Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

Pengharaman Daging Babi Dari Sudut Sains

Daging Babi secara fizikalnya sama sahaja seperti daging lembu, kerbau, kambing dan sebagainya. Kenapa daging ini diharamkan Allah ?

Soalan ini agak berat untuk dijawab. Ia memerlukan kajian & penyelidikan bertahun-tahun untuk mendapatkan jawapan yang memuaskan hati.

Akan tetapi, sebagai seorang Islam, jawapan mudahnya begini sahaja. KAMI BERIMAN KEPADA ALLAH. Kami patuh kepada semua suruhanNya. Dan kami akan meninggalkan semua laranganNya. 

Memang terdapat beberapa perbezaan antara daging lembu dan daging babi. Sekurang-kurangnya 5 perbezaan. 

Di Malaysia, daging lembu biasanya dijual oleh penjual Melayu yang majoritinya berugama Islam. Daging babi pula biasanya dijual oleh peniaga Cina yang kebanyakannya bukan islam.

Walau bagaimanapun, di negara-negara tertentu, peniaga beragama Islam dan bukan Islam sukar dibezakan. Kalau mereka berniaga di tempat terbuka, agak sukar untuk membezakan antara daging lembu dan daging babi.

Bagaimanakah Cara Nak Membezakan Antara Daging Lembu Dan Daging Babi?

Awas....!! Ambil perhatian ini agar anda tidak mudah ditipu..

Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu  iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur.

Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.

Dari Segi Warna. 

Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Ia mempunyai warna merah pucat.

Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.

Dari Segi Serat Daging

Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).

Dari Segi Lemak Yang Kelihatan

Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).

Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.

Dari Segi Tekstur

Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan

Dari Segi Aroma

Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui.

Daging babi mempunyai bau yang meloyakan tekak & sukar diterima.

Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini.

Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan.

Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.

Ciri-Ciri Secara Umum

Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

Perhatikan Perbezaannya


Anda Tahu Kenapa Allah Mengharamkan Daging Babi?

Dari Sudut Sains

BAHAYA [1]

Daging Babi mempunyai cacing pita yang mendiami di dalamnya. Saat anda minum air bikarbonat atau sebarang minuman masam, dia akan keluar dan mengerumuni kawasan perut anda.


Ia sangat kotor dan jijik. Anda boleh lihat sendiri youtube yang menceritakan perkara ini.

Kisah tentang cacing pita yang merbahaya ini,  tabib perubatan terkenal cina seperti Yan Show Tan, Sun See Moa dan Lee Shih Ch’en pada zaman Dinasti Tang (sezaman dengan Nabi Muhammad S.A.W) dan Dinasti Ming telah memperingatkan tentang pelbagai mudarat yang boleh menimpa umat manusia yang memakan daging babi.

Antaranya, mereka yang memakan babi akan mudah mendapat penyakit kemandulan, sakit tulang dan asma
.
Daripada kenyataan tabib terkenal cina ini, dapat kita rumuskan bahawa bahaya yang menimpa manusia dari makan daging babi kepada 3 iaitu serangan pada sistem pembiakan, sakit tulang merujuk kepada tubuh badan mankala asma menerangkan serangan kepada sistem pernafasan kita.

Perlu kita ketahui lazimnya pengidap penyakit asma didahului atau bersama- sama dengan batuk dan selesema.

BAHAYA [2]

Daging Babi juga mempunyai virus atau kuman dalam genetik babi yang akan menghasilkan puluhan  penyakit lainnya. Demikian menurut hasil kajian saintis barat.

Penemuaan yang mengejutkan telah dilapurkon oleh Journal of Virology 1997, kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang dipimpin oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin.

Penemuan mereka jelas menunjukkan pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus yang biasanya tidak menjangkiti manusia akan bertukar menjadi kuman yang berbahaya,menjangkiti dan membunuh manusia, lebih membimbangkan lagi, menurut.

Dr.Virginia Hinshaw, Dekan di Graduate School Universiti Wisconsin-Madison, sistem pertahanan manusia tidak mampu menangkis serangan dari virus-virus ini

Sebagai bukti yang hampir dan jelas seperti kenyataan yang dibuat oleh Profesor Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang virologi dari Institut Kajian Kanser, London, berkata pada babi wujud retrovirus dari keluarga yang sama dengan kuman HIV.

Ia tidak dapat dibuang atau dipisahkan dari babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya.

Merujuk kepada kenyataan pakar-pakar sains yang menganggap babi sebagai mixing vessel atau ‘tempat pelbagai kuman bertakung sebelum diubah ke bentuk yang berbahaya.’dan juga kenyataan DR Virgina Hinshaw, menurut pandangan peribadi saya, tidak hairanlah kuman HIV yang wujud sekarang ini adalah dari retro virus yang wujud pada babi yang telah dimutankan

Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts dan juga merupakan Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan terdapat lebih daripada 25 penyakit yang boleh di jangkiti dari babi.

Ada di antaranya penyakit-penyakit ini berkebolehan membunuh kita seperti :influenza dan leptospirosis. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.

Penyakit- penyakit tersebut ialah;

1. Anthraxc
2. Ascaris suum
3. Botulism
4. Brucella suis
5. Cryptosporidiosis
6. Entamoeba polecki
7. Erysipelothrix shusiopathiae
8. Flavobacterium group IIb-like bacteria
9. Influenza
10. Leptospirosis
11. Pasteurella aerogenes
12. Pasteurella multocida
13. Pigbel
14. Rabies
15. Salmonella cholerae-suis
16. Salmonellosis
17. Sarcosporidiosis
18. Scabies
19. Streptococcus dysgalactiae (group L)
20. Streptococcus milleri
21. Streptococcus suis type 2 (group R)
22. Swine vesicular disease
23. Taenia solium
24. Trichinella spiralis
25. Yersinia enterocolitica
26. Yersinia pseudotuberculosis

Pada tahun 1997, ahli-ahli sains menemui telah menemui beberapa kuman virus lagi keluaran babi yang boleh menjangkiti manusia. Kuman-kuman ini belum pernah ditemui sebelum ini, antaranya ialah,

27. Porcine Torovirus.
28. Porcine Rotavirus (Variant 4F).
29. PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus).
30. H3N2 Swine Flu Virus.

31. retroviruses PERVS – Virus ini membiak di dalam tabung uji yang mempunyai sel-sel buah pinggang manusia dan ia merebak melalui cecair yang ada pada tubuh manusia dan ini menyebabkan ia mudah menjangkiti orang lain.

Dengan penemuan ini, Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat / organ dari babi kepada manusia.

32. virus menangle dari kumpulan paramyxovirus, virus baru yang belum pernah ditemui oleh pakar-pakar sains dari Australia pada Ogos 1997

Dan kini virus H1N1 atau dikenali juga selesema babi, satu lagi penyakit yang dibawa oleh virus babi menyerang dunia.

BAHAYA [3]

Memakan Daging Babi akan menyebabkan penimbunan asid urik yang berlebihan di dalam badan manusia. Ini kerana babi tidak boleh disembelih kerana secara alamiahnya, lehernya pendek.

Pada saat ia dimatikan, darah tidak memancut keluar seperti darah lembu.

Ini bererti darah babi bertakung di dalam dagingnya. Kandungan asid urik yang tinggi di dalam darahnya akan memberi banyak kesan negatif kepada kesihatan manusia..

Kewujudan Flu / Selsema

Kewujudan flu yang merbahaya. Pada tahun 1918, ia di kenali sebagai Spanish flu atau (H3N2). Ia merupakan wabak yang paling teruk dalam sejarah dunia moden.

Mengikut beberapa kajian, kuman virus yang menyebabkan wabak ini datang dari babi-babi di Amerika. Ia menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I.

Jangkitan kuman virus influenza ini, telah membunuh lebih kurang 20 juta manusia di seluruh dunia. Malahan ada yang menganggarkan mangsa-mangsanya yang sebenarnya berjumlah 40 juta orang.

Di ikuti dengan Asian flu pada tahun 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu pada tahun 1977.

Dan kini virus H1N1 atau dikenali juga selesema babi, satu lagi penyakit yang dibawa oleh virus babi menyerang dunia dan apabila Allah mengharamkan sesuatu, ia pastinya suatu yang keji dan memudaratkan.

Seperti mana firmanNya di dalam Al-Quran: “Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah dan daging babi.” (Surah Al-Baqarah ayat 173).

Secara Psikologinya

Seorang Non Muslim pernah bertanya kepada seorang ulamak Islam. Kenapa Tuhan kamu mengharamkan makan daging babi? Ternyata ia sebuah soalan yang sinis. Ulamak itu tidak memberi apa-apa jawapan ilmiah.
  
Sebaliknya, ia menyuruh Non Muslim itu menyediakan 2 ekor ayam jantan & seekor ayam betina. Ayam betina itu diregukan dengan seekor ayam jantan selama seminggu.

Cukup seminggu, dimasukkan seekor lagi ayam jantan ke dalam reban. Ayam jantan yang baru cuba mengawan ayam betina. Ayam jantan yang merupakan kekasih awal kepada ayam betina tersebut naik marah. Ia segera melancarkan serangan. Maka terjadilah pergaduhan.

Ujikaji di atas diulangi dengan menggunakan babi. Bila babi jantan yang kedua dimasukkan ke dalam kandang, babi jantan yang pertama tadi "cool" sahaja. Dia tidak membentak marah. Dia tidak melakukan apa-apa serangan kepada lawannya.

Ujikaji di atas menunjukkan bahawa umat Islam yang memakan daging halal mempunyai maruah diri yang tinggi.

Dia tidak rela maruahnya diperkotak-katikkan oleh orang lain sesuka hatinya. Dia akan mempertahankan maruah dirinya, keluarganya, bangsanya, harta-bendanya, agamanya dengan seluruh kekuatan dirinya.

Ujikaji kedua pula menunjukkan sebaliknya. Non Muslim yang memakan daging babi yang haram mempunyai jiwa yang lemah.

Mereka mudah terumbang-ambing dengan konsep hidup yang pelbagai macam. Kadang-kadang mereka berpegang kepada BORN TO ENJOY, BORN TO BE FREE, LIFE IS DANGEROUS dan macam-macam hal lagi.

Mereka juga membenarkan anak isteri mereka keluar dengan lelaki lain dan balik jauh malam. Pendek kata, maruah diri mereka sebagai suami atau sebagai ayah hilang begitu sahaja. Orang Islam sangat pantang tentang perkara tersebut.     

Terjawab Segala Persoalan

Dengan adanya artikel ini menjawab segala persoalan yang sering dilontarkan orang, kenapa Allah mengharamkan babi dimakan oleh umatnya

Penyakit yang dibawa oleh babi telah diketahui sejak dinasti Tang dan Ming di China. Beberapa rentetan sejarah moden juga telah membuktikan bahawa ia membawa bencana kepada umat manusia. Persoalannya,  kenapa ia masih diternak secara besar-besaran???.

Sebagai contoh, di Perancis sahaja,  jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000 orang.  Bagaimana pula dengan jumlahnya di negara Cina, Thailand dan juga di Malaysia sendiri.

Jika tidak mendapat sambutan di pasaran, bagaimana mereka boleh menternak babi? Persoalannya, bukankah 2/3 negara di dunia ini negara Islam.

Kemanakah ia dipasarkan? Soalan ini sepatutnya membuka mata anda.

Awasilah semua produk dari barat dan negara-negara bukan Islam. Memang dia tak datang dalam bentok daging yang berkeping-keping, tetapi dalam bentok lemak, kapsul, tisu, bulu dan sebagainya.

Makanlah makanan yang dihasilkan oleh tangan-tangan mereka yang bertakwa. Semoga nasihat ini berguna untuk anda.

Sumber

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget