Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

Hukum puasa

Puasa Wajib

  • Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
  • Puasa Kifarah.
  • Puasa qadha
  • Puasa Nazar.

Puasa Sunat

Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:
  • Puasa enam hari pada bulan Syawal
  • Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah, namun menurut Ahli Sunah Waljamaah (Sunni), berpuasa pada 9 Zulhijjah adalah haram bagi orang yang menunaikan ibadah Haji. Berpuasa pada 9 Zulhijjah juga adalah dilarang dalam Mazhab Syiah.
  • Puasa pada hari tasu'a 9 muharam danHari Asyura pada 10 Muharam
  • Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
  • Puasa pada 13, 14, 15 haribulan pada setiap bulan Islam Hijrah. Pada tarikh-tarikh tersebut bulan akan berada dalam keadaan amat jelas kelihatan serta purnama penuh. Juga dikenali sebagai Puasa Hari Putih.
Puasa Haram

Rencana utama: Tempoh haram puasa
  • Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
  • Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
  • Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
  • Puasa pada Hari Tashriq pada 11, 12, 13 Zulhijjah
  • Puasa perempuan haid & Nifas
  • Puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijjah, larangan berpuasa menurut Mazhab Syiah, tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Muslim yang mengikuti Mazhab Ahli Sunah Waljamaah, namun menurut pandangan Ahli Sunah Waljamaah juga, haram berpuasa pada hari tersebut bagi orang yang menunaikan Haji di Arafah.
  • Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya sedangkan suaminya berada di rumah
  • Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget