Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

Sheikh Imran Hosein

Sheikh Imran Nazar Hosein dilahirkan di Pulau Caribbean, iaitu di Trinidad pada tahun 1942 dari ibu bapa yang berhijrah sebagai buruh kontrak dari India.

Beliau adalah lulusan dari Institut Aleemiyah Karachi dan telah belajar di beberapa institusi pengajian tinggi lain termasuk Universiti of Karachi, Universiti of West Indies, Universiti Al Azhar dan Institute of International Relations Geneva Switzerland. Sebelum menjadi pendakwah, Sheikh Imran telah bekerja selama beberapa tahun sebagai Pegawai Perkhidmatan Luar di Kementerian Luar Negeri Kerajaan Trinidad dan Tobago, tetapi pada tahun 1985 beliau meletakkan jawatan tersebut untuk mengabdikan hidupnya demi Islam.

Sheikh Imran pernah tinggal di bandaraya New York, Amerika Syarikat selama 10 tahun. Beliau berkhidmat sebagai Pengarah Pengajian Islam di Joint Committee of Muslim Organizations of Greater New York.

Beliau memberi syarahan mengenai Islam dalam beberapa universiti, kolej, gereja, rumah-rumah ibadat, penjara, dewan orang ramai dan lain-lain tempat di sekitar Amerika Syarikat dan Kanada.

Beliau juga mengambil bahagian dalam berdialog antara agama dengan paderi Nasrani dan Rabbi Yahudi semasa mewakili Islam di Amerika Syarikat.

Beliau juga adalah Imam untuk Masjid Dar al-Qur'an di Long Island, New York. Beliau juga mengetuai solat Juma'at mingguan dan menyampaikan khutbah di Ibu Pejabat Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu di Manhattan sebulan sekali selama sepuluh tahun secara berterusan.

Di antara jawatan lain yang pernah disandang oleh Sheikh Imran adalah;

Pengetua Institut Pengajian Islam Aleemiyah di Karachi, Pakistan
Pengarah Penyelidikan Kongres Dunia Islam di Karachi, Pakistan
Pengarah Institut Pendidikan & Penyelidikan Islam di Miami, Florida Amerika
Pengarah Dawah Tanzeem-e-Islami Amerika Utara




Setelah menamatkan pengajian dari Institut Pengajian Islam Aleemiyah Karachi pada tahun 1971, dibawah bimbingan gurunya iaitu Maulana Dr. Muhammad Fazlur Rahman al-Ansari al-Qaderi rahimahullah (keturunan Abu Ayyub al-Ansari radi' Allahu ‘anhu) yang merupakan seorang cendekiawan Islam, guru dan pembimbing rohani, berserta dengan berkat guru kepada gurunya iaitu Maulana Muhammad Abdul Aleem Siddiqui al-Qaderi radi'Allahu ‘anhu (keturunan Abu Bakr as-Siddiq radi' Allahu ‘anhu), Sheikh Imran berusia 29 tahun, telah mengembara ke seluruh pelusok dunia secara terus menerus untuk menyampaikan da'wah Islam dan mengadakan kuliah.

Sebahagian besar ucapannya, adalah memberi tumpuan kepada agenda perjuangan Zionisme dan juga tafsiran dan ta'wilan daripada ayat-ayat al Quran dan juga hadis mengenai akhir zaman. Selain itu, Sheikh Imran juga telah menulis pelbagai jenis buku berkaitan Islam.

Buku bertajuk "Jerusalem di dalam Al-Quran - Pandangan Islam Berkenaan Halatuju Jurusalem" telah menjadi 'best seller' dan telah diterjemahkan dan diterbitkan dalam berbagai bahasa dunia. Prof. Dr. Malik Badri, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), IIUM (UIAM), Kuala Lumpur, Malaysia, menulis Kata Pengantar untuk buku ini, menurutnya:

Akhirnya, saya kagum dengan gaya penulisan Imran. Walaupun tesis Jerusalem di dalam al-Quran ini ditulis dengan teliti dengan menggabungkan fakta-fakta agama, sejarah dan kejadian-kejadian politik masa kini berserta interpretasi mendalam al-Quran dan hadith, ia ditulis seperti sebuah cerita.

Tidak mungkin dapat menghentikan bacaan buku ini apabila ia dimulakan. Ini adalah kualiti sebuah penulisan novel. Seorang pembaca akan membaca sekali sesebuah buku dan seterusnya mengenetepikannya - tetapi tidak kepada buku yang merangsang pemikiran seperti yang ditulis oleh Sheikh Imran ini.

Buku ini adalah rujukan yang perlu diteliti untuk kajian berulang-ulang kali. Saya percaya kebijaksanaan Sheikh Imran dalam berbahasa adalah hasil dari kebolehannya tersendiri yang disertakan dengan usaha keras tanpa penat lelah sebagai penceramah dan da’i, serta Rahmat Ilahi atas keikhlasannya. ['Jerusalem Di Dalam al-Quran', Masjid Dar al -Al-Quran, Long Island, New York. 2002. p. xvi]

Prof. Dr. Abul Fadl Mohsin Ebrahim, Profesor Pengajian Islam di Universiti Durban di Afrika Selatan, mengatakan tentang buku ini:

Jerusalem Di Dalam al-Quran muncul pada waktu kritikal ketika moral kaum Muslim berada di tahap yang paling rendah. Pencerobohan Tanah Suci oleh golongan Yahudi yang tidak berkesudahan menyebabkan orang islam memohon kepada Tuhan sebagaimana dilakukan oleh saudara mereka semasa dihukum oleh golongan kuffar Mekah: "Bilakah akan datang pertolongan Allah?"

Kebolehan Sheikh Imran merungkaikan sebab-sebab di sebalik kejadian di dunia hari ini menjadi sumber inspirasi buat golongan Islam kerana beliau menggunakan kaedah penafsiran ilmiah al-Quran dan hadith dengan meyakinkan dan menyatakan bahawa pertolongan Allah subhanahu wa ta'ala adalah hampir dan Tanah Suci akan dibebaskan dari cengkaman Yahudi dan Islam akan kembali sebagai negara pemerintah dunia kelak.

Pembaca buku ini akan kagum dengan tahap pemahaman penulis dalam aspek politik dunia. Jerusalem Di Dalam al Quran merupakan suatu sumber yang memberi cahaya kepada golongan Muslim dan suatu pembuka mata buat mereka yang digelar 'Ahli Kitab'.['Jerusalem Di Dalam al-Quran, Masjid Dar al-Qur'an, Long Island, New York. 2002.]



Bahasa Indonesia

Buku pertama Sheik Imran, bertajuk 'Islam dan Buddha di Dunia Moden' telah ditulis ketika berusia 29 dan masih kekal satu-satunya buku mengenai perkara itu oleh seorang ulama Islam.

Buku yang memenangi pujian yang tertinggi dari ulama ulung seperti Naib Canselor Universiti Karachi dan ahli sejarah yang terkenal, Dr. Ishtiaq Husain Quraisy, ahli undang-undang Pakistan terkenal dan ahli falsafah, A.K. Brohi, dan ahli sosiologi Islam terkemuka, Dr. Basharat Ali. Ini adalah apa yang dikatakan oleh A.K. Brohi mengenai buku 'Islam and Buddha in the Modern World':

Apa yang paling mengejutkan saya ketika membaca karangan hebat Sheikh Imran adalah dari kejernihan, dan kejelasan, tindak balas dan gaya keserderhanaan yang sangat mengagumkan dengan dalil yang telah disampaikan oleh penulis pada awalnya untuk menjelaskan dan kemudian menilai secara kritis, walau bagaimana pun, ia adalah satu konsep falsafah yang sangat kompleks dalam agama yang mana sebahagian besar daripada manusia hari ini mendakwa mereka mengawal atau menyenggara kehidupan.

Dalam ratus halaman penulis telah kemukakan kepada kita anggaran perbandingan kedua-dua agama besar dunia seperti agama Buddha dan Islam, dan, apa yang jauh lebih penting, penulis telah melakukan analisis kritis terhadap agama Buddha secara etika dan metafizik.

Pada umumnya, perkara utama yang dibuat dalam buku ini cenderung menunjukkan pemikiran yang luar biasa dan hasil yang asli. Oleh kerana itu, buku ini disenaraikan sebagai salah satu sumbangan yang paling signifikan yang pernah dibuat terhadap kesusasteraan perbandingan agama...

['Islam and Buddhism in the Modern World'. World Federation of Islamic Missions, Karachi. 1972. Back cover]


Maulana Dr. Muhammad Fazlur Rahman al-Ansari al-Qaderi, seorang sarjana Islam zaman moden yang terkemuka, telah menulis 'Kata Pengantar' di dalam buku tersebut, dan ini adalah apa yang beliau katakan;

Saya dengan rasa sangat berbesar hati memperkenalkan monograf penyelidikan Imran Hosein mengenai "Islam and Buddhaism in the Modern World'', yang merupakan langkah pertamanya dalam bidang penulisan, dan boleh dikatakan buku yang pertama dalam tajuk ini yang pernah ditulis oleh seorang ulama Islam.

Penulis (Sheikh Imran) adalah seorang murid yang dikasihi oleh saya (Maulana), beliau telah mewarisi tradisi kecemerlangan cendiakawan moden dalam Falsafah dan Agama yang mewakili Dr. Syed Zafar-ul-Hassan MA, LL.B., Dr Phil. (Erl.), D. Phil. (Oxon.) dan Dr Sir Muhammad Iqbal MA, Ph.D., D.Litt.D., Bar-at-Law, dan usaha dakwah mewakili Maulana Muhammad Abdul Aleem Siddiqui al-Qaderi, dan saya berbangga dengan beliau. Walaupun masih muda, beliau telah berada di landasan kematangan dan kebijaksanaa, dan saya yakin bahawa hasil usahanya sebagai penyelidik akan membawa kepadanya kejayaan yang lebih besar di jalan kebenaran.

Buku ini adalah satu pencapaian yang sangat memberangsangkan. Tindak balas beliau terhadap subjek menunjukkan pemahaman yang jelas, berdasarkan fakta dan bukan perasaan atau pendapat, dan ketajaman kepintaran logik tahap tinggi.

Pendekatan yang selaras ini adalah berbeza lagi kontra dengan pendekatan yang bermotifkan sebaliknya yang selalu ditunjukkan oleh pihak Nasrani dan Arya Samaj dalam penulisan mereka mengenai Islam. Saya berdoa kepada Allah untuk memberkati buku ini dengan kejayaan, Amin!

['Islam and Buddhism in the Modern World'. World Federation of Islamic Missions, Karachi.]


Selama 43 tahun Sheikh Imran mendedikasikan dirinya demi Islam, sejak menamatkan pengajian di Institut Pengajian Islam Aleemiyah Karachi pada tahun 1971, dengan anugerah ‘Dr. Ansari Gold Medal for High Merit’, tidak ada bukti bahawa kuliahnya, dawahnya dan ceramahnya pernah menyesatkan orang dalam aktiviti pengganas. Sama ada sarjana Islam ini mendapat petunjuk yang benar atau sesat, ia adalah hal yang ditentukan oleh orang-orang Muslim yang dengan ikhlas dan sungguh-sungguh mengikuti petunjuk al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad shallallahu ‘alayhi wassalam.

Hal tersebut tidak boleh ditentukan oleh mereka yang bukan Muslim atau orang-orang Muslim yang melanggar perintah Ilahi di dalam al Quran (rujuk Surah al-Maidah, ayat ke-51) yang melarang umat Muslim bersahabat dan bersekutu dengan pakatan Nasrani-Yahudi (Zionist, Amerika, North Atlantic Treaty Organization dan Israel) yang sekarang menguasai dunia.

Sumber

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget