Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

20 wali Allah

Ibnu Umar r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW,

“Sentiasa terdapat di kalangan umatku lima ratus orang yang terpilih dan empat puluh abdal.

Apabila ada sesiapa yang meninggal dunia dalam kalangan mereka maka terus ada orang lain yang menggantikan tempatnya.”

Para Sahabat bertanya, “Apakah amalan-amalan mereka yang khusus?”

Jawab Baginda, “Mereka memaafkan orang yang zalim, berbuat baik walaupun kepada orang yang melakukan kejahatan dan mereka bersimpati serta berbuat baik terhadap orang ramai dengan rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka.”

(Jamius Saghir, Imam Suyuti dan MaqasidImam Sakhawi)

Berikut adalah 20 antara wali Allah yang terkenal seperti;

Habib An-Najar – Beliau adalah seorang lelaki beriman di negeri Antakiah yang diceritakan di dalam surah Yasin. Disebabkan keimanannya, beliau telah diseksa dengan kejam. Akhirnya, seluruh penduduk negeri itu dibinasakan dengan tempikan malaikat.

Uwais al-Qarni – Beliau adalah seorang Tabiin yang hidup pada zaman Nabi Muhammad SAW tetapi tidak pernah melihat Nabi SAW. Beliau berkhidmat kepada ibunya yang uzur dengan penuh ikhlas sehingga Nabi SAW meminta Sayidina Umar dan Sayidina Ali mencarinya dan memohon doa daripadanya. Namanya terkenal di langit dan tidak di bumi.

Hasan al-Basri – Kedua-dua ibu bapanya asalnya merupakan hamba. Ayahnya bernama Yasar merupakan bekas hamba kepada Sahabat Nabi SAW yang juga seorang penulis wahyu iaitu Zaid bin Tsabit r.a.. Ibunya pula bernama Khayra, bekas hamba kepada Ummu Salamah r.a., isteri Rasulullah SAW. Hasan al-Basri menjalani sebahagian besar kehidupannya di Basrah dan berkesempatan berjumpa dengan ramai Sahabat Nabi SAW termasuklah 70 orang Ahli Badar.

Umar Abdul Aziz – Beliau merupakan cicit kepada Sayidina Umar al-Khattab dan sering dijoloki dengan gelaran Khalifah ar-Rasyidin kelima. Jumhur ulama mengatakan bahawa beliau adalah mujaddid Islam pertama setelah 100 tahun kewafatan Rasulullah SAW. Sejak dilantik menjadi khalifah, banyak perubahan yang dilakukan dalam negara meskipun tempoh pemerintahannya cuma dua tahun. Beliau sangat tegas dan zuhud. Rakyat menjadi sayang kepadanya walaupun ada orang lain yang mendengkinya. Beliau akhirnya meninggal dunia kerana diracun.

Sariy as-Saqati – Beliau merupakan seorang guru tasawuf pertama di Baghdad. Beliau adalah guru kepada Junaid al-Baghdadi. Sariy as-Saqati mengusahakan sebuah kedai di Baghdad. Pada suatu hari, pasar Baghdad terbakar. Sariy telah berdoa supaya api tidak membakar kedainya. Ternyata, setelah api itu terpadam, kedainya tidak terbakar. Bagi menunjukkan rasa syukurnya, dia telah memberikan segala isi kedainya kepada fakir miskin. Mulai saat itu, dia berhenti berniaga dan memilih jalan hidup sebagai ahli sufi. Meskipun begitu, beliau memilih untuk bermujahadah di tengah orang ramai dan bukan mengasingkan diri.

Syeikh Junaid al-Baghdadi – Beliau merupakan anak murid kepad Syeikh Sariy as-Saqati. Sejak kecil, beliau telah melalui pelbagai latihan kerohanian untuk mendekatkan diri kepada Allah. Beliau dikurniakan akal yang cerdas sehingga mampu memahami sesuatu perkara dengan cepat dan mempunyai gerak hati yang benar. Setelah dewasa,beliau menjadi seorang ulama tasawuf yang berpengaruh dan menjadi rujukan ramai umat Islam sejak zamannya hingga kini.

Ibrahim bin Adham – Beliau ialah seorang raja Balkh. Namun, setelah mendapat hidayat, beliau memilih jalan hidup sebagai ahli sufi. Hasil mujahadahnya selama beberapa tahun, akhirnya beliau menjadi seorang ulama yang masyhur. Pernah suatu ketika, jarumnya terjatuh ke dalam kolam. Dengan izin Allah, beribu-ribu ekor ikan datang membawa jarum emas di mulut masing-masing.

Fudhail bin Iyadh – Ketika zaman mudanya, Fudhail bin Iyadh merupakan seorang ketua perompak. Setelah bertaubat, beliau mahu membebaskan dirinya daripada kumpulannya. Namun begitu, seorang Yahudi dalam kumpulannya telah meletakkan syarat supaya Fudhail meratakan sebuah bukit pasir. Dengan izin Allah, bukit pasir itu menjadi rata. Namun, Yahudi itu tidak berpuas hati sehinggalah dia melihat longgokan tanah yang dipegang oleh Fudhail menjadi emas. Akhirnya, Yahudi itu memeluk Islam.

Fudhail bin Iyadh – Setelah menjadi ahli sufi, beliau dikunjungi oleh Khalifah Harun ar-Rasyid. Tegurannya untuk khalifah telah menyebabkan khalifah menangis.

Ibrahim al-Khawwas – Beliau ialah sahabat baik Junaid al-Baghdadi. Terdapat dua kisah yang popular mengenai wali Allah ini. Pertama, bagaimana beliau meng-Islamkan seorang paderi Kristian dan kedua adalah bagaimana beliau menyelamatkan seorang puteri Raja Rom yang sudah beriman, keluar dari istana tersebut. Puteri itu akhirnya meninggal dunia di Makkah dalam keadaan beribadat.

Abu Yazid al-Bustami – Sejak kecil, beliau akan menendang perut ibunya jika ibunya memasukkan makanan yang syubhah atau diragui. Setelah meningkat dewasa, dia masih berbakti kepada ibunya. Ibunya membenarkan dia keluar dari rumah untuk menuntut ilmu. Berkat doa ibunya, beliau menjadi seorang ulama yang masyhur.

Sufyan as-Sauri – Beliau terkenal sebagai ulama yang suka menegur khalifah. Jika beliau tidak menegur, air kencingnya akan menjadi darah kerana takutnya kepada Allah. Ketika beliau meninggal dunia, seekor burung datang dan menjadi saksi keimanannya.

Malik bin Dinar – Beliau mendapat gelaran Dinar setelah berlaku peristiwa di mana ikan-ikan datang kepadanya sambil membawa beberapa keping dinar emas. Setelah menjadi seorang ahli sufi, beliau dikurniakan hikmah dan karamah. Bukan setakat itu, beliau juga menjadi asbab orang lain mendapat hidayat.

Syeikh Abdul Wahid bin Zaid – Beliau memohon kepada Allah untuk melihat temannya di dalam syurga dan Allah telah tunjukkan bahawa temannya di dalam syurga ialah seorang wanita pengembala kambing. Apa yang peliknya, ketika syeikh menjumpai rumahnya, dia melihat kambing-kambing itu berkawan baik dengan serigala. Syeikh juga berpengalaman meng-Islamkan seorang penyembah berhala yang mereka jumpai di sebuah pulau. Setelah memeluk Islam, dia menjadi seorang hamba yang soleh dan meninggal dunia tidak berapa lama selepas itu. Syeikh bermimpi bahawa bidadari sedang menunggu lelaki itu.

Syeikh Abdul Wahid – Beliau mempunyai seorang hamba lelaki yang mempunyai tabiat yang pelik. Setiap hari hamba tersebut akan memberikan duit satu dinar kepada syeikh sehingga orang ramai curiga dan menuduh dia mencuri. Syeikh lalu menyiasat perkara itu. Akhirnya, barulah dia menyedari bahawa hambanya itu adalah seorang wali Allah. Hamba itu mendapat duit itu setiap kali selepas mengerjakan solat malam.

Malik bin Anas – Nama sebenar Imam Malik ialah Malik bin Anas bin Malik bin Abu Amir. Abu Amir adalah seorang Sahabat Nabi SAW yang berasal dari Yaman. Imam Malik lahir di Madinah pada tahun 93 Hijrah. Dia sangat suka menuntut ilmu walaupun dibesarkan dalam keluarga yang miskin. Dia terpaksa menjual kayu api untuk mendapatkan wang. Berkat usahanya, pada usia 17 tahun, dia sudah mendalami pelbagai ilmu agama. Gurunya berjumlah 900 orang dan separuh daripada mereka adalah ulama tabiin.

Imam Syafie – Imam Syafie pernah mengalami pertemuan dengan seorang bekas penganut Kristian yang mendapat hidayat setelah didakwahi oleh seekor binatang yang aneh.

Ahmad bin Harun ar-Rasyid – Beliau ialah anak khalifah Harun ar-Rasyid. Disebabkan tidak mahu bermewah, beliau hidup berasingan dengan istana dengan menjadi seorang buruh binaan. Namun begitu, terdapat satu keajaiban yang berlaku. Ketika beliau bekerja, batu bata dan simen tersusun dengan sendiri sehingga menjadi rumah. Kerja-kerja yang biasanya disiapkan oleh 10 orang hanya dilakukan berseorangan diri dalam masa sehari sahaja.

Bahlul – Beliau ialah seorang ahli hikmah yang berwatak bagaikan orang yang kurang siuman. Sebenarnya, itulah cara beliau menyembunyikan kecerdikannya. Beliau banyak menjadi penasihat kepada Khalifah Harun ar-Rasyid.

Zun Nun al-Misyri – Beliau ialah seorang ulama dari Mesir. Antara kisahnya adalah peristiwa tatkala beliau dan isterinya dihanyutkan di tengan lautan. Ketika itu, mereka dibantu oleh seseorang yang mampu berjalan di atas air.

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget