Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

Kiswah Kaabah & Saudi Najdi Wahabi

Terbukti dengan jelas dan nyata bahawa Saudi Najd Wahabi lebih mengagungkan keturunan mereka daripada mengagungkan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sepertimana yang kelihatan di Kiswah atau kelambu Kaabah ini.


Ini adalah Kiswah Kaabah (gambar bawah) yang digunakan sewaktu pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah yang jelas mengagungkan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu dengan kalimah 

"La ilaha il Allah, Muhammad rasulu Allah"


Dari ‘Auf bin Malik r.a., Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi 71 golongan, maka hanya 1 golongan sahaja yang masuk syurga dan yang 70 lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi 72 golongan, maka 71 satu golongan masuk neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi 73 golongan, hanya 1 golongan sahaja yang masuk syurga dan 72 lagi akan masuk neraka.

Sahabat bertanya, mana yang selamat”?

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab,

“Mereka adalah jamaah” (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah)

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Dari Abu Barzah beliau ditanya: Apakah engkau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda tentang Khawarij? 

Ia menjawab: 

Ya! Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dengan telingaku dan melihat dengan mataku.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

”Nanti pada akhir zaman akan muncul kaum mereka membaca Al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkongan, merka memecah Islam sebagaimana keluarnya anak panah dari busurnya, dan mereka akan terus bermunculan sehingga keluar yang terakhir daripada mereka bersama Dajjal, maka jika kamu berjumpa dengan mereka, maka perangilah sebab mereka itu seburuk-buruk makhluk dan seburuk-buruk pemimpin” 

(Hadis Riwayat an-Nasai dan Ahmad)

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menambahkan kefahaman rahsia ilmuNYA kepada kita, dalam segala hal, Allahu a'lam..

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget