Perkongsian ilmu dan informasi yang berkaitan dengan Islam dan akhir zaman berdasarkan akidah ahlus sunnah wal jamaah.

Jom! hafal Surat Al-Kahf (The Cave) - Ayat 3


Projek Menghafal 10 Ayat Awal Surah Al-Kahfi

Tafsir Surat Al-Kahf (The Cave) - Ayat 3

Mereka tinggal dalam syurga itu kekal selama-lamanya; Mereka bukan tinggal sekejap-sekejap sahaja. Mereka akan tinggal dalam syurga menikmati segala kemewahan yang tidak pernah terbayang dalam akal fikiran. Hasil dari usaha baik yang mereka lakukan dan iman yang tidak bercampur dengan syirik kepada Allah.

Menarik sekali perkataan Ù…َاكِØ«ِينَ yang digunakan. Ia bermaksud ‘menunggu-nunggu dengan mengharap’. Seperti kalau kita tahu kita akan mendapat hadiah, kita tunggu dengan tidak sabar. Begitulah yang dimaksudkan.

Ahli syurga sentiasa dalam keadaan macam itu. Manusia memang sukakan benda-benda yang baru. Sebab itu kita suka mencuba benda-benda yang baru. Masakan yang baru, permainan yang baru, baju yang baru dan sebagainya. Ianya memberikan kegemberiaan kepada kita. Kita akan bosan dengan sesuatu perkara kalau selalu kita dapat atau selalu kita buat.

Jadi, ahli syurga akan tinggal dalam syurga selama-lamanya. Memang mereka akan mendapat nikmat yang tidak dapat dibayangkan semasa di dunia ini. Tapi kalau sentiasa dapat sesuatu benda itu, walaupun ianya memang hebat, tapi lama-lama akan bosan juga dengan benda itu.

Tapi Allah memberitahu dalam ayat ini bahawa penghuni syurga akan tertunggu-tunggu untuk melihat apakah yang mereka akan dapat. Allah akan menambah dengan memberi benda baru. Jadi, penghuni syurga tidak akan bosan sampai bila-bila. Mereka akan gembira sentiasa.

Maknanya, bukan sahaja mereka akan tinggal selama-lamanya, tapi mereka akan dihiburkan dengan benda-benda yang baru.

Download MP3 Surah Al-Kahf Ayat 2
Download MP3 Surah Al-Kahf Ayat 1-10 (satu fail)

Sumber Tafsr Surah Al-Kahf 

Post a Comment

MKRdezign

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget