), diriwayatkan oleh Ali bin Abu Thalib.

Hadis tersebut sangat popular di kalangan masyarakat di negara ini kerana sejak 10 tahun yang lalu penerbitan-penerbitan buku (risalah) mengenai hadis tersebut telah dijalankan dan hadis-hadis berkenaan juga disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei dalam bentuk promo bagi maksud mentarghib masyarakat supaya mendirikan sembahyang Tarawih dengan teratur.

Sepanjang tempoh tersebut, kitani tidak pemah mempersoalkan tentang sanad atau sumber hadis tersebut. Bagaimanapun, Berita Harian (Malaysia) keluaran 31hb. Disember, 1998, Ihb. Januari, 1999 dan 16hb. Januari, 1999 telah mempersoalkan keshahihan hadis tersebut sehingga sampai kepada kesimpulan bahawa hadis tersebut adalah hadis maudh71 ‘.

Sukacita kami menghadapkan isu mengenai hadis ini kepada Pehin bagi mendapatkan fatwa dan ketentuan tentang kedudukan hadis-hadis berkenaan untuk dijadikan pegangan dan menghindari keraguan di kalangan masyarakat di Negara Brunei Darussalam.

Jawapan:

الحمد الله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله سيدنا محمد خاتم الانبياء والمرسلين، وآله وصحبه أجمعين.

Hadis mengenai fadhilat sembahyang Tarawih yang disebutkan dalam kitab Durrah Al- Nashihin bermaksud: 

“Daripada Ali Bin Abu Talib Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi Wasllam telah ditanya tentang keutamaan-keutamaan Tarawih di bulan Ramadhan. Baginda bersabda: “Orang mukmin keluar daripada dosanya pada:
  1. Malam pertama: Seperti saat dia dilahirkan ibunya
  2. Malam kedua: Dia diampuni, juga kedua orang tuanya, jika keduanya mukmin.
  3. Malam ketiga: Malaikat berseru dari bawah ‘Arasy. Mulailah beramal, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lalu.”
  4. Malam keempat: Dia memperolehi pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Furqan.
  5. Malam kelima: Allah Ta’ala memberinya pahala seperti pahala orang yang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
  6. Malam keenam: Allah Ta’ala memberinya pahala orang yang bertawaf di Makmur dan dipohonkan ampun oleh setiap batu dan cadas ( lapisan tanah yang keras ).
  7. Malam ketujuh: Seolah-olah dia mencapai darjat Nabi Musa ‘Alaihi salam dan kemenangannya atas Firaun dan Haman.
  8. Malam kelapan: Allah Ta’ala memberinya apa yang pernah Dia berikan kepada Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam.
  9. Malam kesembilan: Seolah-olah dia menyembah Allah Ta’ala sebagaimana ibadat Nabi Shallallahu alaihi wasalam.
  10. Malam kesepuluh: Allah Ta’ala mengurniakan kepada nya kebaikan dunia dan akhirat.
  11. Malam kesebelas: Dia keluar dari dunia seperti saat dia dilahirkan dari perut ibunya.
  12. Malam kedua belas: Dia dating pada Hari Kiamat sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama.
  13. Malam ketiga belas: Dia dating pada Hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap keburukan.
  14. Malam keempat belas: Para malaikat datang seraya memberi kesaksian untuknya, bahawa dia telah melakukan sembahyang Tarawih, maka Allah tidak menghisabnya pada hari Kiamat.
  15. Malam kelima belas: Dia didoakan oleh para malaikat dan para penanggung ‘Arasy dan Kursi.
  16. Malam keenam belas: Allah menetapkan baginya kebebasan untuk selamat dari neraka dan kebebasan masuk ke dalam syurga.
  17. Malam ketujuh belas: Dia diberi pahala seperti pahala para nabi.
  18. Malam kelapan belas: Malaikat menyeru: “ Wahai Hamba Allah, sesungguhnya allah redha kepadamu dan kepada ibu bapamu.”
  19. Malam kesembilan belas: Allah mengangkat darjat-darjatnya dalam syurga Firdaus.
  20. Malam kedua puluh: Allah memberi pahala para syuhada’ dan shalihin.
  21. Malam kedua puluh satu: Allah membangun untuknya sebuah gedung daripada cahaya.
  22. Malam kedua puluh dua: Dia dating pada hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap kesedihan dan kesusahan.
  23. Malam kedua puluh tiga: Allah membangun untuknya sebuah kota dalam syurga.
  24. Malam kedua puluh empat: Dia memperolehi dua puluh empat doa yang dikabulkan.
  25. Malam kedua puluh lima: Allah Ta’ala menghapuskan daripadanya azab kubur.
  26. Malam kedua puluh enam: Allah mengangkat pahalanya selama empat puluh tahun.
  27. Malam kedua puluh tujuh: Dia dapat melewati Shirath pada Hari Kiamat, bagaikan kilat yang menyambar.
  28. Malam kedua puluh lapan: Allah mengangkat baginya seribu darjat dalam syurga.
  29. Malam kedua puluh sembilan: Allah memberi pahala seribu haji yang diterima.
  30. Malam ketiga puluh: Allah berfirman: “ Hai Hambakan makanlah buah-buahan syurga, mandilah daripada air Salsabila dan minumlah dari Kauthar. Akulah Tuhanmu, dan engkau hambaKu.” (Majalis)

Setelah merujuk kepada kitab-kitab hadis yang muktabar di kalangan ahli Sunnah Wal Jama’ah, termasuk kitab-kitab yang menjadi sandaran dalam pencarian hadis-hadis, sehingga setakat ini tidak dijumpai hadis-hadis yang khusus menyebutkan tentang kelebihan sembahyang Tarawih dengan menyatakan ganjaran yang diperolehi pada setiap malam Ramadhan sepertimana yang dinyatakan.

Apa yang telah ditemui setakat ini, hanyalah riwayat-riwayat yang hampir sama dengannya dan dihubungkan sanadnya kepada sayyidina Ali Bin Abu Talib iaitu tersebut dalamkitab Bihar Al-Majlisi, salah Ramadhan dan kirab Was’a’il Al- Syi’ah karangan Al-Shiekh Muhammad bin Al-Hasan Al-Har Al-‘Amili dalam bab Istihab Al-Shalah Al-Mukhshushah Kulla Lailah min Syahr Ramadhan wa Awwal Yaum Minh.Maka sehubungan itu, oleh kerana hadis yang ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh dii’timad, maka ia mestilah dihentikan daripada dipromokan melalui radio ataupun televisyen.

Sekiranya Pusat Da’wah Islamiah ingin menggalakkan orang ramai supaya rajin dan bersungguh-sungguh mengerjakan sembahyang Tarawih, adalah lebih baik hadis-hadis yang dipromokan itu diambil daripada kitab-kitab yang muktabar.Fadhilat sembahyang Tarawih yang ada disebut dalam hadis-hadis yang terkandung dalam kitab-kitab sunan yang muktabar hanyalah secara umum sahaja tanpa menyebut fadhilat 30 malam Ramadhan itu.

Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan daripada abu Hurairah Radhiallahu a’nhu, sabda Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفرله ما تقدم من ذنبه

Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan sembahyang di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ( pahala daripada Allah ), diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu.”Hadis seumpama inu turut diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi, abu daud, Imam Ahmad dan lainnya…

Negara asal : Brunei darussalam
Negeri : Brunei
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia
Tarikh Diisu : 1999
Nota: Fatwa Mufti Kerajaan 1999
Sumber: infad.usim – Fatwa Brunei – Hadis Palsu
Lihat Juga: http://www.al-ahkam.net/home/hadis-fadhilat-tarawih-tiada-dalam-kitab-muktabar-ahlus-sunnah

Kedua:

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Dikeluarkan oleh: Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu ‘alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali.

Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : “Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
  • Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan.

Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini.

Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya.

Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu’ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.

Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`.

Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. diantara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain.

Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa.

Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga.

Fiman Allah bermaksud: {Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan.} (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.

Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa’bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: {Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang.} (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini.

Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Antara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah:

1-Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2-Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis shohih.

3-Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4-Di dalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan “Ya Ali” sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Sumber: [ http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06 ]

Akhukum,
Abu Anas Madani, 1 Ramadhan 1434H – 10 Julai 2013M.

Riwayat Imam Muslim
pmo.gov.my

Latar Belakang

Nama: Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim bin Ward
Nama Panggilan: Abu Al-Husin

Keturunan
  1. Al- Qusyairi : Nisbah kepada kabilah tempat kehidupan beliau. Mengikut sesetengah riwayat beliau adalah berbangsa Arab dan ada yang berpendapat bahawa beliau dinasabkan kepada Qusyairi iaitu nisbah kepada bangsa ajam (bukan Arab).
  2. An-naisaburi : Nisbah kepada negeri tempat tinggal beliau di Naisabur iaitu sebuah bandar besar yang terletak di Khurasan.
Kelahiran: Para ulama tidak dapat memastikan tahun kelahirannya, sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa beliau dilahirkan pada tahun (204) Hijrah dan ada yang berpendapat beliau dilahirkan pada tahun (206) Hijrah.

Kematian: Imam Muslim meninggal dunia pada hari Ahad bulan Rejab iaitu pada tahun (261) Hijrah ketika berusia dalam lingkungan 50-an.

Guru-Guru

1. Abdullah bi Muslamah Al-Qa'nabi.
2. Ahmad bin Hambal.
3. Ishak bin Rahawiyah.
4. Yahya bin Mu'in.
5. Ishak bin Mansor.
6. Abu Bakar bin Abu Syaibah.
7. Abdullah bin Abdul Rahman Ad-darimi.
8. Abu Kuraib Muhammad bin Al-A'la.
9. Muhammad bin Abdullah bin Numair.
10. Abdul bin Humaid.

Ilmu

Hadis

Maksudnya pengetahuan tentang susunan hadis mengikut sanad dan matanya, dan juga menjaga Nas Hadis. Pengetahuan tentang perselisihan dan penambahan, perbezaan Sahih dengan Dhaif Marfuk, Mauquf dan Maqtuk. 

Imam Muslim pakar dalam bidang ini, sudah memadai (sahihnya) dikira sebagai kitab sahih yang kedua asas sunnah, ramai yang tertumpu kepada beliau selepas Imam Bukhari. Beliau terus mengumpul hadis selama 15 tahun . 

Juga membetulkan dan memilih sehingga selesai menyebabkan kedudukan karangan beliau diangkat oleh Allah sebagaimana Al-Hafiz Ibnu Salah berkata, " Allah telah mengangkat kitab karangan As-Sahih kepada kedudukan yang tinggi dan beliau sebagai imam yang dijadikan hujah, disebut-sebut dan dihormati dalam ilmu hadis serta ilmu-ilmu lain".

Biodata Perawi

Ilmu ini adalah asas yang dipegang oleh pakar hadis untuk membezakan sanad-sanad dan mengenalinya. Imam Muslim amat pakar dalam bidang ini, beliau mengetahui nama-nama, gelaran keturunan dan sejarah serta kematian dengan keilmuan pengetahuan yang tinggi serta terperinci.

Jarah dan Ta'dil

Ilmu ini adalah kritikan terhadap perawi hadis dan membezakan antara yang dapat dipercayai (Siqah) dengan yang Dhaif. Sesiapa yang ingin memisahkan antara hadis Sahih dan Dhaif tidak akan mampu kecuali setelah mendalami ilmu ini secara terperinci. Imam Muslim adalah orang yang paling mahir dalam bidang ini, membahasakan ilmu meriwayat hadis, ilmu Jarah dan Ta'dil. Beliau juga menyatakan mengenainya dalam pendahuluan kitab sahih.

Kaji Selidik Hadis

Imam Muslim amat mendalami dan memahami ilmu ini serta mengerti bahasa yang sulit. beliau berpegang kepada kefahaman yang tepat, pengetahuan tentang sunah-sunah dan Athar. Imam Muslim dianggap antara orang yang terkemuka dikalangan pakar ilmu tersebut. Beliau banyak berbincang dan mengkaji dalam bidang ini dengan baik, tepat dan kemas serta sempurna malah banyak karangan beliau yang amat bernilai dalam bidang ini.

Karangan

Imam Muslim menulis dan mengarang berkenaan dengan ilmu Hadis dari apa yang Allah s.w.t kekalkan kepadanya dengan ingatan yang baik sepanjang masa. Sebahagian daripada karangan beliau telah sampai kepada kita dan sebahagian lagi tidak sampai kerana susunannya telah hilang.

Karangan Yang Telah Sampai Kepada Kita.

1. Sahih Muslim.

Merupakan kitabnya yang terbesar dan dimanfaatkan kepada semua, bahkan kitab itu juga merupakan karangannya yang terbesar di dalam islam selepas Sahih Bukhari. Kemudian hadis-hadis darinya diasingkan pada juzuk yang selanjutnya pada takrif-takrif.

2. Al-Kunni Wal Asmak. 

Telah dicetak.

3. Al- Munfaridat Wal Wihdan.

Telah dicetak.

4. At-Tabaqat. 

Masih dalam keadaan kitab tulisan tangan yang belum dicetak.

5. Rijal Urwah bin Az-Zubair. 

Masih dalam keadaan kitab tulisan tangan yang belum dicetak.

6. At-Tamyiz. 

Dicetak hanya sebahagian daripadanya sahaja.

Karangan Yang Tidak Sampai Kepada Kita dan Telah Hilang Penyusunannya.

1. Al-Musnad Al-Kabir, Ala Ar-Rijal. Tiada seorang pun yang mendengarnya daripada Imam Muslim.
2. Jamik Al-Kabir, Alal Abwab : Al-Hakam berkata, "Aku melihat setengahnya masih belum ditulis".
3. Al-llal.
4. Al-Ifrad. Harus beliau sendiri yang membuat kitabnya sebagai Al-Munfaridat Wal Wihdan.
5. Al-Iqran.
6. Suaalaatuhu Ahmad bin Hambal.
7. Hadis Amru bin Syuaib.
8. Al-Intifa' Bi Ahabbi As-Siba'.
9. Masyayikh Malik
10. Masyayikh At-Thauri.
11. Masyayikh Syukbah.
12. Man Laisa Lahu Illa Rawin Wahidin.
13. Kitab Al-Mukhdaramin.
14. Aulaad As-Sahabat.
15. Zikru Auham Al-Muhaddisin.
16. Afrad As-Syamiyyin.

Dakwah Maya

Riwayat Imam Bukhari
pmo.gov.my

Latar Belakang

Nama: Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardizbah
Nama Panggilan: Abu Abdullah

Keturunan
  1. Al- Ju'fi : Ini adalah kerana nasab keturunan Arab, sebabnya : Al-Mughirah, adalah datuk kepada Imam Bukhari yang telah memeluk Islam di hadapan Al-Yaman Al-Ju'fi, lalu dinasabkan kepadanya sebagai nasab kepada pemimpin.
  2. Bukhari : Ialah nisbah kepada negerinya.

Kelahiran: Dilahirkan pada 13 Syawal tahun 194 H, pada hari Jumaat.
Kematian: Imam Bukhari meninggal dunia pada tahun (256) Hijrah, pada malam Sabtu, malam Hari Raya Aidilfitri. Ketika itu beliau berusia 62 tahun.

Guru-Guru

1. Abu Asim An-Nabil.
2. Makkiyah bin Ibrahim.
3. Muhammad bin Isa At-Tabba'.
4. Ubaidullah bin Musa.
5. Muhammad bin Salam Al-Bikandi.
6. Ahmad bin Hambal.
7. Ishak bin Mansor.
8. Khalad bin Yahya bin Safuan.
9. Ayub bin Sulaiman bin Bilal.
10. Ahmad bin Isykab.

Ilmu

Hadis - Ilmu hadis ialah penjagaan atau hafalan beliau terhadap hadis dan pengetahuannya tentang sanad. Imam Bukhari telah mencapai tahap yang tinggi dalam ilmu ini.

Tafsir 

Imam Bukhari telah memberi perhatian sebagaimana yang diberikan oleh seorang ahli hadis yang mengetahui sanad juga sebagaimana seorang ahli bahasa yang mengerti maksud lafaz-lafaz seperti seorang faqih mengeluarkan hukum-hakam.

Fekah

Pengetahuan Imam Bukhari yang banyak tentang Hadis, Bahasa Arab dan pengetahuannya sejak kecil tentang mazhab ahli fikir serta perbahasan hukum oleh para Sahabat dan para Taabi'een telah membolehkan beliau mengarang dalam bidang Fekah ketika berusia 18 tahun. Ketika itu beliau telah digolongkan sebagai seorang ahli fekah yang terkenal, seorang mujtahid yang terkemuka sehingga para syeikh yang mengetahui kecemerlangan beliau mengakuinya. 

Mereka ialah :
  1. Naim bin Hamad Al-Khaza'i
  2. Muhammad bin Basyar
  3. Abu Mus'ib Az-Zuhri

Sejarah dan Biografi

Dakwah Maya - Imam Bukhari telah menguasai bidang ini dan tiada seorang pun yang setanding dengannya. Beliau mengambil berat terhadap ilmu tersebut semenjak kecil lagi. Beliau telah mula mengarang berkaitan dengan ilmu sejarah dan biografi semasa muda. Beliau menceritakan tentang dirinya : "Ketika aku berumur 18 tahun, aku mula mengarang cerita-cerita para sahabat dan para Taabi'een, mengarang sejarah Madinah di sebelah Maqam Nabi s.a.w dan aku menulis kitab itu pada malam bulan mengambang."

Beliau berkata lagi : " Satu nama walaupun kecil nilainya aku tetap menganggap nama itu mempunyai cerita melainkan aku tidak mahu memanjangkan penulisanku."

Kitab yang beliau maksudkan sebagai sejarah ialah Kitab At-Tarikh Al-Kabir. Kitab ini adalah untuk menyempurnakan penyusunan beliau mengikut babnya. Beliau tidak meninggalkan seorang pun orang yang diambil ilmu darinya melainkan beliau menyebut nama orang tersebut dalam kitabnya At-Tarikh Al-Ausat dan As-Soghir yang menunjukkan keilmuan dan makrifatnya tentang biografi, tarikh kematian dan sejarah manusia.

Jarah dan Ta'dil

Imam Bukhari merupakan orang yang pertama mengemukan ilmu Jarah dan Ta'dil. Beliau merupakan hafiz yang seolah-olah sanad hadis semenjak zaman sahabat sehinggalah zaman beliau dibawah penjagaannya. 

Beliau membezakan antara pencatit hadis serta menguasainya dengan orang yang mencampur aduk serta melakukan pembohongan. Imam Bukhari telah memperkatakan tentang masalah perawi hadis tentang kecacatan perawi dan memperelokkannya, tetapi beliau membuat perbezaan yang ketara kerana beliau berhati-hati terhadap lafaz-lafaz yang dikemukakan berhubung dengan masalah Jarah dan Ta'dil kerana dikhuatiri menyebut keaiban orang lain. Inilah antara sifat warak dan budi pekertinya.

Ilal

Ilmu ini membawa maksud kecacatan yang tersembunyi dalam hadis. Merupakan ilmu yang begitu terperinci dan paling rumit kerana tersembunyi. Melalui intipati pengetahuan beliau itulah telah terhasilnya kitab beliau yang agung iaitu Kitab As-Sahih. Ahli hadis yang tidak memahami serta tidak memberi pengamatan yang baik terhadap ilmu ini maka kebiasaannya ia tidak mampu untuk menyusun kitab hadis yang membezakan antara hadis sahih dan tidak sahih.

Bahasa

Imam Bukhari tidak masyhur atau cemerlang dengan ilmu bahasa kerana beliau sibuk dengan ilmu lain tetapi beliau pada zahirnya telah menguasai sebahagian ilmu tersebut yang merupakan ilmu alat semestinya dikuasai untuk mendalami serta memahami ilmu lain. 

Tanda-tanda yang menunjukkan bahawa beliau menguasai ilmu bahasa ialah sebagaimana yang telah beliau tulis dibeberapa tempat dalam Kitab As-Sahih berhubung dengan tafsir ayat-ayat Al-Quran yang susah serta gesaan beliau.

Karangan

Sebagaimana Imam Bukhari bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu melalui percakapan dan penulisan, beliau juga bersungguh-sungguh mengarang berbagai ilmu. 

Allah telah memanfaatkannya kepada orang ramai selama kehidupan beliau. Selepas kematian beliau banyak kitab-kitab telah dikarang dan kebanyakannya telah sampai kepada kita.

Karangan-Karangan Imam Bukhari yang telah sampai kepada kita.

1. Al-Jaami' As- Sahih. 

Dikenali sebagai Sahih Bukhari.

2. At- Tarikh Al Kabir. 

Ia merupakan karangan yang paling indah dan baik mengikut bab begitu juga topiknya. Perawi-perawai hadis semenjak dari zaman sahabat sehinggalah zaman beliau serta mengandungi perbahasan tentang kecacatan-kecacatan Hadis, Jarah, Ta'dil dan sebagainya. Ia telah dicetak di Hyderabad di India pada tahun 1691 M dengan disemak oleh Al-Allaamah Abdul Rahman Al-Mu'allimi Rahimahullah.

3. At-Tarikh Al-Ausat.

Ia disusun selama beberapa tahun dan tiba kepada kita darinya potongan kitab ilmu islam yang terdahulu.

4. At-Taarikh As-Soghir.

Ia disusun beberapa tahun dan dicetak berulang kali.

5. Kitab Al-Kuna.

Ia dicetak sebagai lampiran Kitab At-Taarikh Al-Kabir dipercetakan Hyderabad.

6. Adh-Dhu'afa'.

Terdapat dua kitab dengan nama tersebut iaitu Soghir (kecil) dan Kabir (besar). Mengandungi sejumlah perawi-perawi hadis yang lemah.

7. Al-Adab Al- Mufrad.

Merupakan kitab adab dan akhlak yang elok lagi baik mengikut bab dengan cara terkini dan telah dicetak sebanyak beberapa kali.

8. Al-Qiraat Khalfa Al-Imam (bacaan dibelakang imam).

Dikenali sebagai Juz Al-Qiraat. Mengandungi masalah bacaan makmum dibelakang imam dan menyokong hujah tentang diwajibkan membaca Al-Fatihah pada setiap rakaat dalam apa jua keadaan, sekalipun orang yang mendirikan sembahyang itu sebagai imam, makmum atau bersendirian, samada di dalam sembahyang yang tidak dinyatakan bacaannya ataupun yang dinyatakan bacaannya malah tidak dikira rakaat tanpanya. 

9. Mengangkat kedua-dua tangan dalam sembahyang.

Dikenali dengan Juz Raf'ul Yadain. Imam Bukhari membentangkan masalah orang sembahyang mengangkat kedua-dua tangan apabila melakukan takbiratul-ihram dan semasa berpindah rukun.

10. Kejadian Perbuatan Hamba.

Kandungannya adalah tentang permasalahan pegangan (akidah) iaitu perbuatan-perbuatan hamba adalah merupakan makhluk dan kalam Allah iaitu Al-Quran adalah bukan makhluk. Faktor yang mendorong beliau mengarang kitab tersebut adalah sebagai suatu ujian yang dihadapi tentang masalah tersebut.

Karangan-Karangan Imam Bukhari yang masih lagi tidak dijumpai.

1. Berbuat baik terhadap dua Ibubapa.
2. Al-Jami' Al-Kabir.
3. Al-Musnad Al-Kabir.
4. At-Tafsir Al-Kabir.
5. Al-Asyribah (minuman).
6. Al-Hibah (pemberian).
7. Usama As-sahabah (nama-nama sahabat).
8. Al-Mabsut.
9. Al-Wihdan.
10. Al-Ilal (kecacatan-kecacatan).
11. Al-Fawaid (faedah-faedah).
12. Masalah Sahabat dan Taabi'en.
13. Guru-guru Imam Bukhari. Di dalamnya menyebut tentang guru-gurunya yang menjadi tempat beliau berguru.

SIAPA IMAM AL-MAHDI ???
tayibah.com

Dakwah Maya - SEJAK dahulu hinggalah ke hari ini masalah siapakah sebenarnya AI-Mahdi tidak henti-henti menjadi perkara yang diperbahaskan. 

Akibat daripada itu, terdapat setengah golongan umat Islam yang cuba mengandaikan seseorang sebagai Al-Mahdi. 

Sementara setengah pihak pula (Ahlu Sunnah WaI Jamaah) tidak menetapkan seseorang sebagai Al-Mahdi, sebaliknya men­yerahkan perkara tersebut kepada urusan Allah SWT. Apa yang penting bagi kita ialah yakin akan kemunculannya sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW.

Bagi menjelaskan siapakah sebenarnya Ai-Mahdi, marilah kita merujuk kepada kitab-kitab para ulama Islam yang mu’tabar dan diakui kesahihannya. 

Di antara kitab-kitab tersebut ialah Al-Hawi Lii Fatawa karangan Imam As-Suyuti, Mukhtasar Fil Mahdi Al-Muntadzar dan As-Sawaiqul Mukhriqat karangan Ibnu Hajjar Al-Haitami, At-Tawadhihu Fl Tawaturi Ma Jaa Fil Muntadziri Waddajal Wal Masihi karangan Al-Allamah As­Syaukani, Ibrazul Wahmil Maknun Min Kalam Ibni Khaldun karangan Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari dan banyak lagi kitab-kitab lainnya yang menerangkan secara jelas tanda-tanda dan sifat-sifat Al-Mahdi sebagaimana yang disebutkan oleh hadits-hadits Rasulullah SAW.
           
Kitab-kitab tersebut menerangkan bahawa nama Al-Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah sementara gelarannya pula ialah Abu Abdullah. 

Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa Al-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali sebagaimana yang tersebut di dalam hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam Sunannya, “Telah berkata Ali sambil memandang puteranya ­Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SA W. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”
             
Hadits ini telah disahkan oleh para ulama di antaranya Al-Manawi di dalam kitabnya Al-Kabir, Ibnu Atsir dalam kitabnya An-Nihayah, Ibnu Qayyim Al Jauziyah dalan kitabnya Gharibul Hadits dan Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad Dha’if, Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari di dalam kitabnyaAqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS dan lain-lain lagi.
            
Di dalam kitab Naqdul Manqul m.s 8O pengarang kitab tersebut memetik kenyataan lbnu Qayyim Al-Jauziyah, “kebanyakan hadits-hadits menunjukkan bahawa Al-Mahdi adalah anak dari Sayidina Hassan bin Ali.”
            
Abu Thahir Muhd Syamsul Haq dalam kitabnya ‘Aunal Ma’bud (syarah Sunan Abu Daud),   memetik kenyataan Al-­Hafiz Imanuddin yang menyebut bahawa hadits-hadits mengenai Al-Mahdi menunjukkan bahawa Ia dari ahli bait Rasulullah SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin Ali. (sila rujuk kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II m.s 374 dan 382)
           
Tersebut di dalam kitab Hasyiah As-Sabban ms 137, bahawa riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Al-Hussin adalah terlalu lemah. Sementara di dalam kitab Al-Iza’ah m.s 147 riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan AI-Hussin bin Ali adalah dha’if.

Terdapat juga hadits-hadits yang menyatakan bahawa Al-Mahdidari keturunan Al-Abbas bin Abdul Muttalib. Maka para ulama hadits menghimpunkan hadits yang berlawanan. 

Iaitu hadits-hadits yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali adalah sah dan hadits yang mengatakan AI-Mahdi dari keturunan Al-Abbas dan Al.Hussin adalah dha’if. Ini adalah sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh Al-Hafiz Abut Hassan Ad-Darqatni.

Hadith Tentang Al-Mahdi
    
1. Dari Jabir bin Abdullah ra katanya ; "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, : "Sentiasa ada di kalangan umatku golongan yang berperang di atas kebenaran, mereka sentiasa zahir hingga hari Qiamat. Sabdanya lagi: "Kemudian turun Isya bin Maryam AS dari langit, dan berkata pemimpin mereka (Imam Mahdi), silalah menjadi imam solat kami dan Nabi Isya menjawab, tidak, bahawa sebahagian Kamu sebagai kemuliaan Allah SWT  ke atas umat ini (umat Islam) . Hadtih riwayat Muslim.

2.  Dari Ali bin Abu Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari ahlul bait, Allah membawa kebaikan dengannya dalam satu malam. Hadith riwayat Imam Ahmad.

3. Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.

4.  Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis. Hadith riwayat At-Tabarani.  

5. Dari Aishah ra katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : "Al-Mahdi itu seorang lelaki dari cucuku, ia akan berperang atas Sunnahku spt aku berperang atas wahyu". Hadith riwayat Na'im bin Hammad
6. Dari Said bin Al-Musaiyab dari Ummu Salmah yang berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari keturunanku dari anak cucu Fatimah". Hadith riwayat Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasa'i, At-Tabarani dan Al-Hakim

Namun, tidak terdapat hadits yang menyebut mengapa AI-Mahdi dinamakan Al-Mahdi, tetapi terdapat dua atsar sahabat dalam hal ini. Abdullah bin Syuzab berkata, “Sebab ia dinamakan Al-Mahdi ialah kerana ia menunjukkan satu gunung di gunung negeri Syam. Ia mengeluarkan dari gua gunung tersebut lembaran-lembaran kitab Taurat. Al-Mahdi berhujah melawan orang-orang Yahudi menggunakan kitab tersebut dan mereka akhirnya kalah. Maka salah satu kumpulan orang-orang Yahudi memeluk Islam.” Atsar ini diriwayatkan oleh Al-Hafiz Ad-Dani dalam Sunannya.

Daripada Ka’ab bin Alaqamah berkata, “Sebab dinamakannya Al-Mahdi ialah kerana ia menunjukkan pada suatu perkara yang telah hilang, dia mengeluarkan peti dari negeri Antakiah (peti berisi lembaran kitab Taurat dan lain-lain). Diriwayatkan oleh Na’im bin Hammad dalam kitabnya Al-Fitan.

Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari menerang­kan di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS bahawa Al-Mahdi dilahirkan di Madinah Al-Munawwarah serta dibesarkan di sana. Sebelum umat Islam berbai’at dengannya, berlakulah satu peperangan yang besar di antara penduduk Madinah dengan tentera-tentera As-Syufiani. Dalam peperangan tersebut, penduduk Madinah mengalami kekalahan dan mereka lari bersama-sama Al-Mahdi ke Makkah. Di Makkah datanglah orang dari berbagai-bagal negeri kerana berbai’at dengannya di suatu tempat iaitu di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.

Tanda-tanda keluarnya Al-Mahdi dinyatakan di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani.

Di antara tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi itu ada beberapa perkara:
  1. Pecah Sungai Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut Parsi.
  2. Gerhana bulan pada awal malan daripada bulan Ramadhan dan gerhana matahari dari awal bulan Ramadhan.
  3. Gerhana bulan dua kali dalam bulan Ramadhan.
  4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.
  5. Naik bintang yang berekor yang cerah di sebelah timur.
  6. Zahir api yang besar dari timur selama tiga malam atau tujuh malam.
  7. Zahir kelam pada langit.
  8. Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada merah di tepi langit yang biasa.
  9. Seruan yang umum dari langit kepada sekelian ahli bumi dengan loghat masing-masing bahawa Al-Mahdi telah zahir.
  10. Tenggelam kampung Khrastan di dalam negeri Syam (Syria).
  11. Diserukan daripada Iangit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat hingga didengar oleh alhi bumi danipada Timur ke Barat. Maka orang yang tidur menjadi jaga, orang yang berdiri menjadi duduk dan orang yang terduduk menjadi terdiri di atas kedua kakinya kerana terlalu terkejut.
  12. Zahir jemaah dari lelaki atau kuda di dalam bulan Syawal. Kemudian maka kedengaran suara yang menunjuk atas yang bathil. Peperangan dalam bulan Zulhijjah serta ramai sehingga mengalir darah di atas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar).
  13. Zahir banyak gempa bumi.
  14. Datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan katanya, “Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.” (Dan seruan kedua) iaitulah seruan syaitan dengan katanya, “Ke­tahuilah olehmu bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari ketuarga Isa.” (Lihat Ad­Duratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah)

Setengah-tengah ulama’ telah menamakan tokoh-tokoh tertentu sebagai Al-Mahdi. Al-Mahdi yang mereka maksudkan ialah pemimpin-pem­inipin Islam yang adil selepas Rasulullah SAW. 

Berpandukan hadits Rasulullah SAW, “Tetaplah kamu dengan sunnahku dan sunnah khulafa Ar-Rasydin Al-Mahdi (yang mendapat petunjuk).” — Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi

Berpandukan hadits ini maka para ulama Ahli Sunnah Wal Jammah ada yangmenentukan seseorang sebagai Al-Mahdi, tetapi bukanlah sebagai Al-Mahdi Muntadzar sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW yang muncul di akhir zaman.

Hassan Ibrahini Hassan dalam kitabnya, Tarikhul Islam jüzu’ I m.s 407 menyebut dengan panjang lebar akan masalah ini dan  menjelaskan, “Bahawa Al-Mahdi yang dikatakan oleh beberapa ulama’ di dalam kitab-kitab mereka ada beberapa orang itu bukanlah Al-Mahdi yang akan muncul di akhir zaman.”

Al-Imam Ahmad Hanbal sendiri pernah menyebut, “Bahawasanya Umar bin Abdul Aziz tidak syak lagi adalah ia Al-Mahdi, tetapi bukanlah Al-Mahdi yang akan keluar diakhir zaman. Tetapi adalah Al-Mahdi yang mendirikan kebenaran dan kebajikan” (sila lihat kitab Naqdul Manqul ms 78-79).

Golongan Syiah yang berpendapat bahawa Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari sebagai Al-Mahdi juga tidak menyebutnya sebagai Al-Mahdi Muntadzar yang muncul di akhir zaman. 

Sebaliknya mereka menyebutnya sebagai Al-Mahdi yang akan memimpin mereka atas kebenaran dan kebajikan. (sila lihat kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II ms 382) 

Kisah Benar Lelaki Tua Berkain Pelikat Ini Akan Buatkan Anda Fikir Semula Tentang Kehidupan
inisemuakonspirasi.blogspot.com

Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Dan ia mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. Kami kongsikan kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat ini di bawah. Enjoy!

****
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik.

Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.

Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu. Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.

Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:

#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)

#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang. 

#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

***
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

***
#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.

Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”

#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

Gambar sekadar hiasan dan kredit untuk Google. Sumber - thevocket

Bahaya hidup membujang
detikislam.blogspot.com

Dakwah Maya - Sungguh, hampir saja kaki kita tergelincir kepada maksiat-maksiat besar kalau Allah tidak menyelamatkan kita dan kita boleh memasukinya (na'udzubillahi min dzalik tsumma na'udzubillahi min dzalik) kalau kita tidak berniat untuk menjaga kesucian kemaluan kita dengan berkahwin. 

Awalnya memasang niat yang bersungguh-sungguh untuk suatu perkara menghalalkan pandangan mata dengan akad nikah yang sah. 

Mudah-mudahan Allah menolong kita dan tidak mematikan kita dalam keadaan masih membujang.

Rasulullah Muhammad Saw pernah berpesan:

"Orang meninggal di antara kalian yang berada dalam kehinaan adalah bujang."

Rasulullah Saw. juga mengingatkan bahawa, "Sebahagian besar penghuni neraka adalah orang-orang bujang."

Seorang lelaki yang membujang harus menanggung beban syahwat yang sangat berat. Selain itu pada masa seperti sekarang ini ketika hampir segala hal penyebab gejolak syahwat untuk mencapai keinginan. 

Syarikat yang menghasilkan ubat memanfaatkan gambar-gambar wanita untuk menarik pembeli. Syarikat rokok juga memanfaatkan gadis-gadis muda yang seronok untuk mempromosikan rokoknya dengan merelakan diri mengambilkan sebatang rokok sekaligus menyalakan apinya ke lelaki yang sedang lengah ataupun sengaja "melengahkan" diri.

Maka, tidak semua dapat menahan fikiran dan angan-angannya. Dorongan-dorongan semulajadi untuk mempunyai teman hidup yang khusus ini telah menyita tumpuan. 

Daya serap terhadap ilmu tidak tajam. Apatah lagi untuk solat yang sukar merasakan kekhusyukan. Ketika mengucapkan Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in yang muncul bukan kesedaran mengenai kebesaran Allah yang patut disembah, melainkan bayangan-bayangan suasana ketika telah berkahwin. 

Malah, sebahagian membayangkan pertemuan cinta atau dating.

Solat orang yang masih belum berkahwin memang sukar mencapai kekhusyukan apatah lagi tingkah laku akhlak sehari-hari. Barangkali itu sebabnya Rasulullah Muhammad Saw. menyatakan:

"Solat dua rakaat yang didirikan oleh orang yang berkahwin lebih baik daripada solat malam dan berpuasa pada siang harinya yang dilakukan oleh seorang lelaki bujang."

Maka, bagaimana seorang yang masih membujang dapat mengejar darjat orang-orang yang sudah berkahwin, kalau solat malam yang disertai puasa di siang hari saja tidak boleh disamakan dengan darjat solat dua rakaat mereka yang telah didampingi isteri. 

Padahal mereka yang telah mencapai ketenangan batin, penyejuk mata dan ketenteraman jiwa dengan seorang isteri yang sangat besar cintanya, boleh jadi melakukan solat sunnah yang jauh lebih banyak berbanding yang belum berkahwin. 

Maka, apa yang boleh mengangkat seorang bujangan kepada kemuliaan di akhirat?

Keseluruhannya, membujang rasanya lebih dekat dengan kehinaan, sekalipun janggut yang lebat telah membungkus kefasihan mengucapkan dalil-dalil suci Al-Quran dan Al-Hadis. 

Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah, 

"Orang meninggal di antara kalian yang berada dalam kehinaan adalah bujang." 

Bujang adalah tanpa seorang pendamping yang boleh membantunya bertakwa kepada Allah, hati boleh terumbang-ambing oleh gharizah (instink) untuk memenuhi panggilan biologi, oleh kerinduan untuk mempunyai sahabat khusus yang hanya kepadanya kita boleh menceritakan sisi-sisi hati yang paling suci, serta oleh panjangnya angan- angan yang sukar sekali memangkasnya. 

Dalam keadaan demikian, agaknya sedikit sekali yang sempat untuk merasakan khusyuknya dalam solat dan tenangnya hati ketika berzikir. Dalam keadaan demikian, kita boleh disibukkan oleh maksiat yang datang. 

Sesekali dapat melepaskan diri dari maksiat memandang wanita ajnabi (bukan muhrim), tetapi masuk kepada maksiat yang lain. 

Fikiran disibukkan oleh hal-hal yang kurang maslahat, sedang mulut mengucapkan kalimat-kalimat yang memiriskan hati.

Di saat seperti ini, kita dapat memikirkan sekali lagi peringatan Rasulullah Muhammad. Dalam sebuah hadis yang berasal dari Abu Zar ra, Rasulullah Saw. menegaskan:

"Orang yang paling buruk di antara kamu ialah yang membujang (membujang), dan seburuk-buruk mayat (di antara) kamu ialah yang membujang (membujang)." (HR Imam Ahmad dalam Musnadnya, diriwayatkan juga oleh Abu Ya'la dari Athiyyah bin yasar. Hadis ini dha'if, begitu 'Abdul Hakim' Abdats menjelaskan).

Semoga Allah 'Azza wa Jalla melindungi kita dari kematian dalam keadaan membujang, sementara niat yang sungguh-sungguh untuk segera melangsungkan pernikahan, belum tumbuh. Semoga Allah SWT menolong mereka yang telah mempunyai niat. 

Kalau belum lurus niatnya, mudah-mudahan Allah mensucikan niat dan prasangkanya. Kalau telah kuat azamnya semoga Allah menyegerakan terlaksananya perkahwinan yang barakah dan dipenuhi redha-Nya. 

Kalau mereka masih terhalang, mudah-mudahan Allah melapangkan dan kelak memberikan keturunan yang memberi berat kepada bumi dengan kalimah laa ilaha illallah.

Ingatlah terhadap hal-hal yang sangat dikecam dan diberikan amaran mengenai bahayanya, biasanya Islam memberikan penghormatan yang tinggi untuk hal-hal yang merupakan sebaliknya. 

Kalau membujang sangat tidak disukai, kita mendapati bahawa berkahwin mendekatkan manusia kepada syurga-Nya. 

Ketika dikhabarkan kepada kita bahawa kebanyakan penghuni neraka adalah bujang, kita banyak mendapati di dalam hadis tentang kemuliaan akhirat dan bahkan keindahan hidup di dunia yang insya-Allah akan diperoleh melalui perkahwinan. 

Seorang yang berkahwin bererti menyelamatkan setengah dari agamanya. Bahkan bagi seorang remaja, berkahwin bererti menyelamatkan dua pertiga dari agamanya.

Kita menjumpai hadis yang memberikan soalan retorik sebagai sindiran, "Apa yang menghalang seorang mukmin untuk mempersunting isteri? Mudah-mudahan Allah mengaruniainya keturunan yang memberi berat kepada bumi dengan kalimah laa ilaha illallah. 

"Maka kita juga menjumpai hadis-hadis yang menjaminkan kepada kita yang ingin berkahwin demi menjaga kehormatan dan kesucian farajnya.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah Saw. bersabda, 

"Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt., seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormatannya." (HR. Thabrani)

Dalam hadis lain dalam darjat sahih, Rasulullah saw. bersabda: 
 

"Tiga golongan orang yang pasti mendapat pertolongan Allah, iaitu budak mukatab yang bermaksud untuk menjelaskan perjanjiannya, orang yang menikah dengan maksud memelihara kehormatannya, dan orang yang berjihad di jalan Allah. "(HR Turmudzi, An-Nasa'i, Al-Hakim dan Daruquthni).

Masih ada hadis senada. Namun demikian, ada baiknya kalau kita alihkan perhatian sejenak kepada peringatan yang disampaikan oleh Rasulullah, "Bukan termasuk golonganku orang yang merasa khuatir akan terkongkong hidupnya kerana menikah kemudian ia tidak menikah." (HR Thabrani).

Mudah-mudahan kita termasuk orang yang mempunyai keyakinan. Tanpa keyakinan, ilmu akan kosong maknanya.

Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Sabdaan Rasulullah SAW

“Sesungguhnya berdusta ke atas aku (guna namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain.  Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Mutawatir – HR Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu berdusta ke atasku, sesiapa yang berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.”  (HR Muslim)

“Cukuplah seseorang itu (dianggap) berdusta, yang mana dia menceritakan setiap yang didengarnya.” (HR Muslim)

Dari Aishah (ra);  “Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam), apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak.” (HR Muslim)

“Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas daripadaku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah khulafa al-rasyidin al-mahdiyin (beroleh petunjuk).  Berpeganglah dengannya dan gigitlah dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara baru ……” (Sahih HR Abu Dawud dan at-Tirmizi)

“Sesiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak di atas petunjuk kita, maka dia ditolak.”  (Sahih – HR Bukhari)

“Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama kerana setiap yang diada-adakakan itu bid’ah dan setiap yang bid’ah di dalam neraka.” (Sahih – HR Abu Dawud, a-Tirmizi, Ibn Majah,  al-Darimi, Ibn Hiban & al-Zahabi)

“Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak. Mereka bertanya; ‘Apakah puak itu wahai Rasulullah? Jawab baginda; ‘Apa yang aku dan para sahabahku berada di atasnya (ahlul sunnah wal jama’ah).’  (Hasan -HR at-Tirmizi)

“Sentiasalah yang membawa ilmu ini, mereka yang ‘adil dari para penyambung (setiap generasi).  Mereka menentang golongan yang melampaui batas (ghuluw), dakwaan bohong golongan yang batil (sesat) dan takwilan golongan yang jahil.”  (Nilaian yang berbagai mengenai sanadnya.  Kesimpulan, sanadnya hasan – HR Ibn ‘Adi )

Kata Ibn Mas’ud ra. terhadap mereka yang melakukan zikir yang kuat, beramai-ramai (halaqah) ketika menunggu solat.

“Celakalah kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih ramai lagi, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun  belum lagi pecah! Demi yang jiwaku berada di tanganNya, apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan? Jawab mereka; ‘Demi Allah wahai Abu Abd Rahman, kami hanya bertujuan baik.  Jawabnya; ‘Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya.”  (Sahih – HR al-Darimi dalam Musnadnya)

Kata-Kata Salafus Soleh

Keluhan Khalifah ‘Umar Abd Aziz rh.

“Aku ini sedang membaiki suatu urusan yang tiada siapa dapat membantunya melainkan Allah SWT kerana orang-orang tua telahpun tua dengan kesilapannya; dan yang sedang membesar pula, membesar dalam kesalahan itu dan orang-orang yang bukan ‘Arab (Ajam) telah menjadi fasih dengan kesalahan itu, dan orang-orang ‘Arab pula telah menganggapnya (kesalahan itu) sebagai baik.  Sehingga mereka menyangka yang salah itulah agama dan mereka tidak mahu melihat kebenaran selain daripada itu.”

Kata Khalifah ‘Umar Abd Aziz rh,

“Sesiapa yang mengabdikan diri kepada Allah SWT tanpa ilmu, maka apa yang dia rosakkan lebih banyak daripada apa yang dia perbaiki.”

Kata Abdullah Ibn Mubarak rh;

“Sanad itu adalah sebahagian daripada din (agama), kalaulah tidak kerana sanad sesiapa pun akan bercakap apa sahaja yang dia mahu.”  (HR Muslim)

Kata al-Imam Ahmad Sinan al-Qattan rh;

“Tiadalah di dunia ini seorang ahli bid’ah pun, melainkan ia membenci ahli hadis. Apabila seseorang melakukan bid’ah maka dicabut kemanisan hadis dari hatinya.”

Kata Muhammad Ibn Sirin rh,

“Sesungguhnya ilmu ini (Al-Quran dan al-Sunnah) adalah Din (agama). Oleh itu perhatikanlah daripada siapa kamu semua mengambil agama kamu.”

Imam Malik bin Anas berkata;

“Tiada seorangpun selepas Nabi SAW melainkan pendapatnya boleh diterima dan ditolak kecuali Nabi SAW”

Imam al-Zahabi rh berkata;

“Setiap orang boleh diambil dan ditolak pendapatnya kecuali Rasulullah SAW.  Namun jika seseorang imam itu tersilap dalam ijtihadnya, tidak wajar kita lupakan segala kebaikannya dan menafikan amalan ma’rufnya. Bahkan kita beristighfar untuknya dan memaafkannya.”

Kata Imam al-Zahabi rh terhadap Ihya’ karangan al-Ghazali rh;

“Aku katakan al-Ghazali adalah seorang Imam yang terkemuka.  Namun, bukanlah syarat seorang yang ‘alim itu tidak melakukan kesilapan.”

Sebuah cerita dari al-Syatibi rh. Dalam al-I’tisam;

Wahai Abu Abdullah (nama samaran Imam Malik) dari mana aku patut berihram?   “Dari Zulhulaifah, iaitu tempat Rasulullah berihram.” Lelaki itu berkata; “Aku ingin berihram dari Masjid Nabawi.”  Imam Malik menjawab, “Jangan lakukan!”   Lelaki itu berkata “Aku ingin berihram dari kubur Nabi SAW.” Imam Malik menjawab, “Jangan buat. Aku bimbang fitnah menimpa dirimu.”  Lelaki itu berkata;   “Fitnah apa? Hanya jaraknya sahaja yang aku tambah.” Imam Malik menjawab,   “Apakah fitnah yang lebih besar daripada engkau merasakan bahawa engkau telah mendahului satu kelebihan yang Rasulullah SAW kurang padanya. Sesungguhnya aku telah mendengar Allah SWT berfirman; Berhati-hatilah mereka yang menyalahi perintah (Rasulullah SAW). Jangan sampai menimpa mereka ditimpa musibah atau azab siksa yang pedih (Surah an-Nur: 63)”.


Mukmin dimatikan dengan angin sebelum kiamat
nasbunnuraini.wordpress.com
Januari 23, 2008 — sulaiman

Dakwah Maya - Orang Islam adalah penawar kepada seluruh umat Islam. Orang Islam yang takwa, taat menjadi penawar iaitu penahan bala. 

Sekadar Ilustrasi
Dalam satu hadis dinyatakan ada orang sembahyang ada yang tidak, ada yang puasa, ada yang tidak. Namun tidak dikenakan bala selagi ada orang Islam yang taat.

Dalam hadis yang lain ” tidak berlaku kiamat selagi ada orang yang menyebut nama Allah“. Bila Allah hendak menamatkan perkhidmatan dunia, orang Islam dimatikan melalui angin.

Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata:-

Nabi s.a.w bersabda lagi: “Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik….lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik – mukmin dan muslim, dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat.”

Dan pada satu riwayat yang lain:

“Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu.

Nabi s.a.w bersabda lagi:

“Maka tinggallah sahaja orang-orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kedurhakaan secepat burung terbang, dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk.

Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka serta bertanya: “Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingkan diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakanku?

Maka mereka pun bertanya: Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan?

Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka dengan Tuhan (konon), mereka menerima ajakan Syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa….”

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget