Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

Kerugian meninggalkan puasa Ramadan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. 

Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan sahaja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W bermaksud:

“Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Abu Umamah ra berkata; "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah, tunjukkan daku suatu amalan yang membolehkan daku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda: "Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tiada satu cara pun yang mampu menandinginya."

(Hadis diriwayatkan oleh Ibn Hibban. No:3494)


Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget