Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

Pengalaman tawanan Al-Qassam yang berjanji tidak akan mengangkat senjata lagi untuk menentang Palestin

Pengalaman Seorang Tawanan : Apabila Bercerita Tentang Al-Qassam

Gilad Shalit
Ini adalah sebuah kisah tentang tentera Al-Qassam seperti mana yang diceritakan oleh Gilad Shalit, seorang tentera Zionis yang pernah menjadi tawanan kepada tentera Al-Qassam selama lebih 5 tahun. 

Gilad mula ditawan oleh tentera Al-Qassam pada 25 Jun 2006 dan kemudiannya dibebaskan pada 18 Oktober 2011 dalam sebuah perjanjian pertukaran tawanan penjara antara Hamas dan kerajaan Zionis, di mana seramai 1027 orang Palestin yang berada di dalam tahanan Zionis dibebaskan sebagai tukar ganti kepada seorang tentera Zionis, Gilad Shalit.

Gilad Shalit berkata, “Aku dapat menghidu udara dan aku dapat melihat matahari, dan aku tahu aku sedang berada di atas muka bumi, aku tak tahu nama seorang pun dari mereka kerana mereka memanggil sesama mereka dengan ‘Hamas satu, Hamas dua..’, Aku membaca surat khabar dan mendengar radio, dan makanan yang disediakan untuk aku sungguh lazat”.

Dia menambah lagi, “Aku akan merasa kehilangan (rindu) kepada beberapa orang warden penjara (anggota Hamas), aku belajar banyak tentang Islam semasa dalam tempoh aku ditawan dan aku telah membaca banyak buku, aku tidak mendengar sebarang perbualan rahsia antara mereka, mereka semua memakai topeng dan berinteraksi sesama mereka dengan bahasa isyarat”.

Dia menyambung lagi, “Ada seorang doktor datang kepada aku, dan memeriksa kesihatanku secara berkala, dia memakai uniform tentera Hamas, dan aku berjanji kepada mereka bahawa aku tak akan membawa senjata lagi bagi menentang orang-orang Palestin”.

Gilad menyempurnakan kisahnya, “Selepas 2 hari aku ditawan, mereka memberitahu aku bahawa mereka tidak akan membunuh mana-mana tahanan walau apa pun yang terjadi, mereka menjaga uniform tentera aku tetapi aku menolak untuk memakainya pada masa tersebut, aku tidak pernah diseksa dan aku tidak pernah dipukul walau sekali pun. Tetapi aku menangis dengan banyak sekali ketika permulaan kata-kata mereka semasa dalam tempoh soal siasat”.

Gambar yang dipaparkan adalah keadaan Gilad Shalit semasa masih dalam tawanan tentera Al-Qassam yang didedahkan oleh pihak Hamas pada 2 Oktober 2009.

Info tentang perjanjian pertukaran tahanan penjara Gilad Shalit pada tahun 2011 :

Diterjemah dan diolah oleh Aman Palestin.

Sumber : غزة الأن

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget