Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

Api neraka telah dihidupkan. Berapa keluasan neraka?

Ianya benar wujud ! Kini ianya telahpun dihidupkan dan sedang menyala menunggu nunggu isi penduduknya.

Ya Allah ampunilah dosa seluruh umat islam dan selamatkan dan lindungi kami semua dari azab seksa api neraka. Hanya padamu Ya Allah tempat kami memohon perlindungan dan keampunan... amin...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu Ya Allah.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu Ya Allah, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu Ya Allah.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan Rahmatmu Ya Allah......Amin. ....

Keluasan Neraka Yang Dikhabarkan Oleh Jibril 

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra berkata: Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi SAW:

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Berapakah Kepanasan Neraka ?

Kita mengetahui bahawa api merupakan sesuatu yang bersifat panas. Dalam segi pengertian secara ilmiah, api adalah tindakbalas pengoksidaan terhadap suatu material dalam proses pembakaran kimia, yang menghasilkan haba, cahaya dan pelbagai hasil reaksi kimia lain. Bila kita mentelaah lebih mendalam, api mempunyai warna yang berbeza-beza.


Para saintis mempelajari api dan hubungannya antara suhu. Bermula dengan api berwarna merah. Kemudian suhu ditingkatkan dan warna api akan bertukar menjadi putih. Jika suhu terus dinaikkan, warna api akan berubah menjadi hitam.

Fenomena ini disebut oleh para ulama yakni radiasi benda hitam. Yang menakjubkan adalah Nabi SAW telah menyebut fenomena ini, iaitu adanya perubahan warna api. Nabi SAW bersabda:

"Api dinaikkan suhunya selama seribu tahun sehingga berubah menjadi merah, lalu dinaikkan lagi selama seribu tahun hingga berubah menjadi putih, kemudian dinaikkan lagi selama seribu tahun hingga menghitam, dan itulah yang disebut dengan hitam legam," (At-Tirmidzi).

Sungguh benar sabda Rasulullah SAW. Maka kita harus meyakini apa yang Rasulullah berikan dan contohkan pada kita, selaku umatnya. Rasul adalah utusan Allah SWT. Melalui beliaulah Allah menyampaikan firmannya sebagai petunjuk bagi kehidupan kita. Oleh kerana itulah, segala apa yang dibawa oleh Rasul tidak dapat diragukan lagi kebenarannya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi SAW bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (Nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Nabi SAW: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail; 
  1. Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa AS serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
  2. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
  3. Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
  4. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
  5. Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
  6. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya; "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka Nabi SAW jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi SAW di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar Nabi SAW bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (Dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yang Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. 

Neraka Jahanam Itu Bertingkat-Tingkat
  • Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
  • Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
  • Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
  • Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
  • Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
  • Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
  • Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
  • Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
  • Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
  • Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
  • Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Bentuk Siksaan Paling Ringan

Mujahid berkata: "Sesungguhnya apimu ini berlindung kepada Allah SWT dari neraka jahannam." Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka iaitu seorang yang berkasutkan dari api neraka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah ditelinganya ada api, dan giginya berapi dan dibibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat siksanya dari semua ahli neraka, padahal ia sangat ringan siksanya dari semua ahli neraka."

Diriwayatkan bahwa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan saja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.Wallahua' lam.

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. - Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Mulianya Junjungan Besar kita, Rasulullah S.A.W , walaupun telah dijanjikan Allah bahwa dia akan mengepelai manusia di Syurga, tapi dia sendiri tak sanggup mendengar umatnya akan ada yang dimasukkan ke dalam neraka, mengenangkan azab dan siksa neraka itu sendiri. Bagaimana pula dengan kita, yang tak pasti lagi tentang kehidupan kita di alam sana kelak.

Wallahualam.

Sumber

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget